Krisis Pemulihan, atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara salah satu sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan "krisis sementara" berbanding dengan kesan baik jangka panjang!
Apakah Healing Crisis ini?
Setiap kali badan kita cuba membaik pulih dirinya, krisis permulihan akan berlaku. Di antara proses membaik pulih secara efektif termasuklah nyahtoksin (detoxify), memperbaiki (repair) dan membina semula (regenerate). Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula.
Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama:
(1) Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan.
(2) Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan.
Dengan kata ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan!
Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama:
(1) Menghapuskan sisa buangan dan toksin.
(2) Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya.
Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah:
(1) Sakit kepala
(2) Letih lesu
(3) Sakit otot
(4) Rasa gelisah
(5) Perubahan emosi
(6) Gatal dan alahan kulit
Ada juga yang mengalami kesan lebih hebat seperti:
(7) Cirit-birit
(8) Cramps
(9) Loya
(10) Demam/ Seakan-akan selesema (flu)
(11) Jerawat di muka dan badan
(12) Tekanan darah rendah
Apapun yang and alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik! Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi semakin normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza di antara setiap individu.
PERINGATAN:
Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan!
Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini?
(1) Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari.
Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda!
(2) Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas.
(3) Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu - bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal!
Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi!
(4) Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.
Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.
Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:
1. Anda tidak mengambil dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca
Tanda Krisis Penyembuhan | Kemungkinan Punca |
Keletihan, berasa mengantuk | Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih |
Sakit kepala, kepala terasa berat | Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi |
Demam, demam sedikit, keresahan | Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan |
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk | Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon |
Kembung, perut bergas | Sistem penghadaman yang lemah |
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur | Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah |
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair | Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi |
Hidung berdarah | Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah) |
Sakit di bahagian otot dan sendi | Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit |
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas | Proses penyembuhan semakin cepat |
Insomnia or atau hiperaktif | Sistem saraf yang lemah |
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir | Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon |
Pendarahan ketika membuang air besar | Mungkin buasir |
Pening, lapar | Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah) |
Loya, sembelit, sedu | Sistem penghadaman lemah, masalah hati |
Slight Edema (bengkak) | Masalah buah pinggang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan