Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label Tips Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kesihatan. Papar semua catatan

Aturan Jam Biologi Manusia

Tahukah anda bahawa di dalam tubuh kita terdapat jam biologi yang berfungsi mengantur apa yang harus dilakukan oleh tubuh kita setiap hari? Jam biologi ini juga dikenali dengan “Ritme Circadian” Jam biologi ini berfungsi akan mengatur bila tubuh kita mesti beristirehat, bila tubuh kita memerlukan makanan dan kegiatan lain yang harus dilakukan oleh kita selama 24 jam. Jam biologi ini berfungsi disebabkan adanya Suprachismatic Nuclei (SCN). 

Dengan mengetahui kitaran yang ada dalam tubuh badan kita, kita dapat mengetahui saat tubuh badan kita berada dalam keadaan optimum sehingga apa yang kita lakukan juga memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita.

Kita mestilah mengetahui aturan jam biologi tubuh kita supaya kita dapat membina kehidupan yang sihat. Berikut merupakan kitaran jam biologi tubuh kita selama 24 jam:

Pukul 1 – 2 Pagi: 
  • Merupakan fasa tidur yang paling lena
  • Pada waktu ini, aktiviti pelbagai sistem organ banyak dalam keadaan diistirehatkan. Namun begitu bagi wanita yang hamil produksi progestoran akan meningkat sehingga peluang untuk bersalin pada waktu malam selalu lebih tinggi.

Pukul 4 – 5 Pagi:
  • Merupakan suhu tubuh paling rendah.
  • pada waktu ini tubuh berada dalam keadaan rehat.

Pukul 5 – 6 Pagi:
  • Merupakan peningkatan tekanan darah paling tajam
  • Pada waktu ini horman yang mencetus rasa mengantuk mulai berhenti, sementara itu tekanan darah meningkat paling tinggi berbanding dengan waktu lain. Horman stress meningkat sehingga otak yang berperanan sebagai signal untuk tubuh bersiap sedia untuk bekerja seharian, namun begitu peningkatannya tidak sampai mencetuskan stress.

Pukul 7 Pagi:
  • Pada waktu ini tubuh badan menghasilkan hormon serotonin yang meningkatkan mood.
  • Peningkatan horman  pada lelaki mahupun wanita terjadi pada waktu ini sehingga mampu membangkitkan ghairah seks.
  • Selain itu pada waktu ini juga sesuai untuk aktiviti bersenam dan berjoging.
  • Disamping itu berjemur di bawah matahari pagi juga dapat meningkatkan penghasilan horman ini.

Pukul 8 Pagi:
  • Pada waktu ini pergerakan usus kita aktif dan sangat sesuai untuk membuang air besar. Oleh itu pengukuran berat badan paling tepat dilakukan pada pagi hari setelah anda membuang air besar.

Pukul 9 Pagi :
  • Pada waktu ini kadar metabolisme dalam badan kita paling tinggi.
  • Waktu ini adalah waktu yang paling tepat untuk kita mengambil sarapan pagi. Hal ini kerana lemak-lemak yang diserap daripada makanan tidak akan banyak disimpan dan akan diproses menjadi tenaga

Pukul 10 – 11 Pagi:
  • Mengijak waktu ini pula tubuh dan fikiran mencapai tahap rangsangan ideal untuk beraktiviti sepanjang hari. Pada waktu ini juga jarang ada yang mengantuk kecuali anda kurang tidur.

Pukul 11 Pagi – 2 Petang
  • Merupakan waktu peningkatan stress. Waktu istirehat sangat diperlukan untuk memberi kesegaran kepada tubuh dan fikiran anda. Makan di luar bersama rakan boleh menyegarkan fikiran sekaligus membiarkan tubuh terkena sinaran matahari yang mampu memperkuatkan sistem imunisasi tubuh.

Pukul 2 – 3 Petang
  • Pada waktu ini tubuh membenarkan anda melakukan banyak aktiviti kerana kemampuan otak untuk melakukan aktiviti berada pada tahap tertinggi.
  • Selain itu, proses pencernaan makanan belum selesai sehingga kemampuan fizikal tubuh agak berkurang.

