Latest News

.

LANGKAH PERTAMA DENGAN SHAKLEE

Tahun 2012, saya pergi Shaklee sendiri nak beli set kehamilan. Sampai branch, staf tu tanya ada no ID? Mujurlah ada kawan lama yang join ahli, bagi no ID-nya. Haaa..baru dapat beli barang. Start dari situ lah upline saya ni add saya masuk dalam macam2 group. Saya ni bukan nak bisnes pun..,nak guna sendiri je. Tapi katanya boleh buat bisnes. Oh yeke..Saya pun niat nak mencuba. Padahal betul2 ZERO dalam bisnes online. Tapi saya Pasang niat awal2, nak buat bisnes shaklee ni saya nak RM500 sebulan dahla. Untuk cover2 mana patut.
.
.
2 minggu pertama saya promote Shaklee tak ada sale. Tapi entah kenapa saya rasa nak buat juga. Orang like status saya promote Shaklee pun, saya dah melompat gembira. Siap tunjuk kat suami. Suami pun gelak je. Tu belum orang order tu. Kalau orang order, mahu demam kot sayang ni. Suami saya cakap gini tau. Hahaha..Tapi sangka tak sangka 2 minggu terakhir bulan tu entah dari mana datangnya sale, saya capai bonus RM500. Rezeki Allah nak beri tu.
.
Saya tak beli stok pun sebab saya tak ada modal. Lagipun saya baru nak mencuba2 dengan niat nak bonus RM500. First customer saya ialah junior saya masa kat sekolah. Sampai skrg dia jadi regular customer saya. Saya tak pernah guna khidmat pos laju nak pos2 barang ni. Menerima barang dr pos laju ada la...memang banyak kali. Masatu saya suruh suami buat. Sampai suatu masa, suami tegur suh saya belajar pos sendiri, macam nak nangis sebab takut tersalah hantar. Hahaha...Berdebar saya tunggu barang tu sampai kat customer.
.
Ok berbalik pada cerita bonus RM500, Alhamdullilah, apa yang saya target tercapai. Makanya saya pun terima bonus RM500 bulan depannya. Syok habis...sapa nak bagi RM500 tu? Terus semangat nak buat bisnes Shaklee ni. Masatu memang tak pandang belakang dah.
.
Bila dah tahu ada rank2 ni, saya pun terus bersemangat waja nak capai rank yang seterusnya. Sampai la rank senior supervisor, saya layak dapat car bonus. Lagi sekali, saya tak pernah tahu Shaklee ada tawarkan car bonus. Bukan dapat kereta tau, tapi duit kereta kita bulan2, Shaklee bayarkan. So boleh la nak beli kereta idaman masing2. Saya tak beli kereta baru pun. Sebab sebulan sebelum join Shaklee, kami dah beli kereta. Haishh takkan la nak beli lagi kereta. Nak tukar baru pun tidak. So guna aje yang sedia ada. Bonus setiap bulan, alhamdullillah semakin bertambah. Ahli dalam kumpulan saya pun bertambah. Dari bisnes sorang2, sekarang dah ada lebih 800 lebih ahli.
.
Oh..nama Group Shaklee saya? Saya beri nama RMS. Apa RMS tu? Rich Mom Success. Kenapa Rich? Sebab semua orang nak jadi Rich kan? So, dah nampak matlamat yang memfokuskan terus kepada apa yang saya nak dalam bisnes Shaklee ni. Kerana ini impian semua wanita.
.
Ok nak cerita lagi, Shaklee ada Conference setiap tahun biasanya buat kat KL. Di sinilah, semua ahli Shaklee akan berkumpul untuk meraikan kejayaan mereka. Tahun pertama join shaklee, saya cuma layak dapat 1 award je.. Tapi dari situlah sebenarnya semangat saya lagi kuat nak buat bisnes shaklee ni bersungguh2. Mata saya lebih terbuka bila melihat kejayaan ramai kaum wanita terutamanya golongan ibu2 muda. Datang conference dengan bawa anak2 kecil. Pernah tengok tak conference macam ni? Best kan..anak2 pun dapat ikut sama meraikan kejayaan kita. Melihat kejayaan mereka yang masih muda tapi dah berjaya genggam income 5angka sebulan. Dari conference pertama inilah saya berazam conference kali ke-2 nanti saya datang sebagai seorang Master iaitu pangkat tertinggi dalam Shaklee. Alhamdullilah, Allah makbulkan impian saya. Masatu saya dapat 7 award.
.
Nak cerita lagi ni..ishhhh..banyak nak cerita ni tau. Lagi satu, Shaklee bagi free trip melancong dalam dan luar negara. Tahun pertama dapat trip ke Sabah. Tahun ke2 ke USA. Tahun ke3 mengerjakan Umrah. Macam tak percaya sangat tau. Tak sangka dapat pergi ke sana seumur hidup. Alhamdulillah menjadi tetamuNya dikala usia masih muda. Semua di taja 100% oleh Shaklee. Tiket flight, hotel, makan minum, duit poket pun dapat. Dapatlah melihat keindahan ciptaan Allah di bumi ini.
.
Serius..tak pernah saya sangka, asalnya niat nak dapat bonus RM500 sebulan tapi Allah datangkan pelbagai nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dari bisnes Shaklee ni. Terasa bersyukur sangat2 Allah lorongkan hati saya untuk join bisnes Shaklee ni. Allah pegang kuat hati saya supaya terus sabar dan sabar, buat bisnes shaklee ni walaupun kadang2 saya menangis. Bukan senang nak mencipta kejayaan. Tapi saya percaya, setiap usaha kita inshaAllah ada ganjarannya.
.
Buat anda yang sudah menjadi ahli Shaklee dan berniat nak berbisnes, buatlah bisnes Shaklee ini bersungguh2. Allah dah lorongkan hati anda untuk pilih Shaklee sebagai plartform untuk anda menjadi insan yang berjaya. Insan yang boleh mengubah kehidupan dari yang baik kepada yang lebih dan sangat2 baik. InshaAllah. Siapa lagi yang nak ubah kehidupan kita,melainkan diri kita sendiri yang berusaha untuk berubah. Saya bermula dengan impian yang kecil, tapi alhamdullilah dengan semangat yang tak pernah luntur Allah anugerahkan impian yang besar. Impian yang saya sendiri tidak pernah jangka akan saya dapat pada usia sebegini. Saya bermula dari tak tahu apa2, tapi saya belajar dari bawah. Percayalah, dalam dunia bisnes kita perlukan mentor untuk beri tunjuk ajar kepada kita supaya kita tak tersilap langkah. Yang kedua, kita perlukan ILMU. Betapa pentingnya ilmu yang perlu kita ada untuk terus berjaya.
.
Berminat nak join ahli Shaklee?
Berminat nak menjadi sebahagian dari team RMS saya?
Nak tahu kelebihan menjadi ahli Shaklee?
Anda boleh hubungi saya...
Master Intan Azlin - 0164410132.
Mentor Shaklee anda. 
.
Berpengalaman dalam dunia bisnes online sejak dari tahun 2012 - kini.



























Tiada ulasan:

Recent Post

recent