Menidurkan si manja ada banyak caranya. Ada sesetengah ibu bapa membiarkan anaknya berdikari tidur sendiri sejak anaknya kecil lagi manakala ada sesetengah ibu bapa juga suka mendodoikan anaknya sehingga mereka tertidur.
Apa-apa pun bergantung kepada anda untuk memilihnya. Semuanya tidak salah apa yang penting si manja tidur dengan lena dan tidak meragam. Bagi mereka yang baru bergelar ibu bapa sudah pasti akan mencari tips untuk si manja anda tidur dengan lena.
Berikut merupakan tips si manja tidur lena. Tips ini mungkin boleh membantu anda bagi memudahkan tugas menjaga si manja anda
Elakkan hubungan mata
Elakkan membuat hubungan mata ketika anda sedang mendodoi untuk menidurkan si manja anda. Hai ini kerana hubungan mata akan membuat si manja anda menahan mengantok dan meragam seterusnya menangis.
Dodoikan dengan suara lembut
Si manja amat suka dalam suasana yang tenang apatah lagi apabila berada dalam dakapan ibu dan ayah mereka. Hal ini membuatkan si manja anda berasa selesa dan nyaman.
Mandikan
Keselesaan memainkan peranan penting untuk membolehkan si manja anda tidur lena. Badan berpeluh, lampin basah hanya akan membuat si manja anda tidak selesa dan susah untuk tidur. Oleh itu anda perlulah bersihkan badan si manja anda sebelum anda tidurkan mereka.
Susukan dahulu
Kebiasaanya si manja akan tidur dengan lena setelah mereka berasa kenyang.Oleh itu sebelum anda hendak tidurkan mereka pastikan anda sudah menyusukan mereka supaya mereka tidur dengan lena.
Menggosok/ tepuk
Anda juga boleh menggosok perut si manja anda secara berirama untuk membantunya tidur dengan lena. Rentak gosokkan perlulah konsisten untuk mengelakkan bayi terganggu dan terjaga
Menentukan waktu
Anda boleh mendisiplinkan si manja anda dengan rutin waktu tidur. Tetapkan waktu tidur yang sama setiap hari. Pastikan anda melakukan aktiviti bersamanya sebelum itu seperti bergurau, berborak dan sebagainya supaya dia mudah berasa letih dan mengantok sebaik tiba masa tidurnya