Dah lama sebenarnya nak bercerita tentang side income ni. Ini cerita saya, sekadar perkongsian dan ingatan buat saya dan anak2 saya. Shaura, Syaza dan Shawqi.
Sebelum kahwin, saya dan suami pernah buat macam2 bisnes. Saya pernah jadi ahli cosway. Memang seronok sebab 1 klinik tu ambil order dengan saya. Setiap minggu pergi stokis cosway mesti order nak dekat RM500. Saya join pun sebenarnya bukan nak cari side income. Saya suka guna bedak miyami tu. Tau x? Glemer tau bedak tu. Bila kawan2 order jadi seronok pula. Yang ini tiada bonus. Cuma setiap kali buat pembelian saya akan dapat kupon redeem. Memang banyaklah barang saya dapat. Semua redeem dari cosway. Periuk dan kuali saya kat rumah ni, mixer, banyak lagi lah semua dapat free dari cosway. Kalau nak beli memang sebijik kuali ada lah rm200 ++. Korang caya tak kalau saya cakap hantaran petunangan saya dan suami 80% adalah dari reedem cosway saja. Hahhaha...Kami tak keluar duit pun. Jimat di situ.
Dalam masa yang sama saya tolong kakak ipar saya jual one drop perfume. Siapa tau? Pernah glemer 1 masa dulu. Dapat 1 kotak tu RM5 je tapi saya sungguh2 buat. Ala tak lama pun jual. Ada lah dalam 2 ke 3 bulan. Sebab bende macam ni bukannya lama. Dapat duit memang kami menyimpan sebab nak kahwin kan masatu. Hahaha. Duit gaji pun fokus pada kerja kahwin aje tau. Saya tak mengahrap pada mak dan arwah abah sebab saya bukan keluarga senang.
Bila dah kahwin, saya tukar kerja kat hospital. Tak ada dah jadi agen cosway ke apa ke. Memang terus tak aktif. Siap dah terkeluar keahlian lagi. Dah kahwin ni mesti nak banyak guna duit kan. Kami masing2 pulun buat overtime kat tempat kerja masing2. Tapi terus terang saya tak suka oncall. Saya tak suka kerja malam2 sorang2. Ya memang seram takut tapi masatu nak taknak kena buat jugak. Kita ni kuli ajer dengar lah cakap bos. Saya selalu buat oncall siang aje, malam saya suka bagi kat orang lain. Duit oncall yang paling banyak pernah saya dapat rm600 kot. Tapi penatnya rasa tak boleh bangun 6 hari. Saya ni antara yang paling malas nak buat oncall sebenarnya. Hmmm, tapi buat juga sebab nak ada side income. Kenapa nak ada income lain selain gaji hakiki ni?
Lupa pula nak cerita, suami saya juga ada buat bisnes lain. Buat sewa van. Tapi tak lama, sebab banyak sangat masalah yang datang. Tapi bisnes van ni pun membantu kami juga sedikit sebanyak tau.
Kenapa kami nak ada side income?
Saya kerja kerajaan. Gaji dekat 3k tapi bila tolak hutang tinggal 1k ++ je. Dah namanya pun keje gomen, wajib sangatlah berhutang dengan bank. Sedih bila terkenang. Suami saya kerja enginer. Ada yang kata gaji suami dah besar pun nak buat side income lagi ke? Amboii..ingat laki i engineer petronas ke. Gaji pun takat 3k ++ masatu. Kita ni hidup dalam dunia yang semuanya nak kena bayar. Semuanya duit sana sini. Barang setiap tahun naik.
Pernah saya usul pada hasben nak buat bisnes online. Haaa..camno leh terpikir nak buat bisnes online ni? Masatu hujung tahun 2010. Saya mengandung masatu. Saya ni memang gile berfacebook. Dan saya suka beli barang online. Saya suka beli baju baby. Itu yang teringin nak jual baju baby juga. Setiap minggu ada je parcel sampai kat jabatan saya tu. Saya punya la.
Saya tanya hasben, nak buat bisnes jual baju baby. Modal? Saya pun tak pasti berapa. Saya bagitahu suami mungkin dalam 5 ribu. Suami diam. Saya tahu dia tak setuju. Kalau boleh dia tak mahu buat loan bank. Saya sendiri tak pernah fikir begitu. Nak bawa duit simpanan pun suami tak bagi. Alahai, baru kawen mana ada simpanan yang banyak. Hahaha. Suami pernah kata, kita carilah bisnes yang tak perlu banyak modal. Saya tak tahu bisnes apa tu yang tak banyak modal. Saya pendam je perasaan nak buat bisnes online. Sedih.
Entah macam mana dapat idea nak buat coklat hiasan pula. Tapi memang penat lah buat. Balik kerja kami sibuk buat coklat. Hahaha. Dalam 2 bulan aje bertahan sebab apa eh saya berhenti buat ni? Saya pun tak ingat. Ada lah juga dapat tempahan order dari kawan 1 tempat kerja. Ada yang order untuk hantaran juga.
Semua bisnes yang saya dan suami buat tak kekal lama. Dan seperti biasa kami teruskan mencari duit dengan buat OT dan ONCALL. Sabtu ahad kami pulun kerja. Best ke macam tu? Orang lain sabtu ahad dok rumah anak beranak. Masa tengah berdua lagi tak apalah. Dah ada anak tak kesian ke kat anak tu? Saya dan suami selalu bergilir2 jaga shaura (masatu baru ada shaura seorang) setiap sabtu ahad. Kalau boleh taknak hantar nuseri sebab nanti kena bayar lebih. Nak jimat. Suami akan jaga Shaura masa saya oncall. Bila saya balik baru suami siap2 pergi OT pulak. Begitulah kami gilir2. Kesian tak dengan Shaura? Jarang kami bawa dia berjalan sabtu ahad. Asyik tengok TV je. Tu sebab sampai sekarang dia suka tengok TV. Hahaha..
Kita sambung entry ke 2 ya..Tajuk lain pula.Bagaimana saya terjebak dengan bisnes shaklee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan