Mengigit merupakan ekpresi emosi dalam kalangan si manja anda untuk melepaskan kemarahan, geram ataupun kecewa. Apatah lagi sekiranya si manja anda memerlukan perhatian, penat, cemburu dan sebagainya. Si manja yang belum boleh bertutur akan mengunakan cara yang tersendiri untuk mengekpresikan emosinya termasuk mengigit. Oleh itu anda perlulah mengetahui jenis-jenis gigitan yang dilakukan oleh si manja anda. Jenis-jenis tersebut ialah:
Jenis-jenis gigitan dalam kalangan si manja
Gigitan untuk perhatian
Ada juga dalam kalangan si manja yang mengigit ingin mendapat perhatian daripada orang di sekelilingnya. Apa jua bentuk respons membuatkan si manja anak semakin galak untuk mengigit dan mencederakan orang di sekelilingnya. Berikan sedikit ruang kepada si manja anda untuk berkomunikasi dengan orang disekelilingnya. Anda perlu perhatikan setiap tigkah lakunya. Apabila si manja anda sedang bermain maklumkan kepadanya untuk berkongsi barang mainan dan main bersama. Puji sikap baiknya dan galakkannya untuk terlibat dalan aktiviti pembelanjaran dan waktu bermain. Apabila dia di layan baik dan menerima pujian setiap perkara positif yang dilakukannya lama-kelamaan si manja anda mungkin tidak akan mengulangi tabiat mengigitnya itu.
Gigitan kecewa
Ada juga dalam kalangan si manja suka mengigit disebabkan ingin meluahkan rasa kecewa. Persepsi si manja ini terhadap kekecewaan perlu diperbetulkan. Dalam apa jua situasi mengigit adalah salah. Ada juga si manja yang masih gagal untuk berkomunikasi dengan sempurna kecewa apabila apa yang diluahkannya kurang mendapat perhatian atau sukar untuk difahami orang sekeliling. Anda perlu memberi ruang kepada si manja anda untuk meluahkan perasaan mereka secara positif dengan nasihat dan perhatian berterusan mungkin dapat membuang tabiat suka mengigit si manja anda.
Gigitan tanda ancaman
Mungkin si manja anda selalu dibuli kerana badannya terlalu kecil atau ada sebab lain. Kali ini si manja anda akan mengigit si pembuli sebagai tanda ancaman kepada pembulinya. Si manja anda secara peribadinya cuba mempertahan dirinya . Oleh itu anda perlu mendidik si manja anda supaya menghentikan taktik mempertahankan dirinya dengan cara yang betul.
Gigitan Ekperimen
Mengigit adalah salah satu cara eksperimen merasai bagaimana rasa objek yang digigit. Sebagai ibu bapa kita wajib mencegah daripada terus mengigit. Hal ini jika dibiarkan berterusan kerana ia akan membahayakan si manja anda. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memgatasi masalah ini.