Latest News

.

TANDA TANDA AUTISME PADA ANAK ANDA


Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar. Ia disebabkan oleh ketidaksempurnaan yang berlaku di dalam genetik individu dan boleh diwarisi di dalam keluarga. Menurut kajian yang dijalankan, dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar. Ia disebabkan oleh ketidaksempurnaan yang berlaku di dalam genetik individu dan boleh diwarisi di dalam keluarga. Menurut kajian yang dijalankan, dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Terdapat berbagai-bagai ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Namun begitu, tidak seperti masalah Sindrom Down, autisme tidak dapat dikesan sebelum, semasa atau selepas proses kelahiran.

Ini adalah kerana penghidap autisme tidak akan menunjukkan sebarang tanda-tanda kelainan mereka. Ciri-ciri autisme akan mula kelihatan pada usia 18 bulan ke atas. Dianggarkan 75 peratus kanak-kanak autisme mengalami masalah kerencatan akal daripada peringkat ringan hingga serius.Manakala 25 peratus daripadanya memiliki IQ seperti kanak-kanak biasa lain. 

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Ibu bapa seharusnya peka terhadap sebarang perubahan atau tindak balas yang berlaku pada anak mereka. Jika anak mereka masih belum bercakap atau berjalan mereka haruslah segera membuat pemeriksaan pakar perubatan. Pengesanan awal dapat dilakukan semasa proses pembesaran bayi tersebut.

Secara ringkasnya antara ciri-ciri awal autisma adalah :
                     
 i. Tidak seperti bayi normal, sesetengah daripada penghidap autisme adalah mereka tidak gemar susu ibu. Mereka akan menolak atau menangis sekiranya ibu mereka cuba untuk menyusui mereka.
 ii. Mengalami masalah untuk tidur, dan sering terjaga pada malam dan mula menganggu orang lain disekitarnya. 
 iii. Mereka tidak menunjukkan  minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
 iv. Mereka tidak mengenali ibu bapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka, semua orang sama sahaja.
 v. Mereka tidak menunjukkan sebarang minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
 vi. Mereka tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
 vii. Mereka lebih suka bermain secara bersendirian berbanding bermain bersama kawan-kawan sebaya. Di  samping itu, mereka juga tidak takut apabila ditinggalkan berseorangan.
 viii. Mereka tidak suka kepada sentuhan. Sekiranya disentuh dan mereka tidak selesa dengan sentuhan tersebut, mereka akan mengeraskan badan.
  ix. Mereka lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
  x. Mereka gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan menggunakan lisan.
Selain daripada tanda-tanda awal di atas, penghidap autisme juga sering menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya ialah :
  • Mereka tidak tahu memulakan pergaulan dan tidak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan.
  • Mereka tidak mempedulikan perasaan orang disekitar mereka.
  • Mereka tidak mempunyai ‘eye contact’ dengan orang lain dan sering mengelak daripada bertentangan mata semasa bercakap.
  • Mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak ke sana dan ke mari.
  • Mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecederaan yang dialami.
  • Sesetengah daripada mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
  • Mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. Namun begitu, situasi ini jarang berlaku.
  • Mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
  •  Mereka sukar untuk memahami dan seterusnya menerima arahan yang diberikan kepada mereka. 

Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan kerana mereka kelihatan normal. Apabila berada ditengah khalayak ramai kita tidak dapat membezakan antara kanak-kanak autisme dan kanak-kanak biasa.Walaupun mereka begitu,namun adakalanya mereka memaparkan tingkah laku dan dan pola perkembangan yang berbeza.Apabila masalah lambat ditangani ia memberi kesan yang serius pada perkembangan kanak-kanak dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi. 

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak autisme di peringkat awal kerana pengesanan diperingkat awal akan memberi kesan dan pengaruh kuat pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak autisme. 



Punca-Punca

Kecederaan OtakKecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.
Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.
Ketidakseimbangan Biokimia
Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.
Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.
pa apabila anak mencapai usia tiga ta Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Tiada ulasan:

Recent Post

recent