Memiliki cahaya mata adalah impian semua wanita yang sudah berkahwin.Siapalah yang tidak mahukan anak kan?Apabila usia perkawinan sudah masuk 1tahun,tapi masih belum di kurniakan anak,memang akan membuatkan kita rasa sedih,gelisah,risau,tertekan..semua perasaan ada.Kadang2 bertanya dalam hati..Apa masalah aku?Mandul kah aku?Dan apabila orang di sekeliling mula bertanya.Masih belum berisi?Bila lagi nak dapat anak?Soalan2 begini membuatkan kita menjadi lebih sedih dan mudah tertekan.Hanya yang melalui sahaja betapa perit soalan2 begini untuk di jawap.
Nasihat saya kepada anda,wanita2 di luar sana yang mempunyai masalah seperti ini,pergilah untuk berjumpa dengan doctor dan dapatkan rawatan kesuburan.Kadangkala punca anda masih belum hamil tidak semestinya 100% berpunca dari anda.Mungkin juga ia datang dari suami.Apapun,suami isteri,kedua2nya perlu berjumpa dengan doctor.Kongsikan masalah anda dengan yang lebih pakar.Dan jangan lupa,sentiasa berdoa kepada Allah agar di permudahkan dan di percepatkan urusan memperolehi zuriat.
Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :
1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan
hormon adalah penting untuk kehamilan. Hormon yang tidak
seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur
tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses
luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum).
Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki
(androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan
gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila
berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon
juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang
atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam
masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang
keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi
dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin,
terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan
perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk
mengenal pasti puncanya.
2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
Sesetengah
wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian
telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub
fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin
kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali
boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah
menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil
kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau
disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG
(Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.
3.Endometriosis.
Endometriosis
berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang
dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana
ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit
selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang
abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku
radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan
abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.
Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.
4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam kes
yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal
pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang
akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel
sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma
tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat
dilaksanakan.
5.Masalah pada rahim.
Keadaan
rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk)
seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan
bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas
rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal
menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar.
Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim
yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot
(myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah
ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud
semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh
membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan
ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
Seperti yang saya katakan pada awal2 entry ini,punca anda lambat hamil bukanlah berpunca 100% dari anda.Ia berkemungkinan berpunca dari suami.
Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:
1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan
masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan
sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air
mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan
mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam
setiap 1 mililiter (ml) air mani.
Walaupun untuk lelaki yang subur,
kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak
sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu
mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan
sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang
boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai,
kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah.
Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah
untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga.
Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari
jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada
alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang
rendah. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.
2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4%
dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat
dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita
melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah
tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub
fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan
melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang
terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya
ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.
Selain dari masalah kesihatan dalaman anda suami isteri,beberapa faktor lain juga boleh di anggap penyebab kenapa anda masih belum hamil.Antaranya ialah
1. Usia wanita tersebut
Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.
2. Usia dan tahap kesihatan pasangan
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.
3. Gaya hidup
Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.
4. Stres yang melampau
Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.
5. Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.
6. Masalah hormon
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
7. Bilangan sperma yang rendah
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
8. Pengambilan kafein
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.
Jangan terus berhenti berusaha dan sentiasa berharap untuk memiliki cahaya mata sendiri.Sentiasa berdoa padaNya.Dalam kes seperti ini,suami dan isteri perlu saling faham memahami.Jangan terlalu tertekan dengan masalah yang ada.Kepada anda yang ingin mencuba untuk hamil dengan pengambilan supplemen atau vitamin kesuburan, saya boleh cadangkan kepada anda,set kesuburan suami dan isteri.
Klik sini untuk Set Kesuburan Suami & Isteri.
Pengambilan vitamin kesuburan ini salah satunya adalah untuk memperbaiki dan menambahbaik tahap kesihatan kita.Ini kerana,punca utama kita masih belum hamil adalah di sebabkan oleh masalah kesihatan dalaman yang kita sendiri tidak pernah tahu.Kenapa?Mungkin selama ini kita bukanlah jenis seorang yang mengambil berat tentang kesihatan diri.
Jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan Set Subur Shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:

- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Blog:http://www.intanazlin.com/
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan