"Respon + Mentor + Sukses"
Dengan komitmen dan tanggungjawab disertai “Respon” yang berkesinambungan, menjadi resepi bagi menjadikan RMS terus berdaya maju. Ditambah dengan semangat Satu Pasukan Satu Matlamat yang menjadi “Mentor” kepada RMS untuk terus menjadi organisasi pengedar Shaklee yang “Sukses”. Setiap gerak kerja sentiasa inovatif bagi meningkatkan tahap profasionalisme pengedar dalam menguruskan perniagaan Shaklee seterusnya dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap organisasi RMS.
Rich Mom Group, RMS adalah group terahsia saya yang telah banyak melahirkan ramai leader-leader dalam bisnes Shaklee. Sesuai dengan nama Group RMS ini, semua ahli RMS terdiri daripada kaum Hawa samada suri rumah, bekerja, berkahwin mahupun bujang. Rata-rata yang menyertai RMS adalah bertujuan untuk menambah side income bagi membantu suami tercinta.
Di dalam Group RMS, kami berkongsi maklumat, strategi, informasi dan pelbagai lagi bagi membantu meningkatkan peluang kejayaan dengan Shaklee. Segalanya menjadi mudah dengan kerjasama, tolong-menolong dan bantu-membantu di dalam Group RMS.
Selain bimbingan secara online, Group RMS juga turut mengadakan Seminar, Kelas Tutorial, Gathering dan pelbagai lagi bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim keluarga RMS.