Latest News

.

Mengajar Anak Bertutur

Kebanyakkan ibu bapa mengimpikan anak-anak yang pintar dan pandai berceloteh. Untuk mencapai impian tersebut ibu bapa mestilah memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa juga perlu tahu setiap kanak-kanak mungkin berbeza tahapnya, sama ada cepat atau lambat bercakap. Oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Tips- tips mengajar anak bertutur. Tips-tips tersebut adalah:
  1. Bertutur dengan tutur kata yang lembut dan tersenyum
  2. Anda perlulah bercakap dengan anak anda. Jangan berputus asa untuk terus berkomunikasi dengan anak anda dan anda perlu mengulang sesesuatu perkataan itu banyak kali dihadapanya. Kemungkinan hal ini  akan menyebabkan anak anda akan terikut-ikut dan meniru dengan apa yang anda ucapkan.
  3. Gunakan ayat yang pendik dan mudah disebut oleh anak anda
  4. Jangan berbahasa bayi. Adalah sangat menarik apabila anak anda bertutur bahasa bayi tetapi anda tidak perlu mengikut bahasa anak anda itu, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar,tetapi ini cara mengajar yang betul untuk anak anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengan anak anda dan paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul daripada anda menggunakan ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti gembira apabila anak anda dapat bertutur dengan bahasa yang betul.
  5. Anda perlu selalu membaca buku untuk anak anda. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil anak anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk merasai buku. Anda perlu teruskan membaca buku kepadanya supaya anak anda suka membaca buku. Anak anda akan meniru membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
  6. Pasang lagu kanak-kanak kepada anak anda sehingga dia dapat mengikut lagu tersebut.
  7. Jika anak anda mula bercakap atau menyebut satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat dan sebutan yang sempurna. Contohnya apabila anak menyebut “nak” tanya kembali “Adik nak apa? nak susu? nak mainan?”
  8. Jadilah pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian dan cuba memahami apa yang anak anda sampaikan. Sekiranya sebutan itu kurang jelas, bantulah dengan menyebut beberapa perkataan yang anda mungkin rasa itulah perkataan yang anak anda cuba sebutkan

Recent Post

recent