Latest News

.

6 Tip Diet Semasa Menyusu Badan

Diet Semasa Menyusu Badan


Jom kita semak: Adakah nutrisi harian kita sebagai ibu menyusu adalah sihat, lengkap dan mencukupi?

Bayi akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui susu ibu. Segala zat-zat yang diperlukan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Maka, jika ibu
tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, akan menyebabkan badan ibu yang akan mengalami ‘kesengsaraan’ akibat kekurangan zat makanan tertentu.

Pengambilan makanan sihat seperti buah, sayuran, serat serta snek berkhasiat sangat-sangat digalakkan untuk memenuhi keperluan zat makanan ibu menyusu.

6 TIP PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN

1. Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi.

2. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu. Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.

3. Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.

4. Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.

5. Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.

6. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakan bahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

Recent Post

recent