Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alfalfa Complex Shaklee. Papar semua catatan

15 SEBAB KENAPA HAID ANDA DATANG LEWAT


Haid masih belum kunjung tiba walaupun dah tiba tarikh yang sepatunya.Masalah ini juga di sebut sebagai Amenorea. Bagi wanita yang berkahwin,haid datang lambat,95% adalah disebabkan oleh kehamilan.Tapi ada juga berlaku dalam beberapa situasi,anda masih tidak datang haid sehingga berbulan2.Tapi anda tidak hamil.Adakah masalah ini berbahaya kepada kesihatan anda?

Ketahui 15 sebab mengapa haid anda datang lewat.

(1) Tekanan


  • Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.Bagi anda yang mengalami tekanan melampau,di galakkan ambil vitamin yang dapat menenangkan fikiran anda seperti B complex.

(2) Masalah kesihatan


  • Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.Anda di galakkan untuk mengambil Vitamin C yang bagus untuk sistem imun dan vitalea sebagai multivitamin.

(3) Kelebihan hormone prolaktin


  • Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

(4) Menyusu badan


  • Sekiranya anda menyusu badan, hormon dalam badan anda mungkin terganggu dan menyebabkan haid datang lewat.

(5) Masalah kelenjar tiroid


  • Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

(6) Perubahan dalam jadual


  • Ini berlaku sekiranya anda kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur boleh menganggu sistem badan anda dan seterusnya menganggu kitaran haid anda.

(7) Pengambilan ubatan


  • Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

(8) Berat badan berlebihan


  • Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

(9) Terlalu kurus


  •  Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

(10) Membuat senaman berat


  • Jika anda menyertai sebuah acara yang melakukan senaman berat seperti marathon juga boleh menganggu ovulasi anda. Ini disebabkan tekanan bertambah ke atas badan anda mencegah kehamilan.

(11) Tersilap kira tarikh


  • Kitaran haid berbeza untuk semua wanita. Purata kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Akan tetapi terdapat sesetengah wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Ramai wanita tidak boleh mengingat tarikh sebenar haid mereka. Oleh itu, anda digalakan mencatat dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan.

(12) Peri-Menopaus


  • Peri-menopaus adalah tempoh di mana peralihan dari usia reproduktif ke usia tidak reproduktif dimana haid akan berhenti selama-lamanya. Dalam tempoh ini, tempoh haid anda akan berubah ke kurang kerap.

(13) Menopaus


  • Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

(14) Ubat pencegahan kehamilan


  • Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

(15) Kehamilan


  • Ya, tempoh haid anda lewat mungkin kerana anda sedang hamil. Ujian kehamilan air kencing ataupun darah boleh menentukan bahawa anda hamil atau tidak.

Jika anda mengalami masalah haid tidak teratur dan sering datang lewat,tetapi anda tidak hamil saya galakkan anda cuba vitamin shaklee yang sangat bagus dan dapat membantu masalah seperti ini.

Antara vitamin shaklee yang saya cadangkan ialah 

1. Gla Complex

GLA COMPLEX menrupakan Ais Linoleik Gama. Tentu anda biasa dengar Evening Primprose Oil (EPO) kan?. Di Shaklee, EPO dikenali sebagai GLA COMPLEX, malahan Gla ini jauh lebih baik dari EPO, kerana mengandungi Asig Linoleik Gama, Minyak Borage, Minyak benih bunga matahari & vitamin E, yang menjadikan jauh lebih baik dari EPO di luar sana.

Antara kebaikan GLA COMPLEX


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda)
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin 
  • Mampu mengecutkan cyst

2. Alfalfa Complex

ALFALFA ni bagus untuk
1. Bagus untuk masalah keputihan.
2. Menganjalkan dan menegangkan semula punggung dan payudara.
3. Merapatkan miss V.
4. Memulihkan urat2 lepas bersalin dan mengelakkan sakit2 sendi.
5. Mengurangkan senggugut
6. Bagi ibu menyusu,alfalfa sangat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
7. Meningkatkan stamina untuk hubungan bersama suami.
8. Membantu mengurangkan berat badan. Semua wanita nak langsing kan?






InshaAllah,jika anda konsisten ambil kedua2 vitamin ini,period anda akan kembali normal.
Di sini,saya kongsikan beberapa testimoni wanita yg mengalami masalah period tidak teratur.



 






Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Alfalfa complex dan Gla Complex  ini atau nak buat sebarang order boleh terus hubungi saya ya melalui:

Keistimewaan Alfalfa Untuk Wanita.

Nak tahu?
Inilah vitamin untuk " MEMIKAT & MENGIKAT SUAMI " 


Wanita..
Anda tau tak vitamin apa yang paling sesuai untuk kita?Tambah2 yang dah kawen tu?Tak mahal pun.Tak sampai RM100 pun sebotol.

Nak cantik dan sihat bukan luaran je tau,dalam pun kena cantik.Baru suami tak pandang yang lain.InshaAllah.Sama2 jaga rumahtangga.

Kenapa saya syorkan Alfalfa untuk semua wanita?


Sebab ALFALFA ni bagus untuk

1. Bagus untuk masalah keputihan.
2. Menganjalkan dan menegangkan semula punggung dan payudara.
3. Merapatkan miss V.
4. Memulihkan urat2 lepas bersalin dan mengelakkan sakit2 sendi.
5. Mengurangkan senggugut
6. Bagi ibu menyusu,alfalfa sangat membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
7. Meningkatkan stamina untuk hubungan bersama suami.
8. Membantu mengurangkan berat badan. Semua wanita nak langsing kan?


Kenapa saya syorkan Alfalfa dari jenama shaklee?

  1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
  4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  5. Alfalfa tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  6. Membersihkan hati
  7. Membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan seseorang
Sayangi diri anda.Sayangi rumahtangga anda.Dah banyak cerita penceraian yang kita dengar berpunca dari masalah kehambaran rumah tangga.Dan mungkin ia berpunca dari masalah dalaman.

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang Alfalfa complex  ini atau nak buat sebarang order boleh terus hubungi saya ya melalui:


CEGAH PENYAKIT BATU KARANG ANDA SEGERA


Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing  seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.


Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,

Apa simptom penyakit batu karang?

1. Simptom utama dan nombor satu untuk masalah batu karang ini adalah rasa sakit yang teramat sangat di belakang atau pinggang. Malah, sakit ini digambarkan oleh ramai pesakit sebagai sakit yang lebih teruk daripada sakit melahirkan anak. Biasanya, apabila sakit ini datang menyerang, sakit ini akan berlanjutan selama 20 hingga 60 minit dan dalam tempoh tersebut, sakit itu akan datang dan pergi.

2. Hampir semua pesakit batu karang akan ada kesan darah di dalam air kencing mereka dan ini dipanggil sebagai hematuria. Darah di dalam air kencing kadang kala boleh dilihat dari warna air kencing yang kemerahan atau hanya boleh dikesan dengan menggunakan ujian dipstick air kencing atau dilihat melalui ujian mikroskopik.

3. Selain itu, ramai pesakit turut merasa sakit atau rasa panas apabila kencing dan seringkali boleh nampak butiran pasir halus di dalam air kencing mereka. 

4. Ada juga yang mengadu demam, menggigil, rasa loya dan muntah-muntah apabila mempunyai batu karang di saluran air kencing mereka.

5. Namun, ramai juga pesakit batu karang yang langsung tidak mempunyai sebarang simptom. Pesakit-pesakit ini hanya tahu mengenai batu karang mereka apabila mereka melalui pemeriksaan kesihatan menggunakan “ultrasound scan”, X-ray atau “CT scan” yang bertujuan untuk mengesan penyakit lain. Malah, batu karang boleh berada di dalam buah pinggang selama bertahun-tahun tanpa menyebabkan sebarang simptom.


Batu karang boleh terjadi sama ada di dalam buah pinggang atau hempedu. Saiz dan bentuknya pelbagai dan komposisinya bergantung daripada ia terbentuk. Rawatan daripada doktor biasanya bergantung kepada analisis  komposisi batu karang yang ditemui.



Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,



Jenis-jenis batu karang dalam buah pinggang:

  • Kalsium – jenis yang paling biasa ditemui. Kalsium yang didapati daripada diet harian, jika tidak diserap oleh tulang dan otot, akan dihantar ke buah pinggang. Biasanya, kalsium berlebihan akan dikeluarkan bersama air kencing, tetapi ada kalanya sebahagian kalsium ini akan termendak di buah pinggang, bergabung dengan sisa buangan dan menghasilkan batu karang. Jenis yang biasa ditemui adalah kalsium oxalate.
  • Struvite – bisanya terhasil oleh infeksi pada saluran kencing. Ia mengandungi mineral magnesium dan bahan buangan ammonia.
  • Asid Urik – terbentuk apabila terlalu banyak asid urik di dalam air kencing
  • Cystine – batu karang jenis ini terlalu jarang ditemui. Cystine diperlukan dalam proses pembentukan otot, urat dan sel tubuh yang lain. Selalunya ini adalah penyakit keturunan.

 

Jenis-jenis batu karang dalam hempedu:

  • Kolesterol – akan terbentuk bila terlalu banyak kolesterol di dalam hempedu
  • Pigmen – terbentuk apabila terlalu banyak bilirubin di dalam hempedu.

Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,


Selalunya batu karang yang kecil tidak akan memberi simptom kepada pesakit, tetapi batu karang yang besar akan memberi rasa sakit yang amat sangat di bahagian bawah pinggang (belakang) dan tepi kelengkang ketika ia bergerak bersama-sama cecair melalui saluran halus di dalam sistem buah pinggang atau hempedu.


Cara atasi/elakkan batu karang:

  • Minum air masak 8-12 gelas sehari. Kurangkan teh dan kopi kerana sifatnya yang diuretik
  • Jika anda mempunyai asid urik yang tinggi, anda disarankan mengurangkan pengambilan daging
  • Jika anda cenderung mempunyai batu karang jenis oxalate, anda perlu kurangkan makan makanan tinggi oxalate seperti tomato, bayam dan coklat.
  • Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan batu karang. Barli, kentang, keledek dan pisang adalah bagus untuk anda.
  • Kurangkan protien haiwan dan gantikan dengan protien ikan/tumbuhan

Cadangan rawatan semulajadi dengan amalkan vitamin shaklee



Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,

Bagaimana setiap vitamin ini berfungsi untuk membantu mengurangkan masalah batu karang?


  • Alfalfa Complex – untuk mengurangkan keradangan akibat penyakit batu karang
  • B-Complex – mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan
  • Ostematrix – supplemen kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna.
  • Sustained Release Vita-C – menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman

Testimoni set baru karang ini.Apa kata mereka?


Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,

Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,

Set Shaklee, Masalah Kesihatan, Set Batu Karang Shaklee, Set Shaklee,

Anda mengalami masalah batu karang? Jangan biarkan diri anda terus menanggung kesakitan.


Inginkan maklumat lanjut tentang  Set batu karang  ini?Atau anda ingin dapatkannya boleh terus hubungi saya ya




  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin



  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132


Kenapa Ada Wanita Kentut Melalui Faraj

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,
Kentut faraj atau kentut vagina.
Sebenarnya ramai wanita yang mengalaminya, tetapi tidak ambil peduli atau mungkin mereka tidak tahu ianya adalah masalah kentut vagina.

Apa itu kentut vagina?

Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan satu keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. 
Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.

Kenapa berlakunya kentut vagina?  

Kentut Vagina  sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi longgar selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.

Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari..Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud.

Kentut Vagina juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.

Punca lain kentut vagina? 

  • Kehamilan
  • Melahirkan
  • Faktor usia dan menopause
  • Obesiti
  • Fibroid yang besar
  • Sembelit yang kronik

Kesan Akibat Masalah Kentut Vagina

Kentut vagina tidaklah membawa maut tetapi janganlah pula kita buat tidak tahu.Tahukah anda antara kesan lain yang akan berlaku jika kentut vagina tidak di kawal?
  • Rahim Jatuh (tombong
  • Masalah hubungan Intim suami isteri
  • Terkencing setiap kali batuk atau bersin
  • Kencing tidak puas
  • Rasa was-was samada wudhuk batal atau tidak

KENTUT VAGINA DARI SUDUT ISLAM

Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan:
  1. Berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas,
  2. Mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil,
  3. Melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 
 
Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj. 

Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
 
  1. Berdehem selepas membuang air kecil.
  2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.
  3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
  4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah.

Kentut vagina berbau busuk?   

Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.

Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.

Macam mana nak atasi masalah kentut vagina ni?

  • Elakkan berdiri terlalu lama
  • Amalkan pemakaian Girdle yang sesuai
  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan sembelit kronik
  • Elakkan meneran semasa membuang air besar lebih daripada 15 minit
  • Berdehem sampai tiada lagi angina atau titisan air semasa buang air kecil
  • Lakukan senaman pelvik atau lebih dikenali sebagai Senaman Kegel/Kemut
Senaman Kegel atau kemut ini sangat senang dilakukan. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.
Cara melakukan Senaman Kegel ialah duduk dan lakukan kemutan dalam 2-3 saat(bayangkan anda sedang menahan kencing). Senaman ini perlu dilakukan 3 sesi sehari iaitu 25 kali setiap sesi.

Adakah produk Shaklee yang dapat membantu dalam masalah ini?

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,

Terdapat satu produk shaklee untuk permasalahan ini iaitu ALFAFA COMPLEX.

Bagaimana ALFAFA dapat membantu?

Alfafa dianggap sebagai kacip fatimah iaitu bertindak sebagai “PERAPAT” lalu mengembalikan hubungan hangat antara suami isteri.

Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfafa dianggap sebagai milk booster kerana mebantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan.
 

Itulah sebabnya ALFALFA ini dikatakan teman baik wanita.. 

Kepada anda yang mempunyai masalah kentut vagina ini,kalau nak cuba ALFALFA COMPLEX boleh hubungi saya ya.
Macam mana nak hubungi saya?




Shaklee Alfalfa Complex Atasi Masalah Bau Badan

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,

Apakah yang dimaksudkan dengan bau badan?

Bau badan atau bromhidrosis (juga disebut bromidrosis, osmidrosis dan ozochrotia) adalah bau bakteria pada tubuh. Bakteria tersebut bertambah jumlahnya dengan cepat kerana kehadiran peluh, tetapi peluh sendiri sebenarnya tidak berbau. Bau badan sering berhubungan dengan rambut, kaki, anus, kulit, ketiak, alat kelamin dan mulut.
Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau. Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari.

Adakah terdapat individu tertentu yang lebih cenderung untuk mendapat bau badan?

Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan. Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding remaja perempuan.

Apakah tanda-tanda individu mendapat bau badan?

Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh. Bau badan hilang selepas mandi.

Adakah terdapat rawatan untuk mengatasi masalah bau badan?

  • Gunakan sabun anti bakteria.
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Bagaimana individu boleh mengurangkan masalah bau badan?

  • Kerapkan mandi.
  • Selalu menukar pakaian.
  • Memakai pakaian yang bersih.
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera.
  • Mencukur bulu ketiak.
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

p/s:anda juga boleh mencuba alfalfa complex yg di katakan mampu mengatasi masalah bau badan ini..
Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,


Jom ikuti testimoni masalah bau badan ni


Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,


 Jika anda berminat untuk mendapatkan ALFALFA  ini blh hubungi saya melalui : 
  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132

Khasiat Alfalfa Complex Shaklee

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,

Keistimewaan Dan Khasiat Alfalfa Shaklee

Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sagat kaya dengan nutrisi.
Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Alfalfa Complex Shaklee,


Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa

  1. Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
  2. Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
  3. Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  4. Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
  5. Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  6. Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa

  1. Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  2. Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
  3. Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
  4. Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  5. Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
  6. Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  7. Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Fungsi & khasiat alfafa complex

1. Terkenal untuk merawat 3 A :
  • Arthritis
  • Asthma
  • Allergy
2. Berkhasiat untuk membantu masalah :
  • Penyakit Usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera 
3. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
  • Penghadaman
  • Pencernaan
4. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :
  • Gastrik
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang darah (Anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau
5. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia  membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

6. Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia meransang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu.Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.




Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:



  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin



  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132



Recent Post

recent