Latest News

.

Risau Berat Badan Naik Mendadak Semasa Hamil?

Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

Pertama sekali, penting bagi anda menerima hakikat bahawa berat badan anda akan bertambah semasa hamil! Memang seharusnya begitu. Badan anda sedang membesar dan berubah untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi bayi anda.

Berat badan anda akan bertambah sehingga menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik).

Jika jumlah BMI anda tinggi sebelum anda hamil, anda perlu cuba untuk mengehadkan jumlah berat yang ditambah. Menambah lebih banyak berat tidak baik untuk anda dan bayi. Ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami komplikasi semasa hamil dan kelahiran.

Komplikasi-komplikasi ini termasuk:
  • tekanan darah tinggi;
  • kencing manis;
  • melahirkan bayi besar.
Tetapi jangan pula cuba untuk berdiet. Ia tidak akan mengurangkan kemungkinan untuk mendapat tekanan darah tinggi. Ia juga tidak berkemungkinan memberi kesan kepada risiko anda mengalami pra-eklampsia, yang berkaitan dengan tekanan darah. Ia juga tidak memberi manfaat kepada bayi anda.

Sebaliknya, dapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai bagaimana untuk makan dengan baik. Pelan pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak menambah berat badan terlalu banyak dan membuatkan anda dan bayi gembira dan sihat.

Di sini ingin saya kongsikan dengan anda semua carta berat badan yang bertambah semasa mengandung


Carta di atas menunjukkan kebanyakan berat badan adalah dari penyimpanan nutrien termasuk lemak dan perkembangan otot iaitu sebanyak 4.5-5.5kg. Peningkatan cecair badan dan darah di dalam tubuh badan ibu hamil disebabkan oleh perkembangan bayi yang pesat di dalam kandungan. Pembesaran payudara bersiap sedia untuk penyusuan kepada bayi anda. Pembesaran rahim disebabkan perkembangan bayi yang semakin membesar iaitu lebih kurang 1kg dalam sepanjang kehamilan. Berat bayi secara purata adalah di antara 3-3.5kg. Oleh itu, jumlah peningkatan 11-16kg di sepanjang kehamilan  adalah dicadangkan untuk ibu hamil. Akan tetapi, tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

Trimester pertama:

Dalam tempoh 3 bulan pertama, berat badan ibu hamil akan meningkat lebih kurang 1.6kg.

Trimester kedua:

Dalam tempoh 3 bulan yang akan datang, jumlah kenaikan berat badan untuk kebanyakan ibu hamil lebih kurang 5.5-6.4kg. Di mana kenaikan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu.

Trimester ketiga:

Dalam tempoh 3 bulan terakhir, kebanyakan wanita menaik berat badan lebih kurang 5kg.

Nota:
Ini adalah angka purata bagi majority wanita sebagai panduan dan bukan mengantikan nasihat daripada doktor anda. Jika corak pertambahan berat badan anda berbeza, ini tidak bermakna kenaikan berat badan anda abnormal.
Tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

Bagaimanakah anda  boleh mengawal berat badan?

Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah makan dengan sederhana. Anda disarankan mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari. Anda tidak perlukan lebih daripada itu hinggalah tiga bulan terakhir kehamilan, di mana anda perlukan 200 kalori tambahan sehari. Anda boleh mendapat 200 kalori tambahan itu daripada contohnya, sekeping roti bakar dengan kacang panggang atau semangkuk bijirin bijian penuh dengan susu separa-skim.

Untuk makan dengan sihat, makanlah makanan daripada kumpulan makanan berikut:
  • Roti, pasta, kentang, nasi dan bijirin (karbohidrat). Lebih baik jika anda makan bijian penuh seperti beras perang serta pasta dan roti daripada bijian penuh. Cuba pastikan makanan berkanji ini memenuhi satu pertiga daripada apa yang anda makan setiap hari.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Ini seharusnya memenuhi satu pertiga lagi daripada apa yang anda makan setiap hari.
  • Protein, seperti daging (tetapi bukan hati), ikan, telur dan kekacang.
  • Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Versi rendah lemak adalah pilihan yang baik jika berat badan anda berlebihan.
Anda tidak perlukan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda mengambilnya sekali-sekala dalam jumlah yang kecil.

Ingat, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Jika berat badan anda bertambah terlalu banyak semasa hamil, sukar untuk menurunkannya selepas bayi anda lahir.

Dan jangan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan! Senaman baik untuk anda semasa hamil dan boleh membantu anda mengekalkan berat yang sihat.

Supplement  yang bagus untuk ibu hamil mengawal berat badan ialah ESP & OMEGA



Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:



Tiada ulasan:

Recent Post

recent