Pernah dengar tak orang meninggal dunia secara mengejut? Dan doktor sahkan beliau meninggal dunia sebab serangan jantung.Ahli keluarga semua pelik,sedangkan dia tak ada sakit jantung.Cuma kolesterol je tinggi.Apa kaitan kolesterol dan penyakit jantung?
Apa sebenarnya kolestrol?
Kolestrol
ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan
kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan
hormon yang dibawa melalui lipoprotein.
Apa fungsi Kolestrol?
- Membina dan menjaga membran sel, dengan mengelakkan pengkristalan hidrokarbon di dalam membran.
- Membantu dalam penghasilan cecair hempedu.
- Penting dalam penghasilan hormon yang dibebaskan oleh kelenjar adrenal seperti kortisol, kortikosteron dan sebagainya.
- Terlibat dalam penghasilan hormon androgen dan estrogen.
- Menjaga ‘pintu pagar’ sel dengan membenarkan molekul yang boleh memasuki sel dan tidak boleh memasukinya.
- Penting untuk metabolisma vitamin larut lemak.
- Menjadi penebat kepada jaringan saraf.
- Menukarkan cahaya matahari kepada Vitamin D.
Jenis kolesterol?
Ade 2 jenis lipoprotein
membawa kolesterol.
Satu dipanggil LDL (low density lipoprotein) dan
yg lagi satu dipanggil HDL (high density lipoprotein).
LDL ni glamour jugak kerana dipanggil
‘kolesterol jahat’. Kenapa jahat? Sebab jika paras LDL tinggi, ia membawa
kepada masalah pengumpulan kolesterol dalam arteri.
HDL pula dikenali sebagai ‘kelosterol’ baik.
Sebab ape baik? Sebab ia membawa kolesterol dalam darah kepada hati, di mana
hati akan menyingkirkan kolesterol dari arteri.
Apakah tahap normal Kolestrol?
Tahap kolesterol (total) yang normal lebih kurang 120-200 mg/dl,
dengan HDL melebihi 40 mg/dl dan LDL kurang dari 130 mg/dl.
Apa akan terjadi jika Kolestrol bukan ditahap sepatutnya?
Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan
masalah kesihatan jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang
sepatutnya.
Antara masalah yang biasa berlaku jika kolesterol terlalu tinggi ialah:
- Strok
- Serangan jantung
- Penyempitan arteri
- Darah tidak mengalir dengan baik
Bagaimana kolesterol boleh menyerang jantung?
Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi
sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah
terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. Otot jantung akan mengalami
kekurangan oksigen dan menyebabkan "ischaemia". Jika penyumbatan
pembuluh darah di tahap yang teruk (>75%) bekalan oksigen akan terhenti.
Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung
yang teruk dan boleh membawa kematian.
Darah mengalir melalui pembuluh darah (arteri) ke
organ-organ penting seperti jantung dan otak. Plak kolesterol dalam arteri akan
menyempitkan lumen dan mengganggu aliran darah. Ada ketika sumbatan ini boleh
pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku. Jika hal ini terjadi pada
jantung, ia akan mengganggu aliran darah dan menyebabkan berlakunya serangan
jantung.
Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?
Faktor keturunan dan diet mempunyai
pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total cholesterol seseorang. Diet
yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam
darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti
saranan berikut:
- Berhenti merokok
- Makan lebih produk susu.
- Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan), rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).
- Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).
- Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu
Vitamin shaklee untuk mereka yang ingin menurunkan paras kolesterol.
1. Omega Guard
- pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
- memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
- merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.
2. Garlic
- membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
- menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
- menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
- meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.
3.Vitamin E complex
- Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.
- meningkatkan kolesterol HDL.
- mengurangkan tekanan darah tinggi.
- sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.
4. Lecithin
- pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
- membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
- menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
- menggalakkan peredaran darah.
5. CoQHealth Plus
- Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
- Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- Meningkatkan peredaran darah
- Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.
· Pada tahun ini iaitu pada bulan 6 yang lepas,shaklee telah memperkenalkan 1 lagi vitamin shaklee yang juga bagus untuk masalah kolestrol iaitu phytocol ST.
Phytocol ST berfungsi sebagai perisai pada dinding pembuluh darah bagi menghalang kemasukan asid lemak ke dalam pembuluh darah.
· Untuk maklumat lanjut boleh klik sini ya. Phytocol ST turunkan kolesterol secara semulajadi
·
Testimoni mereka yang telah mengamalkan vitamin shaklee untuk mengurangkan paras kolesterol
· Harus
diingat, jantung kita ni telah bekerja keras dan berfungsi mengepam
darah dari kita masih dalam kandungan ibu kita lagi.Oleh itu sayangilah
jantung anda untuk kehidupan yang terus baik sepanjang hari, Kerana 1 penyakit mungkin ia akan menyebabkan penyakit lain juga datang dalam tubuh badan kita.Oleh itu,cegahlah kolesterol anda sebelum terlambat.
Inginkan
maklumat lanjut tentang vitamin shaklee untuk turunkan paras kolesterol ini?Atau anda ingin dapatkannya boleh terus hubungi saya ya
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
- Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan