Bau Tengik Susu Perahan / EBM
- Seringkali
ibu-ibu baru, agak keliru dan ragu-ragu dengan bau tengik susu yang
telah dibekukan atau susu perahan yang diperah yang telah diletakkan di
dalam peti ais lebih dari sehari.
- Ini adalah biasa dan bukan kerana susu kita itu telah rosak atau basi tetapi oleh kerana adanya enzim lipase (sistem pencernaan kita) yang ada di dalam susu kita. Lagi tinggi kandungan lipase itu maka lagi tengiklah bau susu kita itu.
- Lipase
ini adalah enzim yang berfungsi untuk memecahkan/menguraikan lemak yang
terkandung di dalam susu itu untuk memudahkan proses pencernaan.
- Lagi
lama susu itu dibekukan/disejukkan akan terbentuklah 2 lapisan lemak di
dalam susu kita itu di mana ia bertindakbalas di dalam susu kita.
- Oleh
itu ibu-ibu baru janganlah berasa gusar atau susah hati jika susu kita
berbau tengik dan perlu diingat setiap dari kita bau tengik itu tidak
sama bergantung kepada individu tersebut dan jangan buang susu tu
yer....kerana tengik tidak bermakna susu itu rosak atau basi.
- Cuma ibu-ibu perlu tahu kaedah penyimpanan dan berapa lama ketahanan susu perahan tersebut .
Bau Tengik Susu Perahan / EBM
Reviewed by
Unknown
on
12:05:00 PG
Rating:
5