Latest News

.

6 alahan saya semasa mengandung sulong

Assalammualaikum...
Hari ini nak berkongsi cerita dengan anda semua bakal2 ibu tentang kisah kehamilan saya.Dah 3x mengandung,ragam setiap kehamilan memang tak sama walaupun keluar dari rahim yang sama.Betul tak?Sakit masa melahirkan pun berbeza2.

Kehamilan pertama saya ialah pada tahun 2010.Mengimbau kembali zaman masa mengandung sulong dulu,errrr errr..memang tak sanggup saya.Selalu berharap masatu,kalau mengandung lagi sekali lepas ni janganlah saya lalui semua ini lagi.

6 alahan saya semasa mengandung

1. Di awal2 kehamilan,saya memang kuat pening2.Melampau2 peningnya.Tak boleh bau itu tak boleh bau ini.Nak makan pun memilih.Kadang2 tengok lauk yang sedap2 pun saya rasa nak muntah.Sangat tak baik tau.Kadang2 tak lalu nak makan,saya makan buah saja.Pernah saya teman suami pergi rumah kawannya,saya memang dah tak tahan sangat nak termuntah,terus termuntah kat bawah pokok depan rumah orang tu.Macam air laut mengalirnya.2X saya muntah.Sampai tak lalu nak jalan.Lepas tu saya memang mengelak kalau suami ajak pergi kenduri ke,atau pergi mana2 rumah kawan dia.Bukan apa,saya takut saya pening  dan kat situ juga meloya saya datang dan kat situ juga terburai semua isi perut.Bukan takat bau makanan,saya juga tak boleh bau minyak wangi.Suami pun saya suh stop pakai perfume.Oh mengada2 betul kan.Paling ngeri,setiap kali gosok gigi mesti nak termuntah.Muntah sampai jadi hijau kuning tau.Terasa sangat pahit tekak ini.Memang trauma rasanya kalau nak gosok gigi pagi2.Tapi takkanlah taknak gosok gigi pulak!Tapi muntah2 ni berlaku awal2 kehamilan saja.Lepas tu selera bukan main.Semua nak masuk mulut.


2. Alahan lain,Yang ini paling azab sengsara.Nak menangis,saya takut ianya makin teruk.Ya,saya selsema.Selsema non stop 2bulan.Bayangkanlah pergi kerja asik selsema,ada air keluar dari hidung.Rimas kan buat kerja?Malam pulak masa nak tido memang terseksa sangat2.2bulan tu saya tido dengan bernapas melalui mulut.Sebab hidung memang tersumbat teruk.Selsema saya ni kadang2 buat saya jadi sengau bila bercakap.Air mata pun kadang2 keluar sama.Masatu baru terasa,mcm inikah alahan mengandung?Pernah sekali selsema dan batuk datang serentak.Terseksa tak agak2?


3. Haaa..alahan ni memang boleh buat suami saya sakit jantung.Hahaha..sebab apa?Sebab saya suka menjerit bila bende ni datang!.Ternampak hantu ka??Benda ni selalu jadi kalau saya baru bangun tido atau terjaga dari tido.Ataupun sebab saya duduk terlalu lama.Saya rasa ramai ibu2 mengandung yang alami masalah ni.Krem kaki..Ada yang juga sebut simpul biawak atau sentap mengkarung.Sakitnya sapa yang rasa je tau kan.Masa kena tu memang saya tak boleh bergerak.Sebab kalau bergerak sikitpun rasa sakit menyengat2.So apa yang mampu saya buat?Menjeritlah panggil suami.Biasa suami akan tolong urut2.Walaupun dia memang taktau mengurut kan,suami ku tabah ajer picit2 pun bolehlah.Janji kaki lega.Bukan kena kat tapak kaki tu tau..kat betis.Dua2 belah.Memang boleh menangis.Setiap kali bangun tido,untuk elak di serang kaki krem,saya akan bangun dan gerakkan kaki perlahan2.


4. Alahan seterusnya..Saya sangat kuat mengantuk.Time kerja saya boleh tertidor.Oh sangat tidak bagus ya.Sampai jadi bahan umpatan.Eh i bukan nak sangat tido.Tapi mengantuk sangat.Tengah sembang ngan kawan pun saya boleh menguap dan tanpa sedar tertidor.Sian kawan saya tu.Bukan kawan jer,suami pun sama.Tengah tengok TV,tau2 saya tertidor.Baru masuk dalam kete,suami tak start enjin lagi saya dah tutup mata dulu.Mengantuk melampau2.Nak tahan biji mata ni pun memang tak boleh.Tetap nak tidor.Masa rehat 1jam tu sanggup lagi pi tidor dari makan tau.Punyalah nak sangat tidor


5. Kalau cerita alahan yang no 5 ni..saya rasa bukan orang mengandung saja yang menangis.Yang tak mengadung pun boleh menangis.Sakit gigi.Memang saya sakit gigi masa mengandung.Nak pergi cabut takut.Sebab ada yang kata bahaya cabut gigi masa mengandung.So,tabah aje lah.Tapi saya sakit gigi takla teruk sangat.Cuma berdenyut2 saja.Berdenyut pun buat pening jugaklah kepala ni.Hahaha. 


6. Alahan yang ini,buat saya rimas dan terasa diri ini sangat kotor.Malu dengan kawan2,malu dengan suami.Keluarga..Tangan saya naik ruam yang sangat teruk.Doctor kata itu salah satu perubahan hormon saya semasa mengandung.Masa nak makan malu sangat.Rasa nak pakai sarung tangan micheal Jackson 24jam.Dahla gatal.Memang minta di garu2 aje lah kan.Macam2 krim dah saya sapu,tetap tak berhasil.Doctor bagi ubat farmasi pun tak jalan.

Ok..sambung lagi cerita.Masa mengandung pertama ni,berat saya naik dari 48.6kg sehingga 68.8kg.Sangat gemuk masa tu.Dan sangat bisinglah nurse kat klinik kesihatan tu.Kenapa naik mendadak sangat ni?Tak control makan ke?Biasalah tu kan,compom lah diorang membebel sebab nak bagi nasihat berguna.Takut kena kencing manis masa mengandung.Tambah plak mak saya ada kencing manis.Konon nak elak minum air gula,tapi kena minum gak.Serius memang tak suka!

Masa mengandung kaki saya pun jadi bengkak.Besarnya kaki masatu.Daripada pakai kasut saiz 5,tiba2 pakai saiz 7!Dah tu nak jalan pun sakit.Jalan slow je lah..Lama juga kaki bengkak ni.Start dari 7bulan sampai nak beranak.Adakah di sebabkan kenaikan berat badan saya yang melampau itu menyebabkan kaki saya bengkak?

Saya ni tak ambil ubat ke masa mengandung?
Mestilah ambil...kalau pergi klinik kesihatan ibu & anak tu,sah2 la korang pun akan dapat vitamin 4jenis tu.Tapi maaflah,memang tak lalu sebenarnya nak telan ubat tu sebab nak termuntah.Mak aiii baunya pun sudah buat ku rasa nak muntah.Kadang2 kalau alahan2 saya tu datang,saya relakan aje makan tapi pastu mesti keluar balik semua isi perut.Saya mengadu kat doctor.Kenapa saya tak boleh telan ya ubat tu?Mesti nak muntah.Doctor kata ya memang ada ibu yang tak boleh nak telan ubat2 tu semua.Bila jadi kes gini,doctor akan suggest beli vitamin lain kat luar.Saya cuma beli vitamin c saja kat farmasi,sebab search kat google,orang selalu selsema elok ambil vitamin C.Hahaha.Time tu mana kenal shaklee lagi tau!Tak kenal pun vitamin untuk set kehamilan ni.

Saya tak minum susu ke masa mengandung?
Mestilah minum..Mula2 dulu saya minum susu anmum.Memang tak lalu.Minum tutup hidung.Yelah..saya bukan suka minum susu.Tiba2 kena minum susu.Tak suka tau!Hahhaha.So suami pun tukar susu anmum perisa coklat.Bolehla minum sikit2 walaupun dalam kepayahan.Antara sebab saya selalu alami kaki krem,sengal badan masa nak tidor,sakit gigi tu semua berpunca dari kekurangan kalsium lah tu.Tambah2 saya mengandung,baby pun nak kalsium sama.Ibu dia plak kalsium kurang.Tapi tak lama saya minum susu anmum tu sebab ada kawan2 bagitahu kalau minum susu anmum nanti anak besar dalam perut.Susah nak beranak,kena operate tau.Yeke?yeke?Tanpa asal usul saya terus stop minum anmum.Sebab gerun dengar baby besar.Tapi suami saya tetap nak suruh minm susu gak.Dia kata penting untuk kesihatan baby.Nanti baby tak cukup khasiat.Lastnyer saya pilih minum air kotak dutch lady perisa coklat ja.Bolehla tu kan,janji susu jugak.Hahaha...



Ini kisah kehamilan pertama saya.Pelbagai alahan saya alami.Sakit,rasa nak menangis semua saya lalui dengan tabah.Itulah sebenarnya pengorbanan seorang ibu.Sekurang2nya saya di beri peluang untuk merasai nikmat mengandung dan menjadi seorang ibu.Sedangkan di luar sana,mungkin ada wanita2 di yang teringin nak alami semua ini walaupun mereka tahu sangat tidak selesa bila melaluinya.Bukankah mengandung itu 1 moment yang indah untuk di ingati?Semua wanita ingin menjadi seorang ibu kan?

Nantikan entry ke2 ~~ Kehamilan ke 2 saya dimana saya dah berjumpa dengan vitamin shaklee.

Nak dapatkan set kehamilan shaklee?Untuk maklumat lanjut anda boleh klik sini.

Ibu- ibu hamil yang berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh lah hubungi saya :)

Recent Post

recent