Kentut faraj atau kentut vagina.
Sebenarnya ramai wanita yang mengalaminya, tetapi tidak ambil peduli atau mungkin mereka tidak tahu ianya adalah masalah kentut vagina.
Apa itu kentut vagina?
Vaginal
Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut
merupakan satu keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan
udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara
terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora
lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.
Lebih
menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif
seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya
angin dari bukaan faraj secara yakin.
Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka
tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam
“kentut”.
Kenapa berlakunya kentut vagina?
Kentut Vagina sering
dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu,
ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi longgar selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.
Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari..Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud.
Kentut Vagina
juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah
atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu.
Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi
kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah
belakang faraj.
Punca lain kentut vagina?
- Kehamilan
- Melahirkan
- Faktor usia dan menopause
- Obesiti
- Fibroid yang besar
- Sembelit yang kronik
Kesan Akibat Masalah Kentut Vagina
Kentut vagina tidaklah membawa maut tetapi janganlah pula kita buat tidak tahu.Tahukah anda antara kesan lain yang akan berlaku jika kentut vagina tidak di kawal?
- Rahim Jatuh (tombong
- Masalah hubungan Intim suami isteri
- Terkencing setiap kali batuk atau bersin
- Kencing tidak puas
- Rasa was-was samada wudhuk batal atau tidak
KENTUT VAGINA DARI SUDUT ISLAM
Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan:
- Berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas,
- Mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil,
- Melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj).
Sekiranya
angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah
ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar
kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan
untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot
kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.
Wanita yang mengalami masalah
angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
- Berdehem selepas membuang air kecil.
- Membasuh kemaluan dengan sempurna.
- Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
- Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah.
Kentut vagina berbau busuk?
Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini
perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran
(fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.
Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.
Macam mana nak atasi masalah kentut vagina ni?
- Elakkan berdiri terlalu lama
- Amalkan pemakaian Girdle yang sesuai
- Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan sembelit kronik
- Elakkan meneran semasa membuang air besar lebih daripada 15 minit
- Berdehem sampai tiada lagi angina atau titisan air semasa buang air kecil
- Lakukan senaman pelvik atau lebih dikenali sebagai Senaman Kegel/Kemut
Senaman Kegel atau kemut ini sangat senang dilakukan. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.
Cara melakukan Senaman Kegel
ialah duduk dan lakukan kemutan dalam 2-3 saat(bayangkan anda sedang
menahan kencing). Senaman ini perlu dilakukan 3 sesi sehari iaitu 25
kali setiap sesi.
Adakah produk Shaklee yang dapat membantu dalam masalah ini?
Terdapat satu produk shaklee untuk permasalahan ini iaitu ALFAFA COMPLEX.
Bagaimana ALFAFA dapat membantu?
Alfafa dianggap sebagai kacip fatimah iaitu bertindak sebagai “PERAPAT”
lalu mengembalikan hubungan hangat antara suami isteri.
Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfafa dianggap sebagai milk booster kerana mebantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan.
Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfafa dianggap sebagai milk booster kerana mebantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan.
Itulah sebabnya ALFALFA ini dikatakan teman baik wanita..
Kepada
anda yang mempunyai masalah kentut vagina ini,kalau nak cuba ALFALFA COMPLEX boleh hubungi saya ya.
Macam mana nak hubungi saya?
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan