Bukan kemain awal kami laki bini bangun pagi.Hahaha,nak g US ni wei.Semangatlah.Kami group yang terakhir terbang ke US.Flight Singapore airlines dengan Cathay pacific dah lama terbang pagi2 buta lagi.Sampai Loas Angeles pun awal.Dapatlah rehat kan badan kan.Kami kene ada kat KLIA pukul 11 pagi.Sebab ada sedikit taklimat dari tour managers.Yang saya ingat 2orang tour managers kami tu nama dia Mike dengan Pauline.I suka Pauline tau.Ramah dan kelakar sikit.Hahaha..comel kau Pauline.
Dah selesai dengar taklimat,ambil boarding pass & duit poket kami pun pergi makan.Ya saya nak makan dulu.Sebab takut tak selera tengok makanan atas kapal terobang tu kan.Haha.Eh tapi pihak shaklee dah request makanan halal ya.Jangan risau.Cuma saya ni jenis memilih sikit.(Ngada2).Kami makan KFC je pun kat KLIA tu.Sebelum tu saya sempat mengepam dulu sebab dah terasa cik B bengkak.
Flight kami pukul 2.10 petang.Sebelum berlepas solat zohor dulu.Jamak asar sekali.Perjalanan ke Taipei ambil masa lebih kurang 6jam.So kami akan sampai ke sana lebih kurang jam 8lebih.Malam.Taipei dengan Malaysia waktu sama je.Tak perlu ubah2 masa ya.
Ni gambar dalam flight,Macam biasa lah mesti lah i nak dok tepi tingkap kan.So encik suami haruslah beralah.Hehehe.Mujurlah kami tak dapat seat tengah.Senyum sebelum berlepas.Dalam hati Ya Allah berdebar2. Tak putus2 berdoa.Sebelum berlepas,saya sempat call mak dan adik saya.Sebak suara i tau.Takut dalam teruja menjadi satu!Dalam flight kalau goyang2 sikit cepat2 saya pegang tangan suami.Entah kenapa masa dalam flight saya rasa panas ya amat.Macam tak cukup oksigen.Ok rupanya tanya mereka2 yang lain,mereka pun cakap panas.Serius tak selesa.Saya rasa nak cepat sampai jer.Nak tido,mata tak boleh pejam.Nak tengok movie,sistem apa ntah rosak katanya.So dapatlah cenderahari tanda minta maaf dari pihak China Airlines.
Hidangan untuk kami dalam flight.Saya makan buah ja.Tak makan nasi tu sebab pening.Takut kalau makan saya muntah.So simpan dalam handbeg.Makan kat Taipei je.Hahaha..Saya tengok hasben makan dengan selera sekali.Lapaq ka abang?
Kami sampai kat Taipei lebih kurang pukul830 malam.Wah merasa gak tau singgah di Taipei sebentar.Hahaha.Lega bila sampai.Alhamdullilah.Hilang rasa berdebar.Perjalanan selamat walaupun pening.Kat taipei tak ada sekeping pun gambar saya ambil.Sebab penat sangat.Maybe ada gambar kat kawan saya kak liya atau azira.Lepas makan saya terus cari bilik untuk mengepam.Tak tertanggung dah rasanya tau.Mengepam sorang2 rasa berdebar2 malam pulak tu.Suami pergi mengecas handsetnya.Sebab bateri dah LOW sangat.Kalau pergi US,ada bawak nset atau laptop atau tab pastikan ada bateri boleh ON ya.Kalau tak,akan di rampas.Us kan semuanya ketat.Ohoiiiiii!
Flight ke Los angeles dari Taipei berlepas pukul 11malam.4jam menunggu.Tak lama pun kami di Taipei.Masing2 buat aktiviti sendiri aje.Yang lawaknya,kami semua beria2 nak cari line internet.Hahaha.Kalau tak dapat berfacebook,bukan orang buat bisnes online namanya!Apa lagi nak update status la kan.Selain tu nak wsap family.Bagitahu dah ada di mana.Sempat solat Maghrib dan isyak di Taipei.
Pukul 11malam naik flight.Kemain bosar ha flightnya.Ada sorang master tu bagitahu flight ke LA tu 2tingkat.Kami suami isteri dapat seat paling best.Belakang sekali.Lepas tu siap ada extra tempat letak kaki nak melunjur.Hai untunglah daku sebab kaki pun memang dah sakit.Sangat tak larat.Dekat dengan toilet.Senang nak pergi.Perjalanan ambil masa 12jam.Nak taknak saya terpaksa mengepam dalam flight.Tapi gerun jugak,dalam hati tertanya2,boleh ke mengepam dalam flight ni.Hahaha.Apapun merasa jugakla mengepam dalam flight,di atas awan gelap malam.
Makan apa saya tak ingat.Sebab saya mengantuk sangat.So takdak gambar yang saya nak ambil.Yang saya ingat saya makan buah dan minum air je.12jam dalam flight memang tak sedar apapun sebab penat.Saya tersedar bila lagi 1jam flight nak mendarat kat LA.Tersedar bila suami 2 ke 3 kali pergi toilet.Sakit perut kot.Tips untuk uolss,kalau pergi US tu,silalah bawa botol mineral kosong untuk kegunaan di dalam toilet.Sebab diorang mana ada paip macam kita.Waaaaaa...
Tapi sekejap2 suami tengok bende ni kat screen.Saya tanya apa tu?Hahaha..Sebab taktau la tanya.Rupanya ini flight information.Bagus jugak ya.Boleh tau kita ni tinggi mana dari darat,lagi berapa jam nak sampai.Saya memang tak layan movie.Tido lagi baik.Perjalanan dari Taipei ke LA merentas lautan tau.Lautan apa xtau.Tak pandai geografi,Hahaha.So saya cakap ngan hasben,kalau kita terhempas ni,dahla malam terhempas dalam laut pulak tu.Terus hasben ku marah.Katanya jangan fikir bukan2.Doa yang baik2 aje.Kita ni dalam flight.Tapi sesekali flight bergoyang2 saya pegang tangan suami kuat2 sambil mulut terkumat kamit baca doa pelindung.
Kami berlepas dari KLIA 13hb siang sampai kat LA pun 13hb malam.Padahal perjalanan nak dekat 24jam ke lebih korang?.Sebab US tu lewat sehari dari kita kat Malaysia ni.Kalau kita 13hb,diorang baru 12hb.Wahh merasa gak dapat mengundur masa walaupun sehari.Hahaha.Kalau dah teruja semuanya besttt.ye dokkk??Sebenarnya,kami dah merentas ZON SEMPADAN WAKTU.
Time flight tu mendarat,suami tak bagi tidor.Kami tengok suasana malam yang cukup indah di bumi LA ini.Malamnya yang bergemerlapan dengan cahaya lampu.Untunglah dapat duduk seat tepi kan.Hihihi.Entah berapa kali saya cakap dengan hasben,"Abang,kita dah sampai US".Dan hasben saya balas."Lagi seronok kalau anak2 ada"..Masatu terus rindu anak.Tapi teruja juga dah sampai US ni.Segala penat hilang terus.Sebab tak pernah terfikir pun akan jejak ke negara omputeh yang satu ini.
Turun kapal terbang terus rasa lega yang amat2,sampai juga kami ke sini dengan selamat.Beratur sangat panjang kat Imigresen.Adoi kene soal mcm2.Mcm biasa suami ku lah tukang jawap.Tak pa,english dia power.Beratur sampai naik kejang kaki.Dahla memang kejang dok punya lama dalam flight nun.
Lepas tu kena tunggu beg pulak. Sebab penat ada yang terbaring terduduk tersandar semua ada.Baru nak snap gambo masa menunggu beg tu,Pak polisi amerika dah tegur xboleh ambil gambar.Errr yeke polis,ke guard?Ntahla saya pun xtau.Dah dapat beg kami pun jalan ikut tour guide.Serius dah terbayang2 bilik hotel.Nak rehat sepuas2nya.Mandi pun dak lagi ni tau.Tak koser nak mandi kat Taipei nun.
Tengah dok jalan2 tu,tiba2 jalan jadi sesak.La,ada check apa lagi ni?Kecoh sana sini.Semua bawak keluar handphone memasing.Yang ada kamera pun dok snap gambar.Ada apa2??Jumpa retiss US ke?
