Setiap ibu bapa sudah mestiya mengimpikan anak yang cerdas dan sihat. Oleh itu menjadi tangungjawab anda sebagai ibu bapa untuk meningkatkan IQ anak anda. Oleh itu anda perlulah mengetahui bagaimana cara untuk meningkatkan IQ anak anda. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi tips-tips meningkatkan IQ anak.
Tips-tips tersebut adalah seperti berikut:
Menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat
Menurut kajian dari Ulm University, Jerman mendapati sekiranya seorang pelajar mengambil sarapan pada awal pagi mempunyai memori yang lebih tajam berbanding dengan pelajar yang lewat mengambil sarapan. Selain itu sebuah kajian lain dari inggeris mendapati bahawa sarapan yang kaya dengan nutrisi ternyata membantu kanak-kanak mengekalkan kecerdasan mental. Oleh itu dengan memberi sarapan pagi yang berkhasiat amatlah digalakkan untuk mempertingkan IQ anak anda.
Membuat pertanyaan yang boleh memancing idea anak
Anda perlu bertanya kepada anak anda dengan pertanyaan yang boleh memancing idea anak ada seperti bagaimana keadaan di sekolahnya atau di mana tempat percutian terbaik untuknya. Hal ini akan mendorong anak anak memikirkan idea-idea terbaru yang boleh membantu hubungan saraf ke otak.
Menetapkan waktu tidur anak anda
Sekiranya anda anak mempunyai waktu tidur yang mencukupi maka kecerdasan otk anak anda akan meningkat. Oleh itu ibu bapa perlulah menetapkan waktu tidur dan waktu bangun yang sesuai untuk anak anda.
Ajak anak anda bersukan
Aktiviti fizikal seperti bersukan yang teratur akan memberi kesihatan kecergasan dan kecerdasan kepada anak anda.
Mengesyorkan permainan yang boleh menajamkan minda anak anda
Permainan seperti Sodoku yang memerlukan kemahiran berfikir untuk anak anda. Permainan ini juga boleh membuatkan otak anak anda berkembang.
Membantu anak anda mengatasi stress
Stress juga boleh menganggu fungsi otak anak anda. Oleh itu jika anak-anak anda stress tentang sesesuuatu perkara, ajaklah anak anda berkomunikasi dan selesaikan masalah yang anak anda hadapi bersama-sama. Selain itu juga anda oleh mengajak anak anda melakukan perkara yang menyeronokkan agar anak anda terhindar daripada stress.
Memberi suplemen tambahan kepada anak anda
Pemberian suplemen tambahan juga dapat membantu anak anda meningkatkan IQnya. Suplemen tambahan seperti minyak ikan adalah bagus untuk meningkatkan kecerdasan IQ anak anda. Selain itu juga menurut kajian minyak ikan juga mampu meningkatkan kemampuan anak anda membaca.