Pukul 3 – 5 Petang
  • Merupakan waktu denyutan jantung paling stabil dan sesuai untuk anda melakukan riadah.

Pukul 5 – 8 Malam
  • Fungsi hati dalam memproses sisa metabolisme paling tinggi pada waktu ini sehingga anda perlu banyakkan minum air kosong. Selain itu keinginan untuk makan juga tinggi kerana kemampuan deria bau dan deria rasa meningkat.

Pukul 8 – 10 Malam
  • Kadar metabolisme, pergerakan kurang aktif oleh itu pembakaran lemak tidak banyak terjadi pada malam hari. Jika anda makan pada malam hari , kebanyakannya akan disimpan dalam bentuk lemak.

Pukul 10 – 11 Malam
  • Dibandingkan dengan waktu pagi peningkatan ghairah seks pada malam hari tidak terlalu tinggi kerana sistem tubuh kita sudah letih. Namun begitu ketika ini jam biologi mengaturkan ovulasi terjadi paling tinggi dan sesuai untuk bermesra bersama pasangan.

Demikianlah aturan jam biologi untuk manusia yang normal. Apabila terjadi sesuatu perubahan dalam rutin kehidupan seseorang individu seperti bekerja shift maka tubuh badannya akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan tersebut.

Artritis

Artritis bermaksud radang sendi iaitu sejenis penyakit autoimun di mana sistem pertahanan diri menyerang badan sendiri dan memberi kesan kepada sendi, tisu mengelilingi sendi dan tisu perantara lain. Penyakit ini juga boleh melibatkan kerosakan tulang rawan. Rawan yang melindungi sendi, membolehkan ia bergerak dengan lancar. Ia menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti bila berjalan. Sekiranya jumlah rawan tidak mencukupi tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan.

Penyakit Artritis terbahagi kepada dua iaitu:
Osteoartritis (OA) -
Terasa sakit dibahagian sendi setelah penggunaan sendi tersebut. Sendi akan menjadi rengang, terutama pada pagi. Pesakit mungkin sukar mengunakannya dan rasa kehilangan fleksibiliti. Ketulan keras atau taji tulang boleh muncul di sekitar sendi. Dalam beberapa kes, sendi mungkin bengkak. Biasanya sendi yang mungkin terlibat adalah dibahagian pinggang, tangan, lutut dan tulang belakang.
Rheumatoid arthiritis (RA) -
Pesakit sering mendapati sendi yang sama dalam setiap bahagian badan membengkak dan sengal. Jari, tangan, kaki, dan pergelangan tangan adalah paling biasa  terjejas. Gejala paling teruk berlaku adalah pada waktu pagi setelah bangun tidur dan kesakitan boleh berlangsung selama 30 minit. Tangan boleh merah dan bengkak. Nodul  rheumatoid (lebam tisu dibawah kulit lengan pesakit). Pesakit dengan artritis reumatoid akan berasa letih dan berlaku penurunan  berat  badan. Pesakit ini biasanya akan mempunyai masalah dengan beberapa sendi yang sama.

Gejala Artritis adalah seperti berikut:
  • Sakit sendi.
  • Sendi bengkak.
  • Keupayaan sendi bergerak semakin kurang.
  • Merah pada kulit dan sekeliling sendi.
  • Ketegangan terutama di waktu pagi.
  • Hangat sekeliling sendi.

Punca Artritis:
  • Penyakit autoimun.
  • Kecederaan – Patah tulang.
  • Sendi haus dan lusuh.
  • Keabnormalan metabolisme seperti gout.
  • Faktor keturunan.
  • Jangkitan bakteria dan virus.

Penjagaan kendiri:
  • Jika anda mempunyai masalah obesiti – anda perlulah  kurangkan berat badan anda.
  • Jadikan badan anda n mudah bergerak. Anda perlu bersenam setiap hari untuk meningkatkan keanjalan  otot.
  • Dapatkan rehat secukupnya.
  • amalkan mandian dengan menggunakan air suam pada waktu pagi kerana haba  memberi kelegaan dan merehatkan otot-otot.
  • Alat bantuan fizikal boleh digunakan tetapi bergantung kepada kesakitan yang dialami serta mendapatkan nasihat daripada perunding kesihatan.

