Latest News

.

Anak Obes


Soalan :

Anak saya mempunyai berat lahir 4.4 kg, panjang 51.5 cm dan lilitan kepala 35 cm. Saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean. Doktor mengesahkan anak saya kategori ‘big baby’. Setelah berusia sembilan bulan, beratnya mencecah 11 kg. Ramai mengatakan anak saya obesiti. Tetapi saya ada membuat pemeriksaan fizikal semasa dia berusia tujuh bulan dan panjangnya 70 cm, berat 9.2 kg. Doktor pakar juga memberitahu perkembangan anak saya seperti berusia setahun dan tidak obesiti. Bagaimana cara untuk menyediakan diet sesuai untuknya agar dia tidak obesiti dan bagaimanakah formula pengiraan berat badan unggul bagi seorang bayi?
Dya, Shah Alam

Jawapan :


Sebenarnya tiada formula khusus untuk pengiraan berat badan bayi atau kanak-kanak. Untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu mempunyai berat badan yang ideal, satu graf tumbesaran (growth chart) yang khas digunakan dan graf ini agak berbeza bagi bayi lelaki dan perempuan. Ini kerana kadar tumbesaran mungkin tidak sama untuk kedua-dua jantina. Graf ini selalunya boleh didapati di dalam buku imunisasi anak puan. Oleh itu, berpandukan graf ini, kita boleh mencatatkan berat dan ketinggian anak dan daripada situ kita boleh merumuskan sama ada anak berada di tahap berat badan yang obesiti atau pun kekurangan berat badan.

Jika dilihat daripada berat badan yang diberi, anak puan belum mencapai tahap “obese”. Seperti biasa, pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, makanan yang berminyak dan makanan yang diproses atau makanan segera boleh menyumbang kepada obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Bagi bayi selalunya makanan seperti ini bukan masalah kerana mereka selalunya diberi bubur atau bijirin di samping susu badan atau formula. Namun kita tidak seharusnya mengajar anak-anak memakan makanan yang manis kerana ini akan menyebabkan mereka cenderung untuk memakan makanan yang tidak sihat.

Recent Post

recent