Asma merupakan penyakit immunologi yang boleh menyebabkan berlakunya sesak nafas. Hal ini berlaku kerana apabila asma menyerang, keradangan dan kekejangan pada selaput dinding laluan udara akan menyebabkan bronkol di dalam paru-paru menjadi sempit. Oleh itu, asma bukanlah penyakit asing dalam masyarakat pada hari ini. Pada masa kini penyakit asma ini juga turut menyerang kanak-kanak. Asma dalam kalangan kanak-kanak juga merupakan salah satu penyakit yang bahaya.Oleh itu kita sebagai ibu bapa atau penjaga perlulah mengetahui tentang penyakit asma ini.
Tanda-tanda asma dalam kalangan kanak-kanak ialah:
- Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas
- Rasa lemas
- Bunyi nafas yang berdehit
- Batuk yang berterusan
- Bibir kelihatan biru akibat kekurangan oksigen
Punca asma dalam kalangan kanak-kanak yang wajib diketahui oleh ibu bapa ialah:
- Jangkitan virus pada pada sistem pernafasan
- Alahan pada bulu haiwan perliharaan, hama, debunga, makanan, pencuci pakaian dan fabrik
- Perubahan cuaca
- Pencemaran udara
- Emosi- sesetengah kanak-kanak menghadapi masalah emosi seperti terlalu kecewa atau sedih boleh menyebabkan mereka diserangi asma
- Ubat-ubatan – Sesetengah ubat-ubatan juga boleh membawa serangan asma. Ibu bapa perlu mengetahui dulu kesan sampingan ubat tersebut sebelum memberikanya kepada anak mereka
Cara mengawal asma dalam kalangan kanak-kanak ialah:
- Ambil ubat mengawal asma secara tetap , walaupun anak anda tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit tersebut.Pastikan ubat pelega asma mudah dicapai
- Kenalpasti apa yang boleh menjadi punca asma kepada anak anda dan jauhinya daripada anak anda
- Jaga kebersihan anda perlu basuh cadar,sarung bantal,dan selimut serta bersihkan perabot dan permaidani dengan kerap
- Ikut jadual rawatan yang ditetapkan oleh doktor untuk anak anda.
- Ambil makanan tambahan yang boleh membantu menguatkan antibodi , mengurangkan serangan asma, dan membantu anak anda kekal sihat dan aktif.