Latest News

.

Kenangan manis National Conference Shaklee 2014

Ini kali ke 2 saya menghadiri majlis yang cukup berprestij ini anjuran Shaklee Malaysia iaitu National Conference yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre pada 7 - 8 jun 2014.




Tahun lepas iaitu tahun 2013,saya cuma dapat 1 award iaitu CAR BONUS.Masatu saya baru naik rank Senior Coordinator.Saya tak tahu pun apalah sebenarnya national conference ni..Saya tanya master farah (super upline),ini majlis untuk apa?Rupanya majlis untuk meraikan semua SID ( Distributor Shaklee ) yang berjaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bisnes shaklee sepanjang Cycle yang lepas.

Istimewa tahun ini, NC di buat selama 2 hari.Sebab SID yang menerima award tersangatlah ramai.Itu petanda bisnes shaklee di Malaysia semakin berkembang pesat.Kalau tahun lepas saya dapat 1 saja,alhamdullilah untuk tahun ini,saya dan suami dapat 8 Award.


Suasana meriah di dalam dewan.Tengok pentas pun dah terasa aura yang membara di jiwa.



Bergambar sebelum Master Parade. Tahun ini saya hadir dengan title rank tertinggi iaitu Master Coordinator.Alhamdullilah,ini lah impian yang saya pegang semasa menghadiri NC tahun 2013.Saya nak lalu red carpert semasa NC tahun 2014 dengan gelaran MASTER.Syukur kepada Allah,tercapai juga hasrat saya.




Bersama dengan Super Upline saya iaitu Master Farah Alias.Insan yang paling banyak membantu saya dalam bisnes shaklee ini.Tunjuk ajar ku sifu!


Ini masa nak ambil award untuk Recognition for New Rank - Master Coordinator.Kami naik rank master pada bulan November 2013.



Hadiah di sampaikan oleh CEO Shaklee sendiri iaitu Mr Roger Barnett. Sebelah saya tu Presiden Shaklee Malaysia Mr Victor Lim.Sebelah Roger ialah President Shaklee international iaitu Mr Bradford Richardson.



Saya bersama Master norita dan rakan master yang lain iaitu raihan dan kak nor wina.Kami sama2 naik master dalam cycle yang sama.Tapi bulan berbeza.




Ini salah seorang anak shaklee saya yang terawal.Zainatun nisa namanya.Kami berkawan sejak dari sekolah menengah.Dia adalah salah seorang leader hebat saya yang kini sudah pun mendapat bonus sebulan 4angka dengan shaklee.Alhamdullilah.Doa saya semoga sahabat saya ini akan menjadi Master Coordinator pada tahun 2015 ini.Sama2 kita doakan ya.Amin..


Ini anak saya paling jauh dengan saya..Leader saya yang paling kuat.Ayu dari Sabah.Seorang surirumah tapi ada pendapatan 4angka sebulan hanya dengan buat bisnes shaklee secara online & offline. Orang Sabah,siapa nak beli vitamin shaklee atau nak join ahli shaklee boleh cari adik manis ni ya.Tahun 2015 akan datang,saya sudah targert mahu Ayu jadi Master Coordinator.InshaAllah...



Ini anak saya dari Melaka.Faizah namanya.Sangat teruja anak ku seorang ini bila dapat award dari shaklee..Leader saya yang juga bakal menjadi Master Coordinator suatu hari nanti.Dan kalau boleh nak tengok tahun depan juga jadi Master.InshaAllah.Dengan izin Allah..jika berusaha pasti dapat.



Cinta hati saya. Dia yang banyak membantu saya dalam bisnes shaklee ini.Terima kasih abang.Suka dan duka kami dalam bisnes shaklee ini tetap akan bersama.



Gambar kami berdua di ruangan MASTER COORDINATOR. Inilah salah satu impian kami tahun lepas.



Ini di antara hadiah dan award yang kami dapat semasa 2 hari di national conference.Kalau tahun lepas hanya dapat replika kunci kereta saja,tapi tahun ni alhamdulilah banyak yang kami dapat.Lebih 7 AWARD.
Ini membuktikan setiap tahun,pretasi bisnes shaklee kami semakin menunjukkan potensi yang lebih baik dan semakin maju.Syukur kerana saya ada team RMS yang sangat komited dan sama2 ingin membuat bisnes shaklee ini dengan bersungguh2.Saya punya tanggungjawap yang lebih besar iaitu ingin membantu team saya untuk berjaya dan dapat apa yang saya telah dapat dalam bisnes shaklee ini.

Anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga shaklee saya?
Hubungi saya intan azlin 016-4410132

Kita tak salah jika di lahirkan dalam keluarga miskin..
Tapi kita akan rasa bersalah jika sepanjang hidup kita,kita masih miskin..
Dan kita sangat bersalah,bila kita pergi meninggalkan dunia ini dengan mewariskan kemiskinan kepada anak cucu cicit kita....


Tahun depan dah mula GST..
Inilah masanya nak buat side income..
Gaji pun entah naik entah tidak..


Kita tak mampu nak ubah ekonomi negara kan?
Tapi kita sangat mampu untuk mengubah ekonomi keluarga kita..

Berubah demi masa depan..
Master Intan Azlin


Tiada ulasan:

Recent Post

recent