Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa kehamilan. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga disebut sebagai toxemia. Ia juga menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.
Jenis Jenis Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
1. Hypertension Kronik
- Ia juga dikenali sebagai chronic hypertension. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) sebelum mengandung atau pada peringkat awal kehamilan (sebelum minggu ke 20) ataupun tekanan darah tinggi berterusan selepas kelahiran bayi.
2. Hypertension gestasi
- Juga dikenali sebagai gestional hypertension. Tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) terjadi selepas kehamilan minggu ke 20 dan tiada pengeluaran protein dalam air kencing dan akan hilang selepas kelahiran bayi.
3. Preeclampsia
- kedua dua hypertension kronik dan hypertension gentasi boleh menyebabkan preeclampsia. Iaitu keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke 20. ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat. Sebenarnya, ia juga boleh memberikan kesan kepada buah pinggang, otak dan organ organ penting yang lain di dalam badan dan pengeluaran protein dalam air kencing.
- Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera iaitu ibu akan mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi semasahamil. Terdapat juga kes yang ibu boleh terkena strok sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
RISIKO DARAH TINGGI KETIKA HAMIL
- Organ dalaman boleh rosak dan menyebabkan strok
- Boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi
- Plasenta atau uri yang membekalkan bayi oksigen dan makanan lekang (tertanggal) awal
- Kelahiran pramatang kerana terpaksa melahirkan bayi awal melalui kaedah Cesarean
1. Faktor-Faktor Am:
- Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
- Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
- Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
- Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
- Kandungan kembar
- Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
- Tempoh antara kandungan yang lama
- Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
- Kandungan molar
4. Faktor-Faktor Perubatan
- Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
- Penyakit buah pinggang
- Diabetes
- Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
- Penyakit Connective tissue
- Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)
Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?
- Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.
- Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebab kesan yang serius kepada ibu dan bayi.
- Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan yang berikut:
- Rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
- Kerapkan pemeriksaan pranatal
- Kurangkan memakan garam
- Minum 8 gelas air sehari.
- Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.
- Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat. Anda boleh mendapat lebih nasihat dan maklumat daripada doktor anda.
- Pengambilan vitamin juga sangat2 penting semasa hamil.Tambahan pula jika anda adalah ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi.
Antara Vitamin yang di cadangkan ialah
- B Complex - membantu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Ini kerana tekanan darah tinggi berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan ia memberi kesan kepada saraf.
- Ostematrix: Meredakan urat-urat yang tegang. Pendek kata berfungsi merehatkan otot. Ia juga berperanan mengelakkan kekejangan dan sakit pinggang semasa hamil. Ia juga menjadikan tulang bayi di dalam kandungan kuat.
- Omega Guard - minyak ikan Shaklee ini membantu mencairkan darah dan melincirkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan membantu dalam masalah ketengangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan.
Berminat untuk dapatkan set kehamilan shaklee?Untuk info anda boleh klik siniset kehamilan shaklee
Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang vitamin shaklee atau nak buat sebarang order boleh terus hubungi saya ya melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya) Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog: http://intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
Tiada ulasan:
Catat Ulasan