Anda perlu elakkan:
  • Menengangkan sendi-sendi yang terlibat.
  • Mengangkat objek atau barangan.
  • Berada pada satu posisi yang sama dalam jangka waktu yang sama.
  • Membiarkan sakit pada bahagian sendi terlalu lama.

Masalah Keputihan Wanita

Masalah keputihan Wanita merupakan masalah kesihatan yang sering dialami  oleh kebanyakkan wanita.

Namun begitu, tidak banyak wanita yang tahu tentang keputihan dan menganggap bahawa keputihan adalah perkara biasa dan tidak berbahaya.Wanita wajib mengetahui tentang keputihan kerana kemungkinan keputihan ini akan menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan wanita.

Ciri-ciri keputihan:
Keputihan Fisiologis
  • Merupakan keputihan normal
  • Cairan berwarna jenis
  • Cairan tidak meleket
  • Tidak berbau
  • Tidak gatal
  • Jumlah cairan yang keluar adalah sedikit
Keputihan Patologis
  • Cairannya kental
  • Berwarna putih susu, kuning dan kehijauan
  • Cairannya meleket
  • Berbau
  • Menyebabkan kegatalan pada vagina
  • Jumlah cairan banyak dan meninggalkan kesan pada pakain dalam

Punca keputihan adalah:
  • Wanita tidak menjaga kebersihan di sekitar vagina. Jika kebersihan vagina tidak dijaga dengan baik  akan menyebabkan pelbagai penyakit salah satunya adalah keputihan. Hal ini akan menyebabkan kelembapan vagina mengalami pentingkatan  dan akan menyebabkan vagina boleh diserang oleh bateria patogen.
  • Stress. Semua organ tubuh kita di pengaruhi dan dikawal oleh otak, ketika reseptor otak mengalami keadaan stress akan menyebabkan terjadinya perubahan  keseimbangan hormon-hormon tubuh dan boleh dan hal ini akan menimbulkan keputihan.
  • Pengunaan Ubat-ubatan. Pengunaan ubat antibiotik dalam jangka masa yang lama akan menyebabkan sistem imunasi pada tubuh wanita  dengan ubat antibiotik biasanya akan menimbulkan masalah keputihan.
  • Kulat, parasit, bateria dan virus. Kulat Monilia mempunyai ciri-ciri warna putih susu, cairan pekat, sangat berbau, dan berasa gatal di sekitar vagina. Hal ini menyebabkan vagina akan mengalami radang dan kemerahan.

Cara mengatasi keputihan adalah:
  • Hindari pengunaan sabun atau pembersih vagina yang mengadungi bahan kimia kerana kimia boleh mengubah keasidan normal sehingga dapat menimbulkan pelbagai kesan.
  • Gunakan air yang bersih untuk membasuh dan membilas vagina setelah selesai membuang air.
  • Hindari penggunaan seluar dalam yang ketat kerana boleh menganggu pengaliran udara masuk.
  • Kurangkan pengambilan minuman dan makanan yang banyak gula, beralkohol, seperti soft drink kerana akan menyebabkan pembiakkan Kilat Candida.
  • Mestilah memgambil makan yang mengadungi nutrisi yang lengkap.
  • Hindari pengunaan patyliner yang berbau wangi.
  • Hindari stress.

Tips Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme

Metabolisme adalah salah satu elemen penting dalam penurunan berat badan kerana semakin banyak kalori yang dibakar akan membuat berat badan kita stabil dan tidak mudah naik. Metabolisme dalam tubuh badan setiap individu berbeza bergantung pada individu tersebut. Ada individu yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi dan ada invididu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah. 

Namun begitu masyarakat pada hari ini mempunyai kadar metabolisme yang rendah sehinggakan proses menurun berat badan menjadi lambat. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini saya ingin berkongsikan kepada anda mengenai Tips untuk meningkatkan kadar metabolisme. Tips-tipsnya adalah seperti berikut:
Banyak minum air
  • Hal ini kerana tubuh memerlukan air untuk memproses tenaga. Jika anda mengalami hidrasi kadar metabolisme badan anda akan menurun. Menurun kajian orang yang meminum air 8 gelas sehari lebih banyak membakar kalori daripada  individu yang hanya minum air sebanyak 4 gelas sehari.
Bersenam ringan
  • Besenam ringan pada awal pagi. Hal ini kerana ketika bersenam tubuh kita akan membakar banyak kalori untuk dijadikan tenaga.
Bergerak aktif
  • Sekiranya anda tidak sempat untuk bersenam,sebagai gantinya anda perlulah bergerak aktif  kerana hal ini akan membatu menjaga keseimbangan tubuh anda.
Makan secara teratur
  • Anda dilarang melewatkan waktu makan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam kerana dengan melewatkan waktu makan akan menyebabkan kadar metabolisme anda menurun.
Elakkan Stress
  • Salah satu punca penyakit adalah daripada stress. Sekiranya anda banyak berfikir tentang sesuatu perkara yang negatif ia akan membuat anda menjadi stress dan hal ini akan meyebabkan kesihatan dan kadar metabolisme anda terganggu.
Tidur yang mencukupi
  • Kurang tidur juga boleh menyebabkan kadar metabolisme anda terganggu.  Oleh itu anda perlukan masa untuk tidur 7 hingga 8 jam setiap malam untuk beroleh tidur yang sempurna.
Elakkan makanan berat sebelum tidur
  • Pengambilan makanan berat sebelum tidur akan menyebabkan kadar metabolisme anda menurun.  Oleh itu anda perlulah mengambil makan malam sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur

Penjagaan Luka Bersalin

Penjagaan luka bersalin adalah adalah bertujuan bagi mempercepatkan proses pemulihan dan tubuh badan

berada dalam keadaan asal. Selain itu juga ia penting bagi mengelakkan luka terkena jangkitan kuman yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ibu berpantang tersebut. Jahitan luka bersalin terbahagi kepada dua iaitu Jahitan Episiotomi dan Pembedahan Caesarean.


Bagi menangani masalah ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang penjagaan luka bersalin . penjagaan luka tersebut adalah seperti berikut:

Jahitan Episiotomi
  • Jahitan yang dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum. Pastikan anda diberikan ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka
  • Basuh bahagian perineum dengan air suam yang dicampur garam dan daun sirih sabagai bahan antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka
  • Elakkan terlalu lama dalam keadaan satu posisi. Anda dilarang untuk berbaring,berdiri atau duduk terlalu lama. Cuba berjalan perlahan-lahan. Anda juga boleh duduk di atas bantal atau padded ring untuk keselesaan.
  • Ketika membuang air kecil, alirkan air suam pada kawasan perineum. Hal ini membantu mengurangkan rasa ‘terbakar’ pada kulit apabila urin menyentuhnya. Alirkan juga setelah selesai. Ketika membuang air besar , tekankan sedikit kawasan luka dengan pad bersih.
  • Kawal pergerakkan supaya jahitan tidak terbuka. Anda perlulah meminta bantuan suami dan ahli keluarga lain untuk mengurusakan rumah tangga.

Pembedahan Caesarean
  • Ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean adalah perlu berhati-hati dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman
  • Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit
  • Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun dari katil dan menyusukan anak

Pesanan tambahan
  • Minum banyak air. Hal ini kerana ia dapat mengantikan kehilangan cecair dalam badan serta mengelakkan sembelit.
  • Perhatikan tanda-tanda jangkitan. Sekiranya anda dapati luka anda menjadi merah, berasa panas, membengkak dan terdapat cairan seperti nanah, demam panas sehinggan 38C serta sakit yang teruk ditempat luka anda perlu hubungi doktor atau pihak hospital.
  • Elakkan mengangkat benda berat kerana ia akan memberi tekanan terhadap lantai pelvis dan abdomen anda.
  •  Elakkan melakukan hubungan kelamin sehingga 4 -6 minggu selepas kelahiran. Hal ini kerana untuk memulihkan organ peranakan.

Manfaat Sarapan Pagi

Pengambilan sarapan pagi merupakan salah satu daripada rahsia penting dalam mengekalkan kesihatan . Namun begitu kita sering kali mengabaikannya. Selain itu kita juga perlu tahu pengambilan sarapan pagi banyak manfaatnya. Antara manfaat Sarapan pagi adalah seperti berikut:
Membekalkan Tenaga
  • Tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk kita melakukan aktiviti harian di sebelah pagi. kita boleh mendapat sumber tenaga ini daripada pengambilan sarapan pagi. Sekirannya kita mengambil sarapan pagi tubuh badan kita tidak cepat letih.
Menyegarkan Otak
  • Pengambilan sarapan pagi akan membantu kita menyegarkan otak. Selain itu juga ia membantu kita berfikir dengan cerdas.  Hal ini kerana otak mendapat nutrisi daripada pengambilan sarapan tersebut.
Membantu Menstabilkan Gula dalam Darah
  • Makan pagi secepat mungkin setelah bangun dari tidur dapat membantu menstabilkan gula dalam darah. Hal ini kerana anda tidak makan selama anda tidur, makan gula dalam darah menurun sehingga anda bangun dari tidur dan mengambil sarapan pagi.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Orang yang  bersarapan pagi memiliki kadar kolestrol yang rendah berbanding mereka yang tidak bersarapan pagi. Oleh itu sekiranya kita memiliki kadar kolestrol yang rendah kita boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
Manfaat sarapan pagi memang tidak perlu diragukan lagi kerana terbukti mampu memberi kesan yang positif kepada kesihatan individu. Oleh itu kita mestilah bersarapan pagi setiap hari.

Demam Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Demam merupakan apabila suhu badan meningkat daripada 37.5′c. Selain dewasa kanak-kanak juga turut dijangkiti demam. Demam juga merupakan salah satu sebab utama kemasukkan kanak-kanak ke wad. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi pada anda semua mengenai demam dalam kalangan kanak-kanak.

Cara menyukat suhu badan anak ialah:
Terdapat pelbgai jenis cara untuk menyukat suhu badan , antaranya suhu kulit (skin temperature), suhu dubur (rectal temperature) dll. Namun suhu yang terunggul ialah core temperature yang disukat menggunakan infraedatau jangka suhu di telinga. Cara termudah suhu tanpa jangka suhu ialah dengan meletakkan tangan di bawah ketiak.


Punca anak anda sering demam ialah:

  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Jangkitan Telingga
  • Jangkitan salur kencing
  • Masalah penafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis
  • Virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola dan cacar air

Cara menurunkan suhu badan ialah:
A – Dedahkan bahagian badan
Longgarkan baju dan seluar . Hal ini kerana untuk menggalakan peragaliran keluar haba dari badan. Selain itu juga elakka menyelimut anak-anak ketika demam kerana ia boleh meningkatkan suhu badan dan mengakibatkan sawan.


B – Pastikan persekitaran bilik sejuk
Anda boleh buka pengawa dingin atau kipas. Hal ini boleh membantu mengeluarkan haba daripada badan.


C – Mengelap badan dengan air
Anda perlu gunakan air biasa, kemudian lapkan bahagian badan, ketiak, tengkok dan kepala sahaja. Selain itu juga anda tidak perlu biarkan kain basah digunakan sebagai selimut. Anda perlu berhenti mengelap badan anak anda apabila suhu badannya sudahpun turun.


D – Gunakan ubat secara betul
Pastikan dos yang diberi bersesuaian dengan berat badan anak anda.


Bahaya Air Botol Dalam Kereta

Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya!!!! Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen Show dan mengatakan perkara yang sama. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.





Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda. Maklumat seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Seperti yg kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada 4 dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnye tidak elok diminum kerana kebarangkalian blh bertukar kepada racun.

Waallu a'alam..

Jadi.. renung2kan.

Recent Post

recent