Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label ESP Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESP Shaklee. Papar semua catatan

RAWATAN UNTUK MASALAH KULIT BERJERAWAT


Apabila seorang wanita mengalami haid maka bukan hanya ia berhadapan dengan rasa sakit akibat Pre Menstruation Syndrom (PMS) tetapi juga masalah kulit berjerawat,kering ,kusam dan sebainya.. Untuk merawat jerawat,wanita perlu memahami kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi serta cara penjagaan yang sesuai.


Menjelang Haid
Wanita akan berada dalam keadaan yang paling mencabar ketika menjelang haid. Fasa ini juga disebut sebagai 'reset phase' disebabkan apabila tubuh telah menyedari tidak akan berlaku kehamilan maka lazimnya ia akan membuat persiapan bagi ovulasi selanjutnya.


Pada fasa ini, paras estrogen akan menurun dan androgen (seperti testosteron) akan memicu kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan kulit akan cenderung bermasalah.Wanita boleh mengunakan produk yang mengandungi Salicylic  acid atau glycolic untuk membantu mengimbangi lebihan minyak dalam fasa ini.


Pada hari pertama haid

Hormon berada pada titik yang terendah dan kulit akan kelihatan pucat dan kusam disebabkan juga adanya prostaglandin yang menyebabkan peradangan sehingga kulit akan lebih berminyak dan berjerawat.Prostaglandin adalah lipid yang dilepaskan sel tubuh, dan menyebabkan peradangan atau bengkak, serta munculnya jerawat pada hari pertama haid dan  ini juga membuatkan kulit kelihatan kusam.Untuk membantu menenangkan kulit, wanita boleh mengunakan pelembab yang mengandungi anti-inflamasi seperti teh hijau ,chamomile dsb.



Cara Atasi /Tips Semasa PMS

  1. JANGAN SENTUH jerawat anda
  2. Hilangkan toxin dengan minum sekurang-kuranya 8 gelas air sehari
  3. Lakukan penjagaan muka seperti biasa
  4. Tidur atas bantal yang bersih
  5. Awasi pemakanan dengan kurangkan pemakanan tepung halus,gula,makanan diproses,kafien, alkohol, susu dan glutten.

Cara Atasi /Tips Selepas PMS

  1. Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  2. Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air.
  3. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  4. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  5. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  6. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  7. Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  8. Guna mekap muka berasaskan air.
  9. Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  10. Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  11. Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut. 

Cadangan vitamin untuk masalah muka berjerawat ini ialah

Vitamin yang anda perlukan ialah:
1. GLA Complex – memulihkan kulit yg rosak
2. Vita E 400IU – menghilangkan parut
3. B Complex – jerawat disebabkan oleh kekurangan vitamin B6
4. Vita-C – memulihkan sel dan membina kolagen
5. Vitalea – menstabilkan metabolisma gula mengelakkan jerawat
6. ESP - menyingkirkan sel2 kulit mati 


Testimoni Pengguna vitamin shaklee









Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang set kecantikan shaklee  ini atau nak buat sebarang order boleh terus hubungi saya ya melalui:








 

Betul Ke Esp Soya Bahaya Untuk Kesihatan?

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, ESP Shaklee,

Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga. So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah saya nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog/website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.

Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.

Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. 

Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?

Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. 

Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. 

Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Credit: Lifefit

Nak dapatkan ESP SHAKLEE ini?Hubungi saya segera

Pengalaman Pertamaku Bersama Dengannya

Assalammualaikum..
Ewah, tajuk tak menahan kan. Jangan ada yang salah faham tau.
Kali ini, saya nak bekongsi pengalaman pertama saya dengan esp.

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, ESP Shaklee,

Pertama kali mengenali ESP Shaklee?

Saya kenal esp pada bulan 7 2012. Dan pada bulan itu jugalah saya bergelar SID SHAKLEE. Esp antara supplemen pertama shaklee yang saya ambil. Bila saya baca khasiat dan keistimewaan ESP, memang buat saya teruja sangat nak mencubanya. Tambah2 pulak bila baca testimoni orang lain bila minum esp ni. Hebat!

Masatu juga, saya sedang mengandung anak ke 2, usia kandungan 7 bulan. Nak tahu tak? ESP ni bagus sangat di ambil oleh ibu mengandung. Meh nak share sikit apa khasiat ESP untuk ibu hamil.