La hai rupanya,semua dok beratur nak ambil gambar kat sini.Hehehe..kami pun ambil peluang sama lah.Rugi la wei tak dapat bergambo di sini.1st time jejak kaki kat US.
.
Ini gambar kami sementara menunggu bas sampai nak jemput kami ke hotel hilton.Sebab ada 100 orang,jadi ada 3 bas yang mai jemput kami.Err saya rasa macam 4 bas kot sebab beg pun dah banyak.Abaikan muka tak mandi 1hari tu.Sememeh habis.Tapi tetap senyum sokmo tau.
Suami ku yang kepenatan.Tapi gagahkan juga diri menolak troli yang penuh dengan beg itu.
Ni pemandangan kat luar Airport LA.Keluar2 je terus sejuk.Syoknya rasa..Kami sedang berjalan pergi ke bas.Nampak tak tu suami ku yang jalan no 2 dari depan?Laju betul jalan tinggal bini dia.Kemain ya.Sampai US tak nampak bini dah.Hahaha..
Perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang 30minit.Kami tak tidor pun,seronok melihat pemandangan indah di waktu malam di bandar LA.Maaf tiada gambar ya.Kami hanya menikmati tiada sempat pula mengambil gambar. Tour guide yang letih tu pun terpaksa juga bercerita kat kami sedikit sebanyak tentang bandar LA ni.Saya antara dengar tak dengar.Hahahah..
Sampai di hotel, Kami di sambut oleh staf shaklee dan juga Presiden Shaklee Malaysia.Tak lain tak bukan siapa tak kenal Mr Victor Lim.Kemain ko dapat bunga.Siap cakap lagi i bagi u bunga warna kuning ni.Sesuai dengan u.(Dia cakap omputeh la,i translate ja) Kalungan bunga tu,simpan lagi sampai sekarang tau.Kenangan!
Beg kami entah kat mana,memang tak tau.Rupanya staf hotel tu dah bawa masuk bilik.Best ke tak best?Beg masuk bilik hotel dulu,baru tuan beg masuk.Lebih kurang setengah jam taklimat,kami pun dah dapat kunci bilik memasing,apa lagi jom naik lif pi masuk bilik.Giler penat.Lepas tu tercari2 line internert sebab nak bagitahu family kami dah selamat sampai.Sini malam,Malaysia siang.Beza masa saya tak pasti serius lupa.8jam ke 13jam?
Tapi nak cerita juga ni,sebab kami adalah group yang terakhir sampai so kami dapat extra 50 dolar tau.Sebab tak dapat makan malam.Kena makan sendiri.So shaklee bagi duit makan 50dolar sorang.laki bini dapat 100 dolar.Cuba kira,100 usd tu sama dengan lebih kurang RM300 lebih.Pergghhh dinner pun rm300?Untung ke tidak tu shaklee bagi duit belanja lagi tau.Sepanjang kat sini,shaklee memang cover makan kami sekali,kalau tak sempat nak bagi makan dia bagi duit.Seronok kan?Bertuah siapa yang buat shaklee betul2.
Yeaayyy,dah masuk bilik.Bilik kami special tau.Corner lot.Kemain bosar.Mengadap pemandangan bandar LA.Dah mandi dan kemas barang perut pun rasa lapar.Suami ku memang tak kan nak berjalan cari makanan malam2 buat begini tambah2 penat dan dia pun tak tahu kat mana nak pi beli.Jadinya kami masak maggi aje dan minum nescafe.Terrer tak terrer kami masak maggie guna coffe maker.Terpaksa ya.Habis tu nak masak macam mana lagi.Haiihhh bagusnya kami ni kan,shaklee bg duit rm300 untuk makan malam,tapi kami makan meggi 2bungkus baru rm1.50.Tu dia,jimatt sungguh!Lepas makan lakiku tidor terus.Esok kul7 pagi nak kena turun sarapan dah. Sebelum tido,ngepam lah dulu.Sampai tersengguk2 i tau.
Bersambung untuk part 2 pulak ya.Harap anda tidak boring baca kisah saya ni.Dok 10hari kat US,10 entry la pasal US la saya akan karang.Macam saya cakap,walau malas kene gak buat entry ni,Sebabini kenangan terindah tau!
Master Intan Azlin & Master Shuhaimi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan