Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label Nutrisi Penting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nutrisi Penting. Papar semua catatan

Bagaimana Untuk Memilih Vitamin E Yang Terbaik ?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]



Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,



VITA-E DAN SELENIUM


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 



Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 


Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,



PANDUAN MEMBELI VITAMIN E

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 


Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.




KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?


Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.



APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E?


VITAMIN E bertindak sebagai:


  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,
 


VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR



Dan yang istimewa tentang Vita-E Complex ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.



  Kebaikan kesihatan grape seed extract

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan

TESTIMONI VITAMIN E SHAKLEE 

Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,

Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,

Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,


Anda perlukan Vitamin E?

Vitamin E shaklee, Nutrisi Shaklee,
 
Jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan untuk  mendapatkan Vitamin E  shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:


Vitamin E Untuk Hilangkan Parut Demam Campak


Assalammualaikum.

Entry kali ini nak cerita pasal demam campak.Bukan nak buat diagnosis pasal penyakit demam campak.Tapi nak cerita penyelesaian untuk hilangkan parut demam campak ni.Kalau kena masa kecik2,parut tu memang cepat hilang dan cepat pudar sebab collagen dalam badan "power" lagi.Tapi kalau dah kena time usia pun dah meningkat,collagen pun dah berkurangan,makanya parut jerawat agak susah nak hilang dan ambil masa yang agak lama.

Kalau kena masa budak2 kita bukan heran sangat pun tengok parut tu.Tambah2 kalau tak sekolah lagi.Tapi kalau dah kerja,atau tengah belajar kat universiti ke memang malu sangatlah kalau parut campak penuh di muka.Macam2 krim nak cuba untuk hilangkan parut cepat.Yang ada boyfriend lagi malu kot.Hahaha..

Actually bila kita demam campak tak semua bintik2 tu akan berparut berlubang. Biasanya ada yang hitam dan ada yg berlubang, yg berlubang ni mmg akan masa sedikit nak hilang berbanding yg tak berlubang dan even tutup dgn mekap pun masih akan nampak.


Nak tahu tak?
Vitamin E shaklee adalah yang terbaik untuk hilangkan parut campak tu.Kenapa saya cadangkan vitamin E pada korang? Sebenarnya ia bukan saja sesuai untuk hilangkan parut campak.Tapi parut lain juga.Seperti parut lepas kemalangan ke,parut jerawat ke.


Nutrisi Penting, Nutrisi Shaklee, Vitamin E shaklee,

Kenali vitamin E dahulu.
Vitamin E merupakan antioksidan yang berupaya melindungi sel-sel dan melawan kerosakan akibat tindakan radikal bebas. Kelebihan Vitamin E Complex ialah, ia juga berkesan merawat parut dari dalam dan luar..Apa yang membuatkan Vitamin E Complex sangat bagus ialah;
  • Dilengkapi dengan selenium yang berfungsi membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan. Vitamin E tanpa selenium adalah vitamin E yang tidak lengkap.
  • Turut diperkaya dengan ekstrak biji anggur yang mana sifat antioksidannya bersifat 20x ganda lebih hebat dari vitamin E semata-mata. Biji anggur mengandungi Oligomeric Proanthi Cyanidin (OPC) yang membantu menganjalkan kulit dan menjadikan kulit lebih awet muda.
  • Diperbuat dari bahan organik dan semulajadi

Kelebihan Vitamin E shaklee untuk dapatkan kulit yang cantik.

  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.  
  • Vitamin E membantu mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. 
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. * Vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi hati dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat 
  • Vitamin E mengecilkan liang pori pada wajah.

Selain Vitamin E ini,korang juga boleh gabungkan vitamin shaklee yang lain untuk mempercepatkan lagi parut campak tu hilang. Bukan takat parut campak je hilang,Korang juga boleh mempertingkatkan lagi kesihatan secara optimum.


1- Vitamin C

Menghasilkan kolagen dalam badan & mengukuhkan kulit. Kekurangan kollagen akan menyebabkan kulit rosak (kering ,lembik & mudah lebam). Dis samping itu, vitamin c juga berperanan meningkatkan imun badan dari sebarang jangkitan dan penyakit


2- Protein ( ESP Shaklee)

Protein adalah 'Elastic Fiber ' yang memberikan keteganggan pada kulit,membina sel dalam badan & menegangkan kulit. Parut jerawat di muka lambat hilang adalah salah satu tanda anda mempunyai sel yang ‘kurang sihat’ di mana memerlukan masa yang lama untuk menggantikan ‘sel mati’ dengan sel sihat yang baru."Dan, untuk mendapatkan kulit muka yang cantik kita perlukan sel-sel baru yang sihat, di mana protein merupakan makanan asas kepada sel.
 

3- Collagen Powder 

Shaklee RSS Collagen TERBUKTI dapat memperbaiki tekstrur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. selepas menggunakannya selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh
 

 Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
 Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
 Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
 Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
 Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
 Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
 Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
 Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
 Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan 18%



Testimoni mereka yang telah amalkan vitamin E untuk hilangkan parut campak.






Nutrisi Penting, Nutrisi Shaklee, Vitamin E shaklee,

Tips:Vitamin E tu pun korang boleh picit dan sapu kat parut.Lagi cepat hilang.Biar sehingga dah kering bilas muka dengan air bersih.

Kat sini saya kongsikan juga 5 tips tradisional orang dulu2 kalau nak hilangkan parut demam campak ni.

1. Giling daun semambu sehingga lumat dan tekapkan pada kesan campak tersebut, anda juga boleh rebus daun semambu tersebut dan minum airnya. Daum semambu ini berfungsi bagi menghilangkan rasa gatal pada parut atau kesan demam campak.

