Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan Tulang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan Tulang. Papar semua catatan

Tarik Mengkarung Ketika Hamil

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Pernah dengar tak istilah tarik mengkarung? Macam seram pula ya bunyinya kan. Atau simpul biawak? Macam geli pula ye? Oklah..istilah yang paling sopan kaki kebas2 atau cramp. Siapa pernah alami tarik mengkarung masa mengandung ni? Saya pasti ramai ibu hamil di luar sana yang pernah merasa kesakitan tarik mengkarung ini.

Saya pernah alami masa mengandung sulong dulu tahun 2010. Makkk aiiiiii, sakitnya memang boleh menjerit tau. Kesian hasben ku selalu terkejut tengah2 malam dengar isteri dia ni menjerit bukan main. Dah sakit, kita menjerit lah minta tolong. Ehehe

Apa itu TARIK MENGKARUNG?

Tarik mengkarung berlaku apabila berlaku pengecutan otot secara tiba-tiba dan tidak terkawal di malam hari dan selalunya ketika tidur. Biasanya ia menyerang otot betis. Ia datang tanpa diundang. Kebiasaannya ia berlaku dengan kesakitan yang amat sangat dan reda beberapa minit selepas itu. Ianya suka menyerang apabila cuaca sejuk.

Kenapa tarik mengkarung selalu terjadi di kalangan ibu hamil?

  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
  2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  3. Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar

 Apa nak buat semasa terkena tarik mengkarung ini?

  1. Cuba gerakkan kaki perlahan-lahan mencari dinding untuk meratakan tapak kaki ataupun minta tolong pasangan menolak tapak kaki anda menegak.   
  2. Minta bantuan dari pasangan untuk urut bahagian bawah tapak kaki beberapa minit.  
  3. Cuba bengkokkan tapak kaki ke bawah dan keatas selama beberapa minit.  
  4. Apabila sudah reda kesakitannya, bangun dan berjalan perlahan-lahan. Bila anda biarkan dan sambung tidur, anda akan merasa kesakitannya bila anda bangun pagi dan berjalan. Kadang -kadang sampai 2-3 hari masih sakit.  
  5. Sapukan dengan minyak panas. Cuba urut sikit-sikit dibahagian perut betis anda. Kalau boleh, cari otot atau urat yang sakit.

Tips untuk mengelakkan berlakunya tarik mengkarung 

  1. Melakukan aktiviti regangan dan senaman ringan  
  2. Minum air kosong secukupnya bagi membantu menyeimbangkan cecair dan elektrolik dalam badan, membantu badan sentiasa terhidrat dan kurang risiko untuk kejang otot 
  3. Makan sumber makanan yang mengandungi natrium, kalium, potassium  dan magnesium seperti pisang yang kaya dengan sumber kalium dan kentang yang kaya dengan potassium  
  4. Minum susu 2 gelas sehari untuk membekalkan keperluan kalsium badan  
  5. Pengambilan Suplemen  kalsium juga digalakkan  
  6. Elakkan tidur dengan kaki menghala ke bawah  
  7. Selimutkan bahagian kaki untuk elakkan tapak kaki sejuk.  
  8. Pemakaian stokin tebal semasa tidur digalakkan  
  9. Letakkan kaki diatas bantal semasa tidur  
  10. Mandi air panas sebelum tidur ataupun meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur. Tindakan ini membantu otot kaki berehat dan melancarkan pengaliran darah

Ada tak produk shaklee yang dapat membantu masalah tarik mengkarung ini?

Tentulah ada kan.Ini dia..Taraaaa
Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Ostematrix ni memang amat membantu saya mengurangkan masalah tarik mengkarung ni,Lepas amalkan OSTEMATRIX ni saya dah tak jumpa mengkarung atau biawak untuk kehamilan kedua dan ketiga.Hehehe

Nak tahu tak apa fungsi Ostematrix ini selain dapat membantu masalah tarik mengkarung ini?