Esp Shaklee untuk Ibu Hamil

  • memberi kan tenaga yang segera
  • bagus untuk perkembangan janin dalam rahim
  • bagus diamalkan dari hamil bagi mengurangkan tanda2 stretchmark diperut
  • kulit anak yang sihat bila lahir
Setiap kali mengandung, saya memang tak larat. Lesu. Tapi sejak saya ambil ESP, alhamdullilah perubahan yang sangat ketara untuk saya. Tak mengantuk, tak mudah letih, Sengal2 badan masa mengandung pun dah kurang. Paling saya suka, saya boleh berpuasa penuh masa mengandung 8 bulan. Setiap kali bersahur, esp adalah minuman wajip saya. Masa bersalin anak ke 2 juga, alhamdullilah sangat di permudahkan. Tak lama pun nak tunggu dalam labour room. Hari ke 2 berpantang saya terus minum esp. Berat pun cepat turun masa dalam pantang. Haa..jangan tak tahu ya, ESP pun sangat bagus untuk ibu dalam pantang tambah2 ibu yang memilih untuk menyusukan anak. Nak tahu tak kenapa saya kata bagus untuk ibu dalam pantang?

Esp Shaklee untuk ibu dalam pantang & menyusukan anak

  • menambahkan susu badan
  • memekatkan susu ( baby cepat kenyang)
  • memberi badan ibu sihat dan bertenaga
  • mempercepatkan sembuh luka
  • mengurangkan keguguran rambut + zink
  • menyihatkan sel-sel dalaman yang rosak dalam tempoh bersalin
Tak kenal maka tak cinta. Betul tak? Bila dah kenal dan rasai kehebatan ESP ni, saya mula berkongsi dengan kawan2 di tempat kerja dan di facebook. Apa yang buat saya gembira, ramai kawan2 saya nak cuba esp dan mereka semua memberikan feedback yang positif lepas pengambilan produk paling hot ini. Saya cadangkan pada yang belum cuba ESP tu, meh cuba 1 canister. Tambah2 bulan ni ada Promosi lagi. Buy 6 free 1. Memang berbaloi kalau beli tau. Tahan 1 bulan setengah.

Apa rasa ESP Shaklee ni?

Esp ni rasa Soya. Tapi!!!!... Hehehe.. Bukan seperti rasa soya yang kita selalu minum tu. ESP adalah soya NON GMO.
Nak tahu lebih lanjut tentang Esp ni, korang boleh klik sini.

Pertama kali saya minum ESP Shaklee?

Terus teranglah, saya juga pada mulanya tak lalu nak minum esp dengan air suam biasa. Saya lebih suka bancuh dengan air milo dan fresh orange. Boleh, dengan air apa pun boleh janji bukan air panas yang menggelegak, air bergas atau air berkafein sebab semua itu boleh menyebabkan kandungan protein dalam ESP itu berkurangan & termusnah. Jadi kalau minum pun dah tak dapat khasiatnya. Rugi je kan. Korang boleh minum dengan air ais tau. Sebenarnya dengan ESP ni, boleh buat banyak resepi. Nak resepi ESP? Special untuk pelanggan saya sahaja. Ha..jom beli ESP dengan saya dulu.

Nak tengok tak stok susu yang saya berjaya buat semasa dalam pantang. Masatu baru 2 bulan berpantang. Semuanya gara2 pengambilan ESP yang konsisten setiap hari tau. Alhamdullilah, ESP sangat membantu perjalanan penyusuan saya selain amalkan tips penyusuan yang diberi.

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, ESP Shaklee,

Kisah simple saya bagaimana saya jatuh cinta dengan shaklee. Dah 2 tahun amalkan ESP, alhamdulilah saya benar2 rasai khasiatnya. Ibu2 hamil, dalam pantang dan menyusukan anak, esp adalah minuman terbaik untuk kesihatan anda dan si manja.


Jika anda ingin dapatkan ESP ini,anda boleh hubungi saya melalui

Esp Shaklee Menganjalkan & Memantapkan Semula Payudara Anda!

Nutriferon Shaklee, Nutrisi Penting, ESP Shaklee,

Tajuk yang agak menarik untuk di kongsikan bersama kaum2 wanita terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin dan sangat sesuai untuk mereka yang baru lepas bersalin dan sedang menyusukan anak.
 