2. Campurkan tiga biji jagung muda, satu sudu cuka dan sedikit air. Ambil kain dan bungkus campuran tersebut dan tekapkan pada kesan parut demam campak tersebut. Dinasihatkan agar lakukan sebelum tidur dan apabila bangun keesokkan harinya, bersihkan dengan air bersih. Amalkan setiap hari sehingga kesan demam campak tersebut mulai hilang.

3. Ambik kunyit hidup dan asahkan ia pada mana-mana bahagian pisau atau parang sehingga ia mengeluarkan air. Ambil air tersebut dan sapukan pada kesan parut demam campak dan biarkan beberapa jam kemudian bersihkan. Amalkan setiap hari.

4. Ambil beberapa daun cermai dan tumbuk hingga hancur. Campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada parut campak tersebut. Lakukan setiap hari hingga menampakkan kesan.

5. Parut sebiji jagung muda sampai lumat. Kemdian sapukan ia pada kesan campak anda. Lakukan seberapa banyak kali yang boleh sehingga kesan demam campak tersebut mulai hilang.

P/s : Parut demam campak memang sukar nak hilang jika kita biarkan.



Inginkan maklumat lanjut tentang Vitamin E  ini?Atau anda ingin dapatkannya boleh terus hubungi saya ya,





  •     Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin



  •     Sms / call/ whatsapp: 016-4410132

Kenali Multi Vitamin Pertama Di Dunia

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa Shaklee merupakan salah satu produk perniagaan MLM yang tertua di dunia (1956). Nama Shaklee diambil bersempena nama seorang doktor yang menjadi tulang belakang, penemu dan pelopor dalam industri multi-vitamin iaitu Dr. Forrest C Shaklee.

Dan tahukah anda Multivitamin pertama yang di cipta di dunia?

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

 Seimbas mengenai sejarah Vita-Lea Shaklee

  • Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

Fakta Nutrisi Vita-Lea Shaklee

  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda
  

Khasiat Vita-Lea Shaklee sebagai Multivitamin terbaik

  • Penambah tenaga seharian - memberi tenaga dan mencergaskan tubuh badan serta kekuatan mental, membantu sistem otak dan daya ingatan serta fokus dalam kerja-kerja seharian.
  • Pelengkap nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang vegetarian dan anemia.
  • Keupayaan sistem produktif - Sangat penting dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Tingkatkan kadar metabolisme - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • Menjaga elemen penting dalam tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel-sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

FUNGSI VITALEA SHAKLEE:-

  • Memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan harian.
  • Meningkatkan fungsi badan dan kesihatan secara menyeluruh.
  • Menyokong kesihatan hati, usus dan mata.
  • Meningkatkan perlindungan kepada badan bagi menentang kerosakan akibat radikal bebas.
  • melindungi kesihatan tulang dan sistem imunisasi badan.
  • Melindungi kesihatan jantung, otot dan sistem saraf.
  • Melindungi kesihatan paru-paru, kolon dan prostat.
  • Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang.
  • Membekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal.
  • Mencegah penyakit beguk (tiroid).
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia.
  • Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan.
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda.
  • Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  • Membantu penyerapan zat dari makanan.


Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

SIAPA PERLUKAN VITALEA SHAKLEE?

  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatandan kecerdasan tubuh jangka panjang.
  • Indidvidu yang tidak lengkap diet hariannya.
  • Individu yang ingin meningkatkan sisitem imun.
  • Remaja yang sedang membesar.
  • Lelaki dan wanita tidak kira peringkat umur.
  • Wanita hamil, menyusukan anak dan ibu dalam pantang.
  • Wanita hamil dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah  HB rendah. 

Keistimewaan Vitalea Shaklee

    • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
    • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
    • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
    • 2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
    • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
    • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
    • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
    • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
    • Menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel
    • Menjalani 349 ujian kualiti yang ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk

Anda dinasihatkan TIDAK mengambil Vita-Lea jika anda mengalami salah satu masalah di bawah:

1. Pesakit SLE : Vita-Lea mengandungi Alfalfa. Pesakit SLE tak boleh makan sebarang supplemen yang ada Alfalfa. Kenapa ? Sebab Alfalfa mengandungi amino acid L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningkatkan keradangan pesakit SLE.
2. Mereka yang ada masalah alah dengan herba ( Vita-Lea mengandungi Alfalfa )
3. Pesakit Thalassemia (especially Thalassemia Major) kerana Vita-Lea mengandungi Zat Besi. Pesakit Thalassemia dah mengalami masalah beban zat besi berlebihan dalam badan.
4. mereka yang ada masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar Iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi Iodin. Ini akan meningkatkan lagi paras Iodin dalam tubuh mereka dan menyebabkan keradangan.
 

Testimoni Vitalea Shaklee


Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, Vita-Lea Shaklee,

 
Inginkan maklumat lanjut tentang Multivitamin pertama di dunia ini?Atau anda ingin dapatkannya boleh terus hubungi saya ya,




Betul Ke Esp Soya Bahaya Untuk Kesihatan?

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Penting, ESP Shaklee,

Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga. So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…

Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah saya nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog/website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.

Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?

Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.

Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO.

Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.

Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.

Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?

Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejenis komponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.

Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.

Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?

Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).

Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnya membantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya menyebabkan kanser?

Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. 

Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.

Soya bahaya pada kanak-kanak?

Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. 

Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antara kesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.

Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.

ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????

Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?

Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.

Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?

Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkohol yang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.

Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untuk memastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.

Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. 

Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.

Credit: Lifefit

Nak dapatkan ESP SHAKLEE ini?Hubungi saya segera

Recent Post

recent