  • Membina & menguatkan tulang & gigi yang sihat
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Membantu dalam masalah sembelit
  • Menstabilkan tekanan darah & mengurangkan stress
  • Wanita hamil & menyusukan memerlukannya dalam amaun yang lebih tinggi (berkongsi kalsium)
  • Memulihkan kekejangan otot & kebas-kebas
  • Berperanan dalam tidur & membantu dalam kerehatan otot (tidur lebih lena)
  • Mencegah & merawat tulang rapuh (Osteoporosis)
  • Kanak-kanak & remaja memerlukan amaun kalsium yang tinggi bagi tumbesaran
  • Mencegah obesiti
  • Meringankan sakit semasa period (sengugut)
Sangat sesuai kan untuk ibu hamil..Vitamin terbaik saya.Kerananya saya dah tak jumpa mengkarung lagi!

Di sini,saya kongsikan bersama testimoni ibu2 hamil yang pernah mengalami tarik mengkarung ini.



Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Nak lari dari di tarik mengkarung? Jom cuba OSTEMATRIX shaklee

Ibu- ibu hamil yang berminat nak dapatkan OSTEMATRIX ini, boleh lah hubungi saya :)

Khasiat Dan Kebaikan Ostematrix Shaklee


Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…

Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.

Ostematrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain

Bagaimana untuk anda ketahui adakah anda perlu mencuba Ostematrix Shaklee? Cuba muhasabah diri anda dengan keadaan ini ;

  1. sering keletihan
  2. sering mengalami sakit belakang
  3. anggota badan sering cramp
  4. sakit bahagian leher dan tengkuk
  5. tumit kaki pecah dan kasar
  6. susah bangun tidur
  7. sakit kepala yang kerap @ migraine
  8. sering sakit gigi
  9. Ibu yang menyusu : anak yang disusukan sepenuhnya dengan susuibu lambat tumbuh gigi.
  10. Ibu yang menyusu : perlukan kalsium, susu berkurang terutama semasa PMS atau mula menurun. 

Apakah Manfaat Ostematrix Shaklee?

  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf. 
  • Ia juga boleh membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah. 
  • Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan OsteMatrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kejang, sakit sendi dan juga artristis. 
  • Mengurangkan stress, di mana OsteMatrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala. 
  • Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, ia akan meringankan sakit semasa waktu haid dan membantu pembuangan air kecil. 
  • Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik. 
  • Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah.

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan ostematrix ini anda boleh hubungi saya melalui:


  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin



  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132

10 Fungsi Dan Khasiat Ostematrix Shaklee

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

10 Fungsi & Kebaikan Ostematrix Shaklee

  1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun. Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*
  9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.

 Jika anda berminat untuk mendapatkan OSTEMATRIX  ini blh hubungi saya melalui :
  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132

Ostematrik Shaklee - Anda Mahu Susu Badan Banyak

Bagi seorang ibu menyusu,untuk menambahkan susu badan salah satunya anda harus minum susu. Susu bagus untuk ibu yg menyusukan anak, tetapi masalahnya anda tidak suka minum susu sebab bila minum mesti tekak rasa loya. Ya memang ramai ibu-ibu yang tak minum susu. Walaupun tak minum susu tapi nak juga susu banyak. Macam mana tu? Boleh ke? Jawapannya boleh. Hanya perlu gantikan susu dengan pil kalsium. Shaklee pil kalsium dinamakan ostematrix.

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Tulang, Ostematrix Shaklee,

Bagaimana Ostematrix Shaklee membantu dalam menjayakan penyusuan anda?

Dalam susu ibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium seperti
Ostematrix Shaklee tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Selain itu, kelebihan Ostematrix Shaklee ialah:

  • Ostematrix Shaklee - Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Ostematrix Shaklee - Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Ostematrix Shaklee - Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan Ostematrix Shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132

Recent Post

recent