Latest News

.

Berhati Hati Dengan Kosmetik Anda!


Wanita di seluruh dunia...
Terutama kita di Malaysia
Terlalu banyak dah longgokan barangan kosmetik yang menjanjikan anda akan menjadi cantik seperti artis?
Pernah anda terfikir,kenapa begitu cepat perubahan yang berlaku pada wajah anda?Seminggu saja sudah boleh putih? Jerawat jeragat cepat hilang?Sedangkan masalah kulit wajah anda itu sudah bertahun tahun lamanya.

Wanita,sentiasa obses untuk cantik sehingga kadang2 tidak pernah ambil tahu ianya selamat atau tidak untuk di gunakan.Mendapat kelulusan KKM atau tidak,.Yang penting hanya nak cantik dalam masa yang singkat.Tak nampak kesan sampingan. 

Apabila sudah berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan merkuri itu, muka akan bertambah menjadi teruk dan hodoh. Kebanyakan produk kecantikan yang menggunakan merkuri sebagai salah satu bahan-bahannya adalah krim pencerahan dan juga krim malam. Bahan merkuri lazimnya akan terus menyerap ke dalam kandungan darah dalam badan, tidak seperti kandungan bahan pencerah lain seperti AHA dan sebagainya yang hanya menyerap pada lapisan kulit sahaja.

Luar nampak cantik?Di dalam?Kita tak tahu kan...
Hari ini saya nak kongsikan dengan anda wahai wanita semua di luar sana tentang 
" Bahaya Merkuri Di dalam Kosmetik kita "...Lepas baca ni boleh cek kosmetik masing2 tau.

Kenali merkuri di dalam kosmetik anda.

Unsur merkuri yang ada di kosmetik akan diserap melalui kulit, kemudian akan dialirkan melalui darah keseluruh tubuh dan merkuri itu akan mengendap di dalam ginjal yang mengakibatkan terjadinya GAGAL GINJAL YANG SANGAT PARAH. (BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN) Merkuri dalam krim pemutih (yang mungkin tidak tercantum pada labelnya) dapat menimbulkan keracunan bila digunakan untuk waktu lama.
Walau tidak seburuk efek merkuri yang tertelan (dari makanan ikan yang tercemar), tetap menimbulkan efek buruk pada tubuh. Cuma sapu ke permukaan kulit, merkuri mudah diserap masuk ke dalam darah, lalu ,memasuki system saraf tubuh. Manifestasi gejala keracunan merkuri akibat pemakaian krim kulit muncul sebagai gangguan system saraf, seperti tremor (gementar), insomnia (tidak bisa tidur), pikun, gangguan penglihatan, ataxia (gerakan tangan tak normal), gangguan emosi, depresi dll.

Produk kosmetik yang dipakai tersebut akan menyebabkan iritasi parah pada kulit, yakni berupa kulit yang kemerah-merahan dan menyebabkan kulit menjadi berkilat secara tidak normal. Kondisi tersebut telah banyak dikeluhkan oleh para konsumen yang sudah terlanjur menggunakan produk-produk kosmetik illegal tersebut. 100%

Apa akan terjadi kepada kita bila terlalu lama menggunakan kosmetik yang mengandungi merkuri ini?

# Kerosakan urat saraf, sistem ginjal dan paru-paru.
# Sistem otak akan mengalami gangguan.
# Mampu merosakkan organ-organ badan yang lain.
# Dapat merosakkan janin pada wanita yang mengandung.
# Kepekaan terhadap hadirnya bahan merkuri di dalam setiap produk kecantikan adalah penting demi menjaga kulit muka daripada terdedah dan terkena bahan-bahan yang merbahaya dan juga mampu mengancam nyawa.

Macam mana nak tahu kosmetik kita guna tu ada merkuri?
  • secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut. Jadi, jika krim yang anda gunakan berbau logam atau berbau terlalu wangi, ia boleh dimasukkan juga dalam senarai "yang disyaki"... :-)
  • Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan (ala-ala merelip gitu.. :-) ). Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
  • Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
  • Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar...
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI (mesti ramai yang suka kan?). Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi. 

    Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika? :-)

  • Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya....


UJIAN RINGKAS
Jom lakukannya! Cuba pada kosmetik yang anda gunakan sekarang ini.
  • Sapukan krim berkenaan pada tapak tangan
  • Sapukan krim berkenaan pada cincin emas atau barang kemas kita yang diperbuat daripada emas (pastikan emas tulen yer...) -
  • Jika produk / krim itu mengandungi merkuri, krim itu akan bertukar menjadi warna kelabu, Semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.
Wanita..jangan terlalu taksub untuk menjadi cantik.Menjaga kecantikan itu memang sangat di galakkan.Saya pun nak juga cantik.Biar kulit kita gelap sedikit berbanding rakan2 yang lain,tapi kulit kita bebas dari jerawat,jeragat bintik hitam dan parut2 yang tidak mahu di pandang itu.Pilihla kosmetik yang selamat.

Jika anda berminat dengan rangakain kecantikan shaklee (luaran & dalaman ) anda boleh hubungi saya ya. Terbukti berkesan,selamat dan semulajadi.

Tiada ulasan:

Recent Post

recent