Latest News

.

Menconteng Merangsang Kreativiti Anak

Kanak-kanak suka menconteng dianggap perbuatan negatif. Sebenarnya perbuatan menconteng merupakan proses awal kanak-kanak belajar menulis. Bermula dengan melakar yang seringkali disalah anggap sebagai perbuatan ‘menconteng’ kerana simbol yang dihasilkan berupa garisan yang tidak memberi makna kepada orang dewasa. Melakar yang menghasilkan seperti contengan garisan merupakan asas kanak-kanak belajar menulis. Kanak-kanak belajar menguasai kemahiran motor kasar untuk diselaraskan dengan kemahiran motor halus. Selain itu juga anda perlu tahu bahawa menconteng merangsang kreativiti anak.
Oleh itu, Ada dalam kalangan anak anda suka menconteng dinding. Mesti anda akan menjerit apabila anak anda melakukan perkara tersebut. Siapa yang tak naik angin apabila lihat dinding rumah yang cantik berseri penuh dengan hasil seni lukis anak tersayang. Namun begitu sekiranya anak anda melakukan sedemikian anda haruslah bersabar kerana sebenarnya anak anda sedang mengasah bakat dan kreativitinya. Kebiasaanya kanak-kanak yang berusia 2 hingga 3 tahun gemar menconteng . Apabila mereka terjumpa  pensil warna, marker dan sebagainya mereka akan terus menconteng tidak kira di mana.
Jadi untuk memastikan si manja anda terus berkarya dan anda tidak menyekat kreativitinya  anda perlu sediakan ruang untuk anak anda mengasah kreativitinya. Ruang tersebut ialah seperti di:
Sediakan kertas lukisan yang besar
Hal ini disebabkan ada dalam kalangan kanak-kanak yang suka melukis di dinding rumah yang luas. Oleh itu apa kata anda lekatkan kertas lukisan bersaiz besar di dinding, kemudian biarkan anak anda melukis  atau menulis apa yang mereka suka hal ini kerana perkara ini mampu merangsang kreativitinya.
Kotak warna putih
Selain itu kanak-kanak juga ada dalam kalangan kanak-kanak minat menconteng ruang berwarna putih bersih. Oleh itu anda perlu sediakan sebuah kotak putih yang membolehkan anak anda menulis dan melukis mengikut krativitinya.
Pakai lama
Ada juga dalam kalangan kanak-kanak gemar menconteng baju. Jadi anda perlulah menyediakan baju lama untuk tempat anak anda menconteng. Sebaiknya anda perlu memilih baju yang tidak bercorak dan berwarna putih.

Recent Post

recent