Latest News

.

RAWATAN UNTUK MASALAH KULIT BERJERAWAT


Apabila seorang wanita mengalami haid maka bukan hanya ia berhadapan dengan rasa sakit akibat Pre Menstruation Syndrom (PMS) tetapi juga masalah kulit berjerawat,kering ,kusam dan sebainya.. Untuk merawat jerawat,wanita perlu memahami kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi serta cara penjagaan yang sesuai.


Menjelang Haid
Wanita akan berada dalam keadaan yang paling mencabar ketika menjelang haid. Fasa ini juga disebut sebagai 'reset phase' disebabkan apabila tubuh telah menyedari tidak akan berlaku kehamilan maka lazimnya ia akan membuat persiapan bagi ovulasi selanjutnya.


Pada fasa ini, paras estrogen akan menurun dan androgen (seperti testosteron) akan memicu kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan kulit akan cenderung bermasalah.Wanita boleh mengunakan produk yang mengandungi Salicylic  acid atau glycolic untuk membantu mengimbangi lebihan minyak dalam fasa ini.


Pada hari pertama haid

Hormon berada pada titik yang terendah dan kulit akan kelihatan pucat dan kusam disebabkan juga adanya prostaglandin yang menyebabkan peradangan sehingga kulit akan lebih berminyak dan berjerawat.Prostaglandin adalah lipid yang dilepaskan sel tubuh, dan menyebabkan peradangan atau bengkak, serta munculnya jerawat pada hari pertama haid dan  ini juga membuatkan kulit kelihatan kusam.Untuk membantu menenangkan kulit, wanita boleh mengunakan pelembab yang mengandungi anti-inflamasi seperti teh hijau ,chamomile dsb.



Cara Atasi /Tips Semasa PMS

  1. JANGAN SENTUH jerawat anda
  2. Hilangkan toxin dengan minum sekurang-kuranya 8 gelas air sehari
  3. Lakukan penjagaan muka seperti biasa
  4. Tidur atas bantal yang bersih
  5. Awasi pemakanan dengan kurangkan pemakanan tepung halus,gula,makanan diproses,kafien, alkohol, susu dan glutten.

Cara Atasi /Tips Selepas PMS

  1. Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  2. Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air.
  3. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  4. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  5. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  6. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  7. Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  8. Guna mekap muka berasaskan air.
  9. Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  10. Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  11. Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut. 

Cadangan vitamin untuk masalah muka berjerawat ini ialah

Vitamin yang anda perlukan ialah:
1. GLA Complex – memulihkan kulit yg rosak
2. Vita E 400IU – menghilangkan parut
3. B Complex – jerawat disebabkan oleh kekurangan vitamin B6
4. Vita-C – memulihkan sel dan membina kolagen
5. Vitalea – menstabilkan metabolisma gula mengelakkan jerawat
6. ESP - menyingkirkan sel2 kulit mati 


Testimoni Pengguna vitamin shaklee









Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang set kecantikan shaklee  ini atau nak buat sebarang order boleh terus hubungi saya ya melalui:








 

Tiada ulasan:

Recent Post

recent