Ini lagi satu masalah yang selalu buat para ibu-ibu risau. Terutamanya ibu-ibu yang menyusu. Ya lah siapa tidak mau Breast anjal macam muda-muda dulu kan...

Sedar tak kaum2 ibu, bila kita bersalin, warna aerola atau sekitar nipple kita jadi gelap, ada yang kehitaman pulak. Ada pula ibu yang makin banyak anak makin bertambah gelap aerolanya.

Ibu yang menyusukan anak pulak selalu akan mengalami masalah payudara kendur dan hilang keanjalan selepas berbulan-bulan menyusukan anak.

Sebenarnya ada cara untuk mencegah masalah ini. Kena jaga pemakanan dari awal dan melakukan senaman khas. Tapi kebanyakkan kita lupa tentang kecantikkan diri kita sebab selalu utamakan baby dahulu.

Untuk anda-anda semua.. mesti nak tau kan apa yang mempengaruhi saiz payudara wanita..

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi saiz payudara seorang wanita merangkumi:

  1. Volume tisu payudara
  2. Sejarah keluarga
  3. Umur
  4. Berat turun dan naik
  5. Sejarah kehamilan dan menyusu anak
  6. Ketebalan dan keanjalan kulit payudara
  7. Tingkat pengaruh hormon pada payudara (terutama estrogen dan progesteron)
  8. Menopos

Tahukah anda..payudara anda TIDAK mempunyai tulang..Struktur payudara anda cuma disokong oleh otot dan tisu di dada. Sepertimana yang kita tahu,Protein amat penting untuk pembentukan sel, tisu dan seterusnya otot..

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Ramai customer yang menghubungi saya untuk mendapatkan produk yang boleh membantu masalah ini.Dan saya akan suggest ESP.

Kenapa ESP??

Nutriferon Shaklee, Nutrisi Penting, ESP Shaklee,


ESP merupakan sumber protein terbaik.NON GAMO,boleh membantu menganjalkan semula payudara wanita terutama yang sedang menyusukan anak.Ini telah di rasai oleh ibu2 yang telah mencuba ESP.Bukan setakat payudara saja yang anjal,malah kulit anda juga semakin cantik jika mengambil ESP secara konsisten.Dan sterch marsk semasa hamil dulu semakin pudar..wow!!Untuk ibu yang menyusukan anak sudah pastinya penghasilan susu ibu semakin meningkat selepas minum ESP.Sangat2 bonus untuk wanita kan bila minum ESP ni.Ini kerana ESP adalah sumber protein yang boleh memperbaharui sel -sel badan kita.

Testimoni mereka yang mendapat semula keanjalan payudara selepas mengamalkan ESP secara konsisten.

Puan Halimah
Intan, lepas akak minum esp ni suami mmg selalu tegur kata payudara akak nampak lain. Nampak lebih anjal katanya! Teruja sangat2 bila suami puji macam tu.


Puan shahrizat
Akak bersalin anak ke-3, suami kata payudara semakin cantik & mantap. Tak mcam bersalin anak sulong dulu. Baru anak sulung dah kendur semua. Kali ni memang suami puji habis! susu badan pun makin banyak berbanding anak sebelum ni.


Puan Azlina
kenapa minum ESP rasa lain sangat breast ni ya intan? Tegang semacam je. Risau pulak akak. Tapi suami suka katanya! adooiii. nak bgtau juga ni, berat badan dah turun 3kg, oklah tu sebulan 3kg kan,,hihi..

Wow teruja kan dengan testimoni mereka?Sebagai wanita,payudara adalah aset terpenting kita kan.Inilah masanya nak tunjuk dan buktikan pada suami yang aset kita ni sentiasa anjal,mantap,gebu dan montok seperti masa mula2 kahwin dulu.Barulah suami tak berkelip tengok kita!Ha,ni salah satu rahsia rumahtangga bahagia juga tau.

Di sini,ingin saya kongsikan dengan anda senaman ringkas untuk menganjalkan semula payudara kita ya puan2 semua.Selain mengamalkan minum ESP,senaman juga sangat penting.Barulah kesihatan benar2 terjamin!Jom cuba senaman ini



 

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

Recent Post

recent