Assalammualaikum...
Cuba tengok perut kita.Kempis tak lagi?Hehehe..ker menggeleber?
Tak mau tulis panjang2 jom baca 19 petua ini. Sama2 kita cuba. inshaAllah boleh langsing semula kalah anak dara! Tapi yang special nya saya akan kongsikan 19 petua tradisional tau. Tips dari nenek moyang kita dulu ni.
Pilihan 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya
atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih.
Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberapa titisan minyak mestika, kayu
putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi
amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia
kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu
berpantang ataupun ketika waktu malam
sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung.
Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut
selepas bersalin.
Pilihan 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
Pilihan 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus,
sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun
kesemuanya. Kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.
Pilihan 4:
Ambil halia lebih kurang 3 sentimeter,
limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam
lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya.
Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Pilihan 5:
Ambil lengkuas padi/helang/ ranting -
iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut
bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu
baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan
ataupun sakit sendi.
Pilihan 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.
Pilihan 7:
Ambil beberapa potongan halia dan
tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya
makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran
darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih
sihat dan berseri.
Pilihan 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Pilihan 9: Ambil lada hitam lebih
kurang 2 ½ genggam. Kemudian tumbuk halus, campur dengan sebiji ragi
tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan
digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian,
bengkung kuat atau ketat
Pilihan 10:
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke
dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol
tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan
kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.
Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah
berat badan.
Pilihan 11:
Ambil beberapa biji limau kasturi dan
ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke
bahagian perut yang buncit.
Pilihan 12:
Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai
daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air
limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung.
Lakukan sehinnga nampak perubuhannya.
Pilihan 13:
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air
panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air
tersebut sebelum membasuh muka.
Pilihan 14:
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum
.
.
Pilihan 15:
Tanak kelapa hingga menjadi minyak.
Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan
setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Pilihan 16:
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Pilihan 17:
Sekiranya anda makan nasi, jangan
disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya
minum ½ jam - 3 jam kemudiannya.
Pilihan 18:
Ambil segenggam cekur, tepung beras,
asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu
ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut
ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Pilihan 19:
Ambil
beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering.
Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah
delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Senang je kan.Semua bahan tu ada kat dapur rumah kita saja.Kalau tak ada boleh beli.Hehehe....
Selain amalkan petua tradisional ini,kita juga boleh ikut tips moden yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman juga.
Nak tahu Tips / petua moden untuk kempiskan perut lepas bersalin?
Klik Sini tau cara atasi perut buncit.
Amalkan juga tips seperti di bawah ini ya kawan2.Haishhh banyak betul tips ni.Cuma rajin dan malas je nak buat.Lalalala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan