Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap
wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan
kesan senggugut. Kita pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang
dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya. Kadang-kadang
kita nampak ia simple,"ala, muda lagi. Senggugut ni memang macam ni,
esok lusa baiklah" tapi sebenarnya kekerapan anda kena dan sakit yang
tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain. Saya tidak
mahu menakutkan anda tapi itu adalah benar. Ubat penahan sakit
menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh membantu. Di sini saya kongsikan bersama bahaya senggugut ini kepada wanita. Jadi jangan ambil kes
ini sambil lewa. Ia boleh memudaratkan kepada anda, wahai wanita.
KENALI SENGGUGUT
Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric
disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan
haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu
Senggugut utama dan Senggugut kedua.
Senggugut utama
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh
penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan
rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita
remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua
kedatangan haid.
Senggugut kedua
Sementara senggugut Senggugut sekondary disebabkan oleh wujudnya sel
endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di
dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang
kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan
pendarahan haid.
Risiko senggugut
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.
Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.
Simptom utama senggugut, yang melumpuhkan, termasuk :-
- perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
- perasaan tegang atau resah
- serangan panik
- perubahan perasaan, menangis
- mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
- tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
- sukar menumpu perhatian
- lesu
- kemaruk atau peningkatan nafsu makan
- sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
- perasaan "luar kawalan"
- peningkatan atau penurunan nafsu seksual
- peningkatan rasa bagi intim emosi
- simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot
Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa
minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas
mula haid.
kaitan SENGGUGUT & endometriosis ???
PENYAKIT ENDOMETRIOSIS
Penyakit
endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai
yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin
ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh
penyakit ini ialah senggugut
dan kesakitan, kemandulandan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia
juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan,
gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu
dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di
bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya
luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim
dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta
kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau
darah haid.
Bagaimana endometrium terjadi?
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium
ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral
ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di
tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan
anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar
biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar
Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.
Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar
biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang
cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada
kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui
saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya
luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted
uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit
endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke
hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat
lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat
sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang
mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan
wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah
menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan
mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut
telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari
tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi
ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu,
ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada
rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku
lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur
(ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang
digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah
kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.
Simptom-simptom endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun
kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami
dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun
selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan
melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada
penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum
datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada
bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi
jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak,
kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah
berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa
penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan
kerosakkan pada dinding dan otot rahim.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika
suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami
waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh
perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus
besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah
besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak
sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah
mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas
melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun
kemudian.
Endometriosis menyebabkan kemandulan !!!!
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal
iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita
tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan
gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang
boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita
yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.
3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.
Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali !!!
Jika anda mengalami endometriosis,anda boleh klik sini juga ya. endometriosis punca sukar hamil
Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalahperdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
ATASI SENGGUGUT SEKARANG !!!!
Vitamin shaklee yang membantu masalah senggugut ialah
1. GLA COMPLEX
GLA
Complex berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita. Ia mengandungi
Gamma Linolenic Acid yang sangat baik untuk melegakan kesakitan dan
ketidakselesaan semasa datang haid. Penggunaan secara berterusan akan
membantu meningkatkan kesihatan dan mencegah tubuh dari risiko penyakit
berkaitan pelvik seperti fibroid dan cyst
2. OSTEMATRIX
Ostematrix
adalah satu produk yang dapat membekalkan kalsium, Vitamin D, Magnesium
dan nutrient penting untuk membantu dalam pengecutan otot dan
pelancaran saraf. Oleh itu ia dapat membantu untuk mengurangkan simptom
senggugut seperti perut kembung, kekejangan, mudah meradang dan
kemurungan semasa haid. Penggunaan Ostematrix secara berterusan akan
dapat memelihara kesihatan tulang, gusi dan sendi untuk mengelakkan
Osteoporosis
3. SHAKLEE B COMPLEX
- Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
- Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
Testimoni dari wanita2 yang telah mengambil set senggugut dari vitamin shaklee ini.Apa kata mereka?
Selain mengambil suplemen Shaklee, anda juga boleh mengurangkan kesakitan akibat senggugut dengan cara-cara berikut;
- Tuam kawasan yang sakit dengan tuala suam.
- Perbanyakkan makanan berkalsium tinggi seperti susu, tempe dan kacang.
- Kurangkan makanan atau minuman berkafein, bercoklat dan bertepung.
- Makanlah makanan yang berserat tinggi.
- Elakkan diri dari stress atau berasa tertekan. Tekanan boleh menyebabkan sengugut yang lebih teruk.
Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan set kelegaan pms / set sengugut ini anda boleh hubungi saya melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan