Latest News

.

Tangungjawab Ibu Bapa Dan Anak Dalam Islam

Yang mengzahirkan kita di dunia ini adalah ibu dan bapa. Kemudian kita dibesarkan oleh mereka sehingga
kita dewasa. Proses kedewasaan ini  kemudiannya menjadikan kita sebagai ibu bapa dan insyaAllah akan pula nantinya memperolehi zuriat yang kita namakan anak. Rutin kehidupan serta perjalanan dan kehendak tuntutanNya sedemikian, menjadikan semua orang sebagai anak yang dipimpin oleh ibu bapa dan kemudiannya pula sebagai ibu bapa yang wajib memimpin anak. Justeru itu, jalinan dan perjalanan panjang untuk memyempurnakan amanah dan tanggunjawab ini adalah ibarat rumpun pepohonan yang rendang dan bertautan. Dalam mendidik dan menjaga hubungan dengan ibu bapa – anak – ibu bapa, janganlah kita menjadi seperti dahan yang tidak bersentuhan, walaupun hidup pada pohon yang sama. Menafikan amanah bermakna kita tidak bertangunggjawab sekali gus menafikan suruhan dan kehendakNya.

Oleh hal itu saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai tangungjawab ibu bapa dan anak dalam islam. Tangungjawab tersebut adalah seperti berikut:
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak ialah:
  • Berusaha menjaga anak dari gangguan syaitan sebelum dilahirkan
  • Memberi perhatian kepada anak sejak dalam kandungan lagi
  • Mempamerkan kegembiraan setelah anak dilahirkan
  • Azan di telingga anak yang dilahirkan
  • Memberi nama yang baik untuk anak
  • Melakukan Aqiqah
  • Mengkhatankan anak
  • Memberi kasih sayang yang sewajarnya kepada anak. Pergaulan yang mesra antara ibu bapa dan anak akan melahirkan suasana yang harmoni, tenang dan tenteram dalam rumah tangga.
  • Memberi makanan, minuman serta pakaian yang halal kepada anak anda.
  • Mengasingkan tempat tidur. Ibu bapa perlulah mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak baik.
  • Memberi pendidikan agama, Al-Quran dan adap sopan islam
Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ialah:
Semasa ibu bapa hidup
  • Berbuat baik terhadap ibu bapa
  • Tidak derhaka kepada ibu bapa
  • Memberi pertolongan dan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau lainnya sehingga mereka berasa selesa dalam kehidupan harianya.
Setelah ibu bapa meninggal dunia
  • Berdoa
  • Mengziarahi kubur
  • Mengeratkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka
  • Berpuasa untuk keduanya


Recent Post

recent