Pernah dengar tak istilah tarik mengkarung? Macam seram pula ya bunyinya kan. Atau simpul biawak? Macam geli pula ye? Oklah..istilah yang paling sopan kaki kebas2 atau cramp. Siapa pernah alami tarik mengkarung masa mengandung ni? Saya pasti ramai ibu hamil di luar sana yang pernah merasa kesakitan tarik mengkarung ini.
Saya pernah alami masa mengandung sulong dulu tahun 2010. Makkk aiiiiii, sakitnya memang boleh menjerit tau. Kesian hasben ku selalu terkejut tengah2 malam dengar isteri dia ni menjerit bukan main. Dah sakit, kita menjerit lah minta tolong. Ehehe
Apa itu TARIK MENGKARUNG?
Tarik
mengkarung berlaku apabila berlaku pengecutan otot secara tiba-tiba dan
tidak terkawal di malam hari dan selalunya ketika tidur. Biasanya ia
menyerang otot betis. Ia
datang tanpa diundang. Kebiasaannya ia berlaku dengan kesakitan yang
amat sangat dan reda beberapa minit selepas itu. Ianya suka menyerang
apabila cuaca sejuk.
Kenapa tarik mengkarung selalu terjadi di kalangan ibu hamil?
- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
- Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
- Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar
Apa nak buat semasa terkena tarik mengkarung ini?
- Cuba gerakkan kaki perlahan-lahan mencari dinding untuk meratakan tapak kaki ataupun minta tolong pasangan menolak tapak kaki anda menegak.
- Minta bantuan dari pasangan untuk urut bahagian bawah tapak kaki beberapa minit.
- Cuba bengkokkan tapak kaki ke bawah dan keatas selama beberapa minit.
- Apabila sudah reda kesakitannya, bangun dan berjalan perlahan-lahan. Bila anda biarkan dan sambung tidur, anda akan merasa kesakitannya bila anda bangun pagi dan berjalan. Kadang -kadang sampai 2-3 hari masih sakit.
- Sapukan dengan minyak panas. Cuba urut sikit-sikit dibahagian perut betis anda. Kalau boleh, cari otot atau urat yang sakit.
Tips untuk mengelakkan berlakunya tarik mengkarung
- Melakukan aktiviti regangan dan senaman ringan
- Minum air kosong secukupnya bagi membantu menyeimbangkan cecair dan elektrolik dalam badan, membantu badan sentiasa terhidrat dan kurang risiko untuk kejang otot
- Makan sumber makanan yang mengandungi natrium, kalium, potassium dan magnesium seperti pisang yang kaya dengan sumber kalium dan kentang yang kaya dengan potassium
- Minum susu 2 gelas sehari untuk membekalkan keperluan kalsium badan
- Pengambilan Suplemen kalsium juga digalakkan
- Elakkan tidur dengan kaki menghala ke bawah
- Selimutkan bahagian kaki untuk elakkan tapak kaki sejuk.
- Pemakaian stokin tebal semasa tidur digalakkan
- Letakkan kaki diatas bantal semasa tidur
- Mandi air panas sebelum tidur ataupun meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur. Tindakan ini membantu otot kaki berehat dan melancarkan pengaliran darah
Ada tak produk shaklee yang dapat membantu masalah tarik mengkarung ini?
Tentulah ada kan.Ini dia..Taraaaa
Ostematrix ni memang amat membantu saya mengurangkan masalah tarik mengkarung ni,Lepas amalkan OSTEMATRIX ni saya dah tak jumpa mengkarung atau biawak untuk kehamilan kedua dan ketiga.Hehehe
Nak tahu tak apa fungsi Ostematrix ini selain dapat membantu masalah tarik mengkarung ini?
- Membina & menguatkan tulang & gigi yang sihat
- Membantu dalam masalah gastrik
- Membantu dalam masalah sembelit
- Menstabilkan tekanan darah & mengurangkan stress
- Wanita hamil & menyusukan memerlukannya dalam amaun yang lebih tinggi (berkongsi kalsium)
- Memulihkan kekejangan otot & kebas-kebas
- Berperanan dalam tidur & membantu dalam kerehatan otot (tidur lebih lena)
- Mencegah & merawat tulang rapuh (Osteoporosis)
- Kanak-kanak & remaja memerlukan amaun kalsium yang tinggi bagi tumbesaran
- Mencegah obesiti
- Meringankan sakit semasa period (sengugut)
Di sini,saya kongsikan bersama testimoni ibu2 hamil yang pernah mengalami tarik mengkarung ini.
Nak lari dari di tarik mengkarung? Jom cuba OSTEMATRIX shaklee
Ibu- ibu hamil yang berminat nak dapatkan OSTEMATRIX ini, boleh lah hubungi saya :)
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan