Latest News

.

Percutian 5 star ke US PART 1

Ini sambungan untuk entry USA trip Percuma 100% dari shaklee.

Mula2 nak buat banyak part ,tapi agak sibuk kebelakangan ini,so saya masukkan cerita hari pertama sampai hari terakhir di US dalam 1 entry sahaja. Makanya cerita blog saya kali ini,agak panjang lah.Semoga tak jemu membaca ya.Hmmmm..tak delah baca sangat pun,saya letak gambar je banyak.Ok lah kan..Kita layan gambar2 menarik saya dan suami di sana..

Hari pertama ( 14hb 8 2014 )

Seawal jam 7.30 pagi dah turun sarapan.Tak sempat nak snap gambar makanan.Tapi semuanya adalah halal atas permintaan pihak shaklee.Ada jer nasi goreng tapi tentulah tak sama rasanya dengan nasi goreng Malaysia.Makanlah sepuas puasnya ya.Shaklee belanja ni tau.Saya banyak makan buah2an,kek dan roti2 saja.Servis diorang memang cepat.Terbaik..Kalau bab makanan,untuk orang macam saya yang jenis selera Malaysia ni saya bagi 7 bintang saja.Hahaha..Orang lain mungkin bagi 10 bintang.Selera tak sama ok!



8.30 pagi,terus gerak pergi ke ARENA.Tempat di mana Shaklee Global Conference berlangsung.Kami semua di bawa naik bas,padahal kalau jalan kaki 5minit je sampai.Hahaha..Haishh,kang sesat susah nanti.Ini gambar dalam bas.Kami dapat COACH 2. Macam biasa ,saya akan dok tepi.Alasan pening kalau tak dapat seat tepi.Padahal nak tengok view.Cantik tau tempat orang. 


Dah sampai kat ARENA.Siap pegang bendera Malaysia tu.Bangga sangat dapat jejak kaki ke sini.Bukan takat jalan2 makan angin tapi dapat join Global conference Shaklee tau.Shaklee Canada,China,semua berkumpul di sini.Di anggarkan lebih 9000 ahli SID seluruh dunia menghadiri conference ini.Masa ni,semua dah masuk.Tinggal SID Malaysia sahaja di luar.Posing dulu sebelum masuk dewan.


Suasana di dalam dewan.Masa ni CEO shaklee,Mr Roger barnett memperkenalkan Master Norita,salah seorang master yang sangat hebat di Malaysia.Bangga tau tengok super nanny daku sorang ni.Suatu hari nanti,saya mesti ikut jejak beliau.Master Norita adalah di antara master yang mendapat bonus shaklee tertinggi di Malaysia dengan pendapatan sudah mencecah 6angka sebulan.



Kenal tak ni siapa? Ini Bonnie Donahue.Sid US.Ramai SID malaysia yang suka terjah blog dia ni.Anak 4 dah tau tapi still cantik.Shaklee effect kan!.Dan dia pun sangat terkejut bila tau saya dah rank Master coordinator hanya dalam masa 1 tahun lebih buat shaklee.Bila dia tahu umur saya,lagilah bertambah2 terkejut kak bonnie kita ni tau.Bangga bila kene puji dengan SID US.Hahahah


Kami makan tengahari di KABOB CURRY. Halal ya jangan risau. Shaklee tak sediakan makan tengahari,so di ganti dengan duit 50 dolar seorang.Hmm lebih kurang makan tengahari saja dekat RM150 seorang.Tapi kami order Nasi ayam curry harga lebih kurang 15 dolar.








Lepas makan,kita pergi jalan2 jap tengok pekan LONG BEACH ni.Masa ni cuaca agak panas tapi tak panas sangat.Angin sepoi2 bahasa gitu.Memang cantik,bersih,tengoklah mana ada sampah di merata tempat.Kami jalan2 sebenarnya nak cari 7E..Hahaha..


Malam tu kami di bawa makan kat Mas Chinese Islamic Restaurant. Gambo pun kelam dan suram.Almaklumlah ambil guna handphone saja.Yang penting ada sekeping gambo kami kat sini.Tengok la tu,pi makan pun usung sekali beg shaklee.Sayang sungguh la! 

Encik suamiku makan dah tak toleh isteri kat sebelah.Berselera sungguh.Almaklumlah hidangannya nasi putih.Kami tekak melayu.Shaklee bersungguh2 tau cari tempat makan halal untuk kami semua.Yang pergi  US ni seramai 300 orang,200 orang adalah muslim.
  
Saya tak ingat nama2 lauk yang terhidang kat restoren ni,Tapi semuanya sedap.Kerana lapar kan, Hehehe..Tambah2 pula penat.Penat2 pun kami tetap enjoy!



Dah lepas makan,kami pun di hantar pulang semula ke Hotel Hilton. Masuk bilik, tengok atas katil ada "sesuatu " dari pihak shaklee....Wahhhhh teruja tau.Best ke best dapat special gift ni?


Bersambung untuk hari ke 2..Tak jadi lah nak buat 1 entry saja kan..Buat banyak2 part baru menarik.Sabar menanti entry yang seterusnya.....


Berminat nak join team RMS kami?Nak buat bisnes shaklee dengan menjana income bulanan 2 hingga ke 6angka sebulan?

Hubungi saya Master intan azlin 016-4410132.

Tiada ulasan:

Recent Post

recent