Latest News

.

Petua Atasi Masalah Anak Sembelit

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,

Rasanya hampir semua ibu bapa pernah menghadapi masalah sembelit anak, susah nak buang air besar. Aduhhhh..kesiannya kat anak-anak kita duk teran najis. Kadang-kadang sembelit anak ini sampai buat dia trauma nak buang air besar, sanggup tahan sakit perut nak membuang air besar.

Sedih sangat. Apalah yang boleh kita lakukan?

Sembelit anak atau sembelit bayi lebih kerap terjadi kepada bayi-bayi yang minum susu formula dan anak yang telah menerima makanan pejal. Berbanding bayi yang menyusu ibu, bayi susu ibu tidak mengalami masalah sembelit ini. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka sembelit.

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia kurang dari tiga bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. 

Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit. 


Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:

  • meragam, sakit abdomen dan gastrik;
  • abdomen yang keras;
  • sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
  • najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
  • najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul. 

Kenapakah sembelit berlaku?

Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur. 
 

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.
Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.
Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.
Cara-cara berikut juga boleh membantu:

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.



Bagaimana untuk mengatasi sembelit pada anak?

1. Didik anak minum air putih dengan kerap setiap hari
  • 25kg berat bersamaan 1 liter air putih diperlukan setiap hari
  • Disiplinkan anak minum setiap 15 minit-20 minit setiap kali
  • Letakkan botol air masak berdekatan dengan anak dan mudah dicapai bila anak mahu minum air putih
. 2. Jika ingin berikan anak minum air jus buah-buahan. Gunakanlah jus dari 
     buah sebenar dan masukkanlah sedikit serat atau pulpa ke dalam
     minuman jus anak

3. Beri buah-buahan berbeza kepada anak sebagai hidangan 
    sampingan 3 kali sehari.
  • Antara waktu selepas sarapan dan sebelum makan tengahari
  • Sebagai snek minuman petang bersama sekeping roti atau sedikit biskut
  • Beri anak buah setengah jam sebelum makan malam 

4. Pelbagaikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang 
    tinggi serat dalam sehari.
     Pisang, labu, keledek, buah naga, nenas, jambu, jambu batu, sayuran berdaun dll

5. Lebihkan sayur dalam setiap hidangan sarapan, makan tengahhari dan 
     makan malam

6. Didik anak cintai sayur. (Ibu perlu kreatif dalam menyediakan menu bersayur)

7. Jika ingin menempuh perjalanan jauh. Ingatkan dan beri 
   anak minum air putih 
    setiap 15-20minit perjanan. (Kerana anak-anak hanya minum sedikit air putih 
    sahaja setiap kali. Jadi kita perlu mengingatkan minum air putih dengan banyak)

8. Bayi yang minum susu formula perlu disulam dengan air putih. Air yang
    telah bercampur susu formula hanya cukup untuk menguraikan susu formula
    sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan cecair pada tubuhnya.

9. Berikan pemakanan seimbang pada anak. Makanan yang tinggi karbohidrat
     dan tinggi lemak lambat diuraikan oleh usus. Jadi galakkan anak aktif berlari,
     bersenam, menari, melompat dan sebagainya. 

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,


Pendek kata, Jangan halang anak-anak untuk bergerak, tak duduk diam dan buat apa yang disukainya asalkan tidak merbahaya dan biarkan mereka riang dan cergas asalkan bunyi bising mereka tidak mengganggu jiran sebelah..hehe. Ini semua membantu melancarkan sistem pencernaan mereka.

Ya, anak saya sendiri mengalami masalah ini kerana kealpaan semua pihak yang lupa mengingatkan anak minum air putih dan pandang enteng akan kepentingan buah-buahan dalam diet anak dan dirinya sendiri yang lupa minum air putih banyak kerana sibuk bermain..hehe. 
Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,


Cubalah cara mengatasi sembelit anak ni. Tak perlu ubat-ubatan. Semuanya secara semulajadi dan lembut. Lepas ni masalah anak sembelit tiada lagi, dan anak pun dah tak trauma untuk buang air besar.

Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin shaklee bagi mengatasi masalah sembelit anak anda ini,anda boleh cuba mealshake.Ini bukan ubat ya tapi supplement yang dapat membantu masalah sembelit di kalangan kanak - kanak.

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,

MEAL SHAKE

Mealshakes merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.

BAGAIMANA MEAL SHAKE MEMBANTU MASALAH SEMBELIT?

Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak kita. 


SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan!


Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis, 


SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (kira tak SEMBELIT). 


Di sinilah pentingnya anak kita  MINUM  BANYAK AIR.


Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak kita dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.


Testimoni para ibu memberi anak Meal Shake dan membantu masalah sembelit :)

Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,


Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,


Nutrisi Shaklee, Nutrisi Kanak-Kanak, Meal Shakes,


Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

Tiada ulasan:

Recent Post

recent