Saya sering menerima soalan dari ibu2 menyusu yang sudah lama berhenti menyusukan anak dan keinginan untuk menyusukan anak datang semula.Begitu hebat seorang ibu kan.sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak mereka.Persoalannya,bolehkah susu saya yang sudah kering ini keluar kembali?Sebenarnya tiada istilah susu kering.Dan jawapan untuk soalan ini ialah dengan melakukan relaktasi.
Apa itu relaktasi?
Relaktasi ialah proses penyambungan semula
penyusuan susu ibu selepas pemberhentian penyusuan selama beberapa lama
atas sebab-sebab tertentu. Sesetengah ibu berusaha untuk
relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah
kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal
atau mungkin kerana perubahan tugas seperaqti berhenti kerja dan menjaga
bayi sepenuh masa.
Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.
Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
- memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
- mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti
- Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
- Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
- Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
- Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
- Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
- Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
- Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
- Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
Faktor #4 – Kesediaan ibu
- Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh serta kekuatan mental dan semangat yang kuat daripada ibu.
- Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
- Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu:Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
- Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
- Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
- Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
- Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
- Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
- Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
- bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
- bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
[Paten 1]
- Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
- Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
- Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
- Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melaluilactation aid.
[Paten 2]
- Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu,lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
- Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
- Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
- Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
- Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
- Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
- Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
- Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
- perah/pam dengan kerap (ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. pada waktu malam lakukan power pumping secara berterusan)
- makan makanan berkhasiat dan seimbang (ambil supplemen jika perlu. Dapatkan konsultasi untuk set yang paling sesuai)
- makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
- menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
- kurangkan stress
- berfikiran positif
- Banyakkan zikir, solat sunat hajat dan doa
Kesimpulan:
Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
Last but not least, ingatlah bahawa susu ibu itu adalah rezeki.
Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua.
Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran.
cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared,
insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.
SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan