Mengetahui tanda-tanda awal bersalin adalah penting untuk dititiberatkan.Supaya anda boleh bersedia bagi menghadapi proses kelahiran yang bakal berlangsung terutamanya setelah kehamilan melepasi 38 minggu.Dan pengalaman sakit besalin berbeza antara seorang wanita dengan yang lainnya.
Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
- Menghadiri kelas antenatal
- Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
- Tonton video kelahiran
- Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.
1. SAKIT BELAKANG
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil. Dalam masa yang sama, ia juga adalah salah satu petanda awal kelahiran.Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandunganberalih kedudukan dan menekan tulang belakang.Sementara itu,untuk mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami ,posisikan diri anda seperti merangkak ,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas.Selain itu juga anda boleh mengurangkan dengan berjalan ,malah ia boleh membantu anda mempercepatkan proses kelahiran .Jika susah untuk berjalan ,minta suami urutkan bahagian belakang semasa anda baring secara mengiring
2.KONTRAKSI RAHIM
Kontraksi adalah antara tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda bersalin.
Kontraksi adalah rasa tegang pada perut malah kadand-kadang anda akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga kebahagian ari-ari
Sekiranya sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan dan catatkan jarak masa diantaranya.Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten.Jika kontraksi yang di alami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiapkali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital ,agar anda mendapat pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa Braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia Kurang menyakitkan ,tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.
3. BLOODY SHOW
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampuran darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui ,apabila lendir itu keluar ,ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke salur peranakan.
Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. sehubungan itu,jika mengalami tanda sebegini,anda tidaklah perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.
4. PECAH KETUBAN
Kebiasannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna. Sebaliknya jika air itu berwarna hijau , itu menandakan bayi sydah pun membuang air besar ketika masih di dalam kandungan.
Ramai wanita hamil yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing. Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau.Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.
Apabila mengalami tanda seperti ini ,sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama bole dijangkiti kuman.Dan kebanyakkan wanita tidak pecah ketuban sehingga disaat-saat akhir proses bersalin.Apa yang kerap berlaku ialah doktor yang akan memecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses kelahiran.
5. SERVIKS TERBUKA
Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun ,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10 sm.
6.PERUT MEMULAS
Disebabkan bayi sudah mula bergerak kesaluran peranakkan,ia akan memberi tekanan kepada saluranyang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa inginmembuang air besar. Anda di nasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas umpamanya.
7.PERUT TURUN
Perut anda akan kelihatan buncit di bahagian atas terasa kosong. Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakkan.Hal ini biasanya berlaku disekitar dua minggu sebelum kelahiran.
8. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Apabila bayi mula bergerak ke bawah sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing.Atas sebab itulah, anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.
**PERINGATAN**
Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan ini merupakan petanda awal bersalin,namun anda perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak.Dikhuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam ,bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali.Jika secara tiba -tiba anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun mengalami tanda awal bersalin.
Jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan
Set berpantang Shaklee anda boleh hubungi saya melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan