Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Kesihatan dan Pemakanan Kanak-Kanak


Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan (keadaan dimana kurang nutrisi dalam pemakanan). Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

  • Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.
Berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

Dehidrasi dalam kalangan kanak-kanak

Dehidrasi adalah kehilangan cairan pada tubuh secara berlebihan . Dehidrasi biasanya disebabkan oleh cirit – birit dan muntah-muntah yang terlalu kerap. Dehidrasi akan menyebabkan hilangnya cairan dan elektrolit seperti natrium,klorida, dan sebagainya yang terdapat didalam tubuh badan kita.

Dehidrasi  boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dari segala usia tetapi yang paling berbahaya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak  akan  menghidapi dehidrasi kerana kanak-kanak mempunyai metabolisme yang tinggi sehingga tubuh mereka banyak menggunakan air,mempunyai sistem imunasi yang rendah, dan kanak-kanak tidak diberi makanan dan minuman yang berkhasiat oleh pengasuhnya.

Bagaimana dehidrasi boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak?
  • Dehidrasi terjadi ketika kanak-kanak mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sehingga kehilangan 6 – 9%  berat badannya. Dehidrasi parah terjadi  apabila lebih daripada 10%  kehilangan berat badan telah berlaku dalam kalangan kanak-kanak tersebut.

Apakah tanda-tanda dehidrasi dalam kalangan kanak-kanak?
Dehidrasi ringan
  • Sering berasa dahaga
  • Air kencing yang dikeluarkan setiap hari terlalu sedikit
  • Mata cengkung
  • Kegelisahan
  • keanjalan kulit menurun
  • Mulut dan mata kering
  • sakit kepala
  • sembelit

Dehidrasi parah
  • Tangan dan kaki yang dingin atau lembab
  • ketidakmampuan untuk minum
  • tiada air mata
  • Lapisan lendir yang sangat kering pada mulut
  • Tekanan darah rendah
  • Denyutan jantung lebih cepat
  • Koma

Apakah punca-punca dehidrasi?
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam
  • Diabetes
  • Kepanasan yang keterlaluan

Apakah rawatan-rawatan yang sesuai untuk dehidrasi pada kanak-kanak?
  • Membawa kanak-kanak tersebut ke tempat teduh atau bilik yang sejuk
  • Letakkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan berbaring
  • Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang dipakai oleh pesakit tersebut terlalu ketat supaya ada peraliran udara
  • Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk.Jika suhu tubuhnya meningkat tetap diberi cairan dan makanan ringan sedikit demi sedikit sampai krisis dehidrasi berakhir

Apakah langkah-langkah pencegahan dehidrasi pada kanak-kanak?
  • Elakkan kanak- kanak  terdedah daripada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama
  • Berikan air kosong yang mencukupi kepada kanak-kanak
  • Elakkan anak anda berpakaian kentat dan warna yang gelap pada cuaca yang panas
  • Elakkan anak anda bermain di luar rumah apabila cuaca yang panas
Berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee anda boleh hubungi saya melalui

Teknik penyusuan susu ibu

Menanti kehadiran bayi adalah suatu pengalaman yang indah bagi pasangan suami isteri yang inginkan zuriat. Banyak perkara yang perlu dilakukan pada waktu ini seperti menyediakan barangan keperluan untuk bayi dan anda serta memikirkan nama untuk bayi yang akan dilahirkan. Tidak ketinggalan juga anda perlu memikirkan tentang cara penyusuan terbaik untuk bakal bayi anda.  Selain itu anda juga perlu tahu penyusuan bayi dengan susu anda sendiri banyak memberi faedah kepada anda dan bayi.
Disamping itu juga ibu perlu tahu tentang teknik penyusuan susu ibu yang betul sebelum ibu menyusukan bayi mereka. Hal ini adalah penting untuk keselesaan ibu dan bayi. Berikut merupakan teknik penyusuan susu ibu:
Breastfeeding-positions-Cradle-hold
Kedudukan badan

