Latest News

.

Makanan Pejal






Soalan : 

Saya ingin bertanya adakah bayi perlu diberi makanan pejal pada usia 6 bulan? Apakah masalah yang akan timbul sekiranya bayi diberi makanan pejal lebih awal daripada usia tersebut? Anak saya sudah berusia 4 bulan dan masih minum susu ibu secara eksklusif. Saya ingin tahu apakah tanda-tanda yang anak saya sudah bersedia menerima makanan pejal?

Jawapan : 


 Mengikut panduan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, penyusuan susu ibu secara eksklusif digalakkan sejak lahir sehingga anak berusia enam bulan dan dilanjutkan sehingga dua tahun. Hal ini kerana penyusuan susu ibu membekalkan nutrien yang optimum bagi pertumbuhan dan perkembangan anak khususnya ketika enam bulan pertama usia anak.

Makanan pejal boleh diperkenalkan kepada bayi pada usia enam bulan. Pada usia ini, keperluan bayi melebihi bekalan nutrien yang terkandung di dalam susu seperti zat besi, kalori dan sebagainya. Pengenalan terlalu awal terhadap makanan pejal boleh menyebabkan anak berisiko mendapat alergi. Pengenalan yang terlalu lewat pula boleh menyebabkan bayi berisiko mengalami masalah malnutrisi. Adakah anak anda sudah bersedia untuk makanan pejal?

Perkembangan sistem penghadaman dan kebolehan menelan berbeza di kalangan kanak-kanak. Makanan yang dikisar halus dan lembut boleh diperkenalkan terlebih dahulu. Tekstur makanan yang lebih kasar diperkenalkan secara berperingkat mengikut keadaan dan petumbuhan anak.

Recent Post

recent