Baru ada masa nak bercerita tentang pengembaraan kami ke negara omputeh ni.Saya terpaksa buat part by part.Nak bercerita untuk part 1 pun rasa malas dah,ini pula nak buat banyak part.Hahahah.Tapi kena ada gak entry ni,sebab saya rasa ini kenangan terindah buat kami.
Tak pernah terlintas di hati akan pergi ke US.
Masa mula2 join shaklee dulu,saya tak tahu yang shaklee juga ada menawarkan percutian secara percuma bertaraf 6bintang .Ingatkan setakat dapat bonus tiap2 bulan saja dan award untuk pertengahan tahun.(National global conference).Untuk dapatkan Trip percuma ini,sebenarnya ada point yang perlu di kira.Ikut kelayakan lah.Alhamdullilah tahun 2014,saya dapat 2 tiket percuma untuk ke US.Kelayakan di kira dari pencapaian untuk cycle 2013/2014.Best kan buat shaklee?
Perasaan masatu bercampur baur.Gembira,terharu,tak percaya,sedih,sayu,takut semuanya ada.1001 perasaan.US bukanlah tempat idaman saya untuk pergi melancong.Tapi udoh di beri percuma,jangan di tolak.hehe.Saya teringin nak ke London sebenarnya.Dari kecil dok berangan nak pergi london tau.Shaklee dah bg trip FREE ke london untuk tahun 2013.Tapi masatu saya tak layak lagi.Takat dapat pergi melancong dalam negara saja.
Nak pergi US ni kena lah buat PASSPORT & VISA.Buat passport tak de masalah sebab kami pergi jabatan imigresen yang tepi umah kami ni jer.Sekejap saja dah setel.Lawak tak buat passport takat untuk 2tahun ja.Hahaha.Tapi VISA dapat 10tahun.Time nak buat visa lak kene interview nun kat KL tu.Kena pergi kat embassy US.Korang merasa lah di interview omputeh.Tapi sebab kami pergi atas TAJAAN SHAKLEE 100%,so tak adalah susah sangat soalannya.
Nak tau tak,kami juga dapat luggage sorang 1.Kalau nak beli sebijik tu adalah harganya anggaran rm400.Saya dapat 1,suami dapat 1.Kami dua2 dapat warna hitam.Padahal hati ini teringin juga nak kaler pink..ehehee.Bukan beg je tau shaklee bagi.Duit poket pun dapat.Alhamdullilah.Dapat sorang 450usd.Cuba korang convert ke duit kita,agak2 dapat berapa RM?hehe...Dah pergi suami isteri,dapatlah 900usd.
Ada 3flight yang akan bawa kami terbang ke US.Saya dan suami merasalah naik Flight China Airline.Transit kat Taipee sebelum terbang menuju LOAS ANGELES.
Sebenarnya kan,sebelum nak pergi tu,macam2 perasaan dalam hati ini.Sedih tinggal anak2.Tambah2 shawqi yang baru umo 5bulan tu.Lama tu nak tinggal.10hari tau..Paling lama tinggal pun setakat ni 3hari saja.Itupun masa national conference yang lepas.(Maafkan saya masih terhutang entry ini dengan anda)
Dan,saya juga sebenarnya takut.Takut nak naik flight dengan perjalanan selama 12jam.Bayangkanlah kita dok atas kapal terbang tu 12jam.Kat atas langit.Dahla ini kali pertama naik flight pergi oversea.Takat pergi sabah tu pernah la.hihihi..Tambah pula,sebelum kami pergi tu,Malaysia di kejutkan dengan 2 insiden paling menyayat hati iaitu kehilangan kapal terbang milik MAS MH370 dan MH17 yang di tembak jatuh di sempadan Ukrain.Bukan di Malaysia saja,tapi banyak lagi berita Kapal terbang terhempas.Buat kami sangat cuak.Dalam hati,selamat ke perjalanan aku ke US ni.Sebelum pergi,macam2 saya pesan kat adik saya yang jaga anak2 saya.Dah macam bagi wasiat pulak!
Nak pergi US ni pun kena ada insuran perjalanan.Kami buat kat maybank saja.Malas nak cari agen2 insuran pelancongan sebab dah last minit masatu.Dah buat persiapan pun semua last minit kan.Hahaha...
Trip percutian kami ke US ialah pada 13 ogos - 21 ogos 2014. Saya balik kampung hantar anak2 10hb.Dok kampung jap,bagi diorang selesa dan serasi kat sana sebelum kami tingalkan 10hari tu.(Sedih tau).12hb tu kami bertolak dari seri iskandar ke Putrajaya.Saya tumpang bermalam kat rumah sepupu saya malam itu.
Kita sambung part 2 ya..Yang ini cerita sebelum ke US.Entry ke 2 saya ceritakan hari pertama perjalanan kami ya.
Tunggu~~~~
Master intan azlin & master shuhaimi