Hubungan antara ibu bapa serta anak sangat erat dan merupakan psikologi dalam perkembangan anak. Namun begitu, jika anak semakin membesar kita sebagai ibu bapa lupa untuk memberi belaian dan pelukkan kasih sayang seperti ketika mereka masih bayi. Namun begitu anak-anak perlukan kasih sayang yang mencukupi untuk membesar sebagai anak yang positif.
Oleh itu di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk eratkan hubungan keluarga:
Beriadah keluarga
Lakukan aktiviti bersama di sebelah petang seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya untuk mengeratkan hubungan disamping itu mendidik anak supaya beriadah untuk melahirkan tubuh badan yang sihat.
Bantu ibu
Walaupun anak anda masih kecil, namun begitu anda boleh melimbatkan mereka dalam aktiviti di rumah seperti menyiram bunga, membantu memasak dan sebagainya.
Behenti membebel, berbincanglah baik-baik
sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang anda tidak suka anda tidak perlu membebel sebaliknya anda perlu berbincang dengan anak anda. Hal ini kerana dengan berbincang anda boleh memahami anak anda serta dapat mengeratkan hubungan dengan anak anda.
Mengkritik tanpa menjatuhkan
Untuk mengkritik anda perlulah memulakan dengan penuh rasa cinta dan perhatian. Anda haruslah banyak memberi komen yang positif berbanding dengan komen yang negatif. Rendahkan suara apabila bercakap agar semua kritikan dapat disampaikan dalam bahasa yang baik dan bukan dengan kemarahan. Pastikan anda menyampaikan kritikan yang singkat dan jangan pernah membandingkan anak anda dengan orang lain.