Latest News

.

Ucapan Positif Untuk Anak

Pada masa kini ternyata masih banyak ibu bapa yang selalu mengeluarkan kata-kata yang negatif kepada anaknya. Adakah kerana faktor pendidikan? Adakah kerana faktor si anak yang sukar ditentukan? Adakah kerana faktor pergaulan dan kebiasaan? Namun begitu pergunaan kata-kata negatif ini akan menjadikan sikap mereka lebih buruk.
Oleh itu  untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengukapkan kata-kata positif kepada anak anda. Hal ini kerana mampu membentuk perwatakkan diri mereka yang lebih baik. Pujian  dan penghargaan memberi aura positif dalam diri anak yang sedang membesar. Walaupun sesibuk mana kita sebagai ibu bapa. kita tidak perlu lupakan ucapan manis untuk anak anda. Senyuman yang mereka lemparkan saat mendengar ucapan daripada ibu bapa mereka ia membantu mencorakkan hari yang gembira buat mereka.
Berikut merupakan contoh ucapan positif untuk anak anda:
“Seronok melihatmu”
  • Kadang  kala anak-anak berasa kita tidak suka kepada mereka apabila melihat kita berwajah muram. Oleh itu, kita perlulah menceriakan diri kita apabila menyambut mereka pulang dari sekolah atau ketika mengambil mereka dari sekolah atau taska .
“Ibu nak dengar cerita kamu”
  • Ketika kita berada dalam kesibukkan kita sering kali terlupa untuk memberi perhatian dan mendengar luahan hati anak anda. Oleh itu anda perlulah launag sedikit masa untuk memberi perhatian dan mendengar luahan hati mereka. sekiranya mereka menghadapai masalah cuba berbincang dengan mereka bagi megatasi masalah tersebut. Selain itu juga tunjukkan sikap ingin tahu walaupun sekadar cerita mereka terlewat untuk membeli makanan di kantin.
“Ibu percaya dengan kamu”
  • Adakalanya anak-anak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu dan ayah mereka. Namun begitu mereka bersa kecewa sekiranya mereka tidak berjaya untuk mencapai hasrat tersebut. Oleh itu anda perlu mengatakan anda berbangga dengan apa yang mereka usahakan dan anda juga perlu menyakinkan anak anda bahawa gagal sekali tidak semestinya gagal selamanya.
“Kamu membannggakan ibu”
  • Apabila anak anda berasa gembira atas apa yang mereka usahakan anda perlulah membalasnya dengan pujian dan mengatakkan anda berbangga atas apa yang mereka usahakan itu. Hal ini kerana setiap pujian daripada anda akan memberi semangat kepada anak anda.
“Ibu bahagia dengan kehadiran kamu”
  • Anak-anak anda perlu tahu bahawa kehadiran mereka sangat bermakna dalam kehidupan anda. Oleh itu anda perlu bagitahu mereka anda berasa bahagia memiliki mereka sebagai anak.Hal ini kerana kata-kata tersebut akan menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga mereka dewasa kelak.
Semoga ucapan-ucapan ini akan memberi inspirasi kepada anda  untuk menjadi ibu bapa yang hebat pada masa kini.

Recent Post

recent