Membelikan anak barang permainanan adalah bertujuan untuk mengembirakan mereka. Disamping itu juga alat permainan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan daya permikiran mereka.
Kebanyakan ibu bapa pada masa kini gemar membeli barang permainan untuk anak mereka. Namun begitu ada dalam kalangan mereka hanya membeli barangan permaianan tanpa memikirkan barangan tersebut selamat digunakan ataupun tidak. Ibu bapa mestilah mengetahui ada sesetengah barangan permainan di pasaran tidak sesuai dan berbahaya kepada kanak-kanak. Oleh itu berikut merupakan panduan membeli alat permainan untuk kanak-kanak:
a) Baca lebel barangan permainanan tersebut sebelum membelinya
b) Elakkan membeli barangan permainan seperti “teddy bear” yang mempunyai bulu yang banyak untuk kanak-kanak berumur dibawah 3 tahun
c) Belikan anak anda permainan yang boleh memberansangkan minda anak anda. Hal ini dapat membantu anak anda menanjamkan pemikirannya.
d) Belikan permainