Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.
Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:- Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
- Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
- Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
- Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
- samada anda pernah bersalin sebelum ini;
- bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
- bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.
Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?
Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda.Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka.
Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:
- air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
- bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
- anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
- anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.
Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.
Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?
Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.
Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.
Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.
Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam pelahiran?
Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.
Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk melegakan kesakitan.
Bolehkan saya tahu jika kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?
Mungkin. Tanda-tanda pelahiran termasuk:- Ringan
(apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam
pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan
makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
- Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
- Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
- Pembuangan najis lebih mudah.
Apakah fungsi setiap vitamin ini?
Vitamin yang bagus dan sesuai untuk ibu yang hampir melahirkan..
1. Esp
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
2. Ostematrix
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
3. Performance Shaklee
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan
Set kelahiran Shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan