Setiap insan sudah mestinya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Dalam konteks islam suami merupakan ketua kepada sebuah keluarga dan suami mestilah mempunyai peranan yang penting dalam memimpin sesebuah keluarga. Kebahagiaan merupakan sesuatu yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tipss-tips membina keluarga bahagia menurut islam. Tips – tipsnya adalah seperti berikut:
Keimanan serta ketakwaan kepada Allah
- Asas utama dalam membina keluarga bahagia adalah keimanan dan ketakwaan kepada Allah kerana perkara ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan(mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.”
(Surah Ali-Imran , ayat 133)
- Hanya mereka yang memiliki keimanan sahaja yang mampu melahirkan sebuah intitusi kekeluargaan yang bahagia.
Kasih sayang
- Hal ini ditunjukkan Rasulullah S.A.W melalui dua perdekatan iaitu kata-kata dan perbuatan yang melambangkan kasih sayang antara suami dan isteri.
- Selain memangil pasangan dengan pangilan yang elok dan penuh penghormatan , kasih sayang juga perlu ditunjukkan menerusi kebiasaan memberi hadiah, sentuhan, khidmat serta meluangkan masa bersama.
Kehidupan yang seimbang
- Dalam melahirkan kehidupan yang seimbang kita mestilah mempuyai empat aspek iaitu fizikal, emosi, rohani dan akal.
- Dari segi fizikal yang merujuk kepada perlunya menjaga makan, minum dan keperluan asas yang lain. Dari sudut emosi pula kita perlu mempunyai sikap kasih sayang diantara ahli dalam keluarga dan diikuti dengan rohani iaitu ibadat kita kepada Allah S.W.T. serta akal yang merupakan makanannya adalah ilmu. Kesemua aspek ini membantu kita mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Pergaulan yang baik
- Pergaulan yang baik adalah berbicara dengan penuh lemah lembut terhadap pasangan masing-masing dan anak-anak.
- Pergaulan yang baik antara suami, isteri dan anak-anak adalah penting kerana suasana yang baik itu secara tidak langsung akan mendorong setiap ahli keluarga menghargai serta menghormati serta seterusnya dapat memupuk hubungan kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Sumber rezeki yang halal
- Rasullulah S.A.W menjelaskan bahawa makanan yang dimakan akan menjadi darah daging. Makanan yang haram tempatnya di neraka sementara makanan dari sumber yang halal serta suci membolehkan doa dimakbulkan serta mendapat keberkatan dalam kehidupan.
Berbuat baik kepada ibu bapa
- Untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan setiap perbuatan kita mestilah mendapat restu daripada ibu bapa. Berbaik-baik dengan ibu bapa serta menjaga hati ibu bapa dapat memberi kebahagiaan dalam keluarga.