Latest News

.

Sembelit

Sembelit merupakan keadaan di mana seseorang itu menghadapi masalah kesukaran  membuang air besar. Hal ini kerana pesakit menghadapi ganguan sistem pencernaan sehinggakan tinja menjadi keras secara berlebihan sehingga sulit untuk dibuang  dan pesakit berasa sangat sakit ketika cuba membuangnya. Sekiranya dibiarkan berterusan ia akan menjejaskan aktiviti harian individu tersebut.


Gejala-gejala sembelit ialah:
  • Kekerapan membuang air besar berkurangan daripada biasa
  • Terasa sangat sakit ketika buang air besar
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar
  • Tinja menjadi keras dan kadang kala mengadungi darah
  • Tiada selera makan

Punca sembelit ialah:
  • Kurang minum air
  • Banyak makan makanan berlemak dan bergula
  • Kurang aktif
  • Selalu menahan diri daripada membuang air besar
  • stress
  • Pengambilan ubat-ubatan seprti ubat batuk dan ubat gastrik

Tips mengatasi sembelit
  • Banyakan minum air sekurangnya 3 liter sehari. Kurangnya minum air akan menyebabkan tinja mengeras dan menyukarkan proses pembuangan najis tersebut
  • Makan lebih banyak serat  seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan bijirin
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Disamping mengurangkan stress, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat masalah sembelit dapat diatasi
  • Jangan malas pergi ke tandas sekiranya hendak buang air besar

Recent Post

recent