Latih anak ke tandas merupakan sesuatu yang amat mencabar bagi ibu bapa dan kanak-kanak . Hal ini memerlukan teknik dan panduan yang betul serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Namun begitu ada sesetengah ibu bapa telah berputus asa apabila usaha mereka untuk melatih anak mereka ke tandas sia-sia. Oleh itu saya ingin mengkongsikan sedikit tips melatih anak-anak mengunakan tandas. tips-tips itu ialah:
- Belikan tempat duduk yang berfungsi seperti tandas mini sebagai latihan permulahan untuk anak anda.
- Ibu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia.
- Galakkan anak menggunakan tandas mini mereka
- Latihan ke tandas boleh dimulakan ketika usia anak dua tahun tetapi ia berfungsi untuk menggalakkan tabiat menggunakan tandas berbanding dengan pakai lampin
- Kenal pasti tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas misalnya mereka tahu bila lampin basah atau kotor. Mereka juga akan memberitahu ibu bapa apabila mereka membuang air besar atau kecil. Malah kansk-kanak yang memberi tanda bersedia ke tandas akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa apabila mereka rasa hendak membuang air kecil atau besar.
- Jika mereka masih belum bersedia, ibu bapa perlu memantau kerana mereka mungkin terjatuh ketika melakukunya.
- Letakkan tandas mini anak di kawasan yang mudah dilihatnya dan terangkan fungsi tandas tadi kepada anak.
- Jika anak anda sering membuang air besar pada masa yang sama setiap hari, anda boleh mendidiknya untuk terus ke tandas pada masa berkenaan.
- Sekiranya anak meragam dan tidak mahu menggunakan tandas mini mereka, jangan memaksa mereka sebaliknya tunggu beberapa minggu lagi sebelum mencuba.
- Jangan menunjukkan rasa marah sekiranya anak mengotorkan kawasan tandas mini kerana mereka masih belum pandai menggunakannya. Sikap yang tenang dan terus bersabar menunjukkan cara yang betul akan membuatkan anak menjadi lebih yakin menggunakan tandas dengan baik pada masa akan datang.
- Apabila anak berjaya menggunakan tandas mini mereka, ibu bapa harus memuji dan membuatkan anak gembira kerana anak-anak kecil akan berasa bangga apabila mereka berjaya dalam sesuatu percubaan.
- Tiba masanya, ibu bapa tidak perlu memberi tunjuk ajar sebaliknya anak-anak akan menggunakan sahaja tandas mini apabila ia rasa perlu menggunakannya