  • Pastikan anda berasa selesa apabila bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi berda di atas lengan anda.
  • Anda dilarang bersandar jauh daripada bayi anda sehinggakan bayi anda sukar untuk mencapai nipple untuk menyusu dan anda tidak boleh terlalu bongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal / kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.
Cara mendukung bayi
  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi mestilah berada dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan dengan puting payudara anda.
  • Bayi mestilah berada rapat dengan ibu , punggung, kepala dan bahu bayi mestilah diampu dengan ibu.
Cara memegang payudara
  • Cara yang betul untuk memegang payudara adalah dalam pengangan “C” iaitu ibu jari di atas puting payudara dan jari lain di bawah puting payudara.
  • Cara yang salah iaitu ibu jari dan jari terlunjuk berada di atas putung payudara manakala jari yang lain berada di bawah puting payudara.
Cara penyusuan
  • Sentuh bibir bayi dan biarkan mulut bayi terbuka luas
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
Selain itu juga para ibu mestilah mengetahui posisi penyusuan bayi  yang betul. Berikut merupakan posisi penyusuan bayi yang anda perlu tahu:
Posisi dakapan
  • Breastfeeding-positions-Cradle-hold
    Ibu berada dalam keadaan duduk dan badan bayi disokong lengan dan kaki bayi di balut longar.
  • Ibu memangku dan memengang kepala bayi.
  • Pastikan ruang mencukupi tanpa membongkok kepala ibu kehadapan untuk menyusukan bayi.
posisi dakapan copy






Posisi baring
  • Bayi duduk dihadapan ibu yang sedang baring mengiring. Seluruh badan bayi melekap dengan badan ibunya.
Side-Lying-Breastfeeding







Posisi beralih payudara
  • Bayi dipangku sepanjang lengan ibu dan ibu boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara dan ibu juga perlu mengawal kedudukan kepala bayi tersebut.
cross_cradle_hold










Posisi football hold
  • Posisi ini memerlukan ibu memangku bayi dengan lengannya hal ini bermakna muka dan kepala bayi  menghadap payudara.
Breastfeeding-position-football-clutch copy









Sekiranya anda menyusukan bayi anda dengan cara yang betul  bayi anda akan:
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagu bayi menyetuh payudara
  • Bibir bawah bayi melekup keluar
  • Bayi boleh bernafas
  • Bayi akan mengisap susu secara perlahan
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

Latih Anak Ke Tandas

Latih anak ke tandas merupakan sesuatu yang amat mencabar bagi ibu bapa dan kanak-kanak . Hal ini memerlukan teknik dan panduan yang betul serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.  Namun begitu ada sesetengah ibu bapa telah berputus asa apabila usaha mereka untuk melatih anak mereka ke tandas sia-sia. Oleh itu saya ingin mengkongsikan sedikit tips melatih anak-anak mengunakan tandas. tips-tips itu ialah:
  1. Belikan tempat duduk yang berfungsi seperti tandas mini sebagai latihan permulahan untuk anak anda.
  2. Ibu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia.
  3. Galakkan anak menggunakan tandas mini mereka
  4. Latihan ke tandas boleh dimulakan ketika usia anak dua tahun tetapi ia berfungsi untuk menggalakkan tabiat menggunakan tandas berbanding dengan pakai lampin
  5. Kenal pasti tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas misalnya mereka tahu bila lampin basah atau kotor. Mereka juga akan memberitahu ibu bapa apabila mereka membuang air besar atau kecil. Malah kansk-kanak yang memberi tanda bersedia ke tandas akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa apabila mereka rasa hendak membuang air kecil atau besar.
  6. Jika mereka masih belum bersedia, ibu bapa perlu memantau kerana mereka mungkin terjatuh ketika melakukunya.
  7. Letakkan tandas mini anak di kawasan yang mudah dilihatnya dan terangkan fungsi tandas tadi kepada anak.
  8. Jika anak anda sering membuang air besar pada masa yang sama setiap hari, anda boleh mendidiknya untuk terus ke tandas pada masa berkenaan.
  9. Sekiranya anak meragam dan tidak mahu menggunakan tandas mini mereka, jangan memaksa mereka sebaliknya tunggu beberapa minggu lagi sebelum mencuba.
  10. Jangan menunjukkan rasa marah sekiranya anak mengotorkan kawasan tandas mini kerana mereka masih belum pandai menggunakannya. Sikap yang tenang dan terus bersabar menunjukkan cara yang betul akan membuatkan anak menjadi lebih yakin menggunakan tandas dengan baik pada masa akan datang.
  11. Apabila anak berjaya menggunakan tandas mini mereka, ibu bapa harus memuji dan membuatkan anak gembira kerana anak-anak kecil akan berasa bangga apabila mereka berjaya dalam sesuatu percubaan.
  12. Tiba masanya, ibu bapa tidak perlu memberi tunjuk ajar sebaliknya anak-anak akan menggunakan sahaja tandas mini apabila ia rasa perlu menggunakannya

Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak

Asma merupakan penyakit immunologi yang boleh menyebabkan berlakunya sesak nafas. Hal ini berlaku kerana apabila asma menyerang, keradangan dan kekejangan pada selaput dinding laluan udara akan menyebabkan bronkol di dalam paru-paru menjadi sempit. Oleh itu, asma bukanlah penyakit asing dalam masyarakat pada hari ini.  Pada masa kini penyakit asma ini juga turut menyerang kanak-kanak. Asma dalam kalangan kanak-kanak juga merupakan salah satu penyakit yang bahaya.Oleh itu kita sebagai ibu bapa atau penjaga perlulah mengetahui tentang penyakit asma ini.

Tanda-tanda asma dalam kalangan kanak-kanak ialah:
  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas
  • Rasa lemas
  • Bunyi nafas yang berdehit
  • Batuk yang berterusan
  • Bibir kelihatan biru akibat kekurangan oksigen
Punca asma dalam kalangan kanak-kanak yang wajib diketahui oleh ibu bapa ialah:
  • Jangkitan virus pada  pada sistem pernafasan
  • Alahan pada bulu haiwan perliharaan, hama, debunga, makanan, pencuci pakaian dan fabrik
  • Perubahan cuaca
  • Pencemaran udara
  • Emosi- sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah emosi seperti terlalu kecewa atau sedih boleh menyebabkan mereka diserangi asma
  • Ubat-ubatan – Sesetengah ubat-ubatan juga boleh membawa serangan asma. Ibu bapa perlu mengetahui dulu kesan sampingan ubat tersebut sebelum memberikanya kepada anak mereka
Cara mengawal asma dalam kalangan kanak-kanak ialah:
  • Ambil ubat mengawal asma secara tetap , walaupun anak anda tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit tersebut.Pastikan ubat pelega asma mudah dicapai
  • Kenalpasti apa yang boleh menjadi punca asma kepada anak anda dan jauhinya daripada anak anda
  • Jaga kebersihan anda perlu basuh cadar,sarung bantal,dan selimut serta bersihkan perabot dan permaidani dengan kerap
  • Ikut jadual rawatan yang ditetapkan oleh doktor untuk anak anda.
  • Ambil makanan tambahan yang boleh membantu menguatkan antibodi , mengurangkan serangan asma, dan membantu anak anda kekal sihat dan aktif.

Adap mandikan bayi baru lahir

Memandikan bayi adalah perkara yang begitu penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bayi tersebut. Kebanyakkan ibu bapa suka menggunakan kapas lembab (wet nappy) untuk  lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. 
Apabila memandikan bayi jangan terus masukkan badan bayi  ke dalam tab mandi. Anda perlu cucikan dahulu  kemaluan bayi depan dan belakang dengan menggunakan air mengalir supaya apabila masukkan bayi ke dalam tab mandi air di dalam tab mandi tersebut tidak menjadi air najis, kesan daripada kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Ibu bapa mestilah memainkan peranan penting untuk mandikan bayi mereka iaitu ketika bayi berusia sehari sehingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. Ibu bapa juga mestilah mengetahui adap mandikan bayi mereka. Antara adap-adap mandikan bayi baru lahir adalah seperti berikut:
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Kemudian gunakan air yang suam.
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakang bayi secara perlahan-lahan kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik kebahagian punggung bayi.
  3. Belaian dan gosokkan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Hal ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan supaya air tidak mengalir masuk ke lubang telinga bayi. Semasa menyiram air di belakang kepala ke bahagian dahi , tangan digunakan untuk menggosok dahi bayi.
  5. Sebaiknya teruskan memandi bayi dilakukan oleh bapa. Sambil mandikan bayi hati berzikir “Ya Latif” “Ya Hadi”
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana hal ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembab seterusnya boleh meyebabkan bayi selesema atau terkena jangkitan kuman.
  7. Siraman yang terakhir dilakukan di atas dada bayi hingga ke bawah. Anda tidak digalakkan menyapu sabun di bahagian depan tubuh bayi kerana bimbang ar sabun akan menyebabkan bahagian pusatnya lembab dan seterusnya melambatkan proses “gugur” tali pusat.
  8. Selepas selesai mandi , lapkan seluruh badan bayi dengan mengunakan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala. Sekiranya anda lewat mengelap bahagian kepala akan menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah dan boleh menyebabkan paru-paru bayi menjadi lemah.

Recent Post

recent