Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
# Sakit kepala kerana tekanan
# Sakit kepala kerana sinus
# Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang
dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan
pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit
kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala
juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila
seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari
kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi
oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar
sekejap tapi menyengat. Manakala jenis sakit kepala yang
‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi
yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan
beberapa penyebab migrain:
# Kekurangan zat dan nutrisi
# Faktor keturunan
# Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
# Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
# Terlalu banyak mengambil kafein
# Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan
muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita
migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat
melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement
natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada
bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan
nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal
daripada jenis dadah dan sebagainya.
supplement untuk atasi migrain
===================
===================
Supplement/vitamin untuk migrain:
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu
menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu
pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam
pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan
fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar
kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk
mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang
dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium,
dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan
mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk
penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap
oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi
kencing.
B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin
B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan
akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan
anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah
penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang
boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari
pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2
lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil
vitamin/supplement sebagai pembantu untuk
menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
Untuk
yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan Set migrain ini anda boleh hubungi saya melalui:
- Facebook : ( Sila add friend saya dahulu ya )Intan Azlin
- Email: intan.azlin2@gmail.com
- Sms / call/ whatsapp: 016-4410132
Pages Facebook : Vitamin Kehamilan Penyusuan Berpantang dan kesihatan berpanjanga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan