Latest News

.

Mencairkan EBM Yang Dibekukan

Hari ni saya nak kongsi sama2 dengan anda KAEDAH mencairkan susu ibu yang disimpan didalam peti sejuk. 'Tersangat' lah penting untuk kita ketahui satu persatu kerana jika salah kaedahnya, boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu.


'EBM = Expressed Breast Milk'

1.  Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

Mencairkan EBM Yang Dibekukan

2.  Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. keesokkan harinya susu akan cair.

Mencairkan EBM Yang Dibekukan

* Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku). Jadi, kenal pasti keperluan bayi supaya tak membazir ^_^

3.  Lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip sehingga susu tadi cair.

Mencairkan EBM Yang Dibekukan
 
4. * JANGAN cairkan frozen EBM pada suhu bilik.

Mencairkan EBM Yang Dibekukan

5. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air suam (campuran 50-50 air mendidih n air paip).
* ELAKKAN memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1jam.
Mencairkan EBM Yang Dibekukan
* JANGAN panaskan/didihkan EBM di atas api serta dalam ketuhar
Mencairkan EBM Yang Dibekukan
suhu dan jangkamasa ketahanan EBM adalah berkadar songsang. 
Semakin rendah suhu EBM, maka semakin tinggi ketahanan susu tersebut.
Semakin tinggi suhu EBM ini, maka semakin rendahlah jangkamasa ketahanan EBM.

EBM yang dibekukan akan menghasilkan 2 lapisan cecair (ia adalah normal dan BUKAN basi).
Setelah dicairkan dan disuamkan, susu hendaklah digoyang perlahan-lahan sahaja.
Elakkan daripada menggoncang susu tersebut. 

TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda. 

Recent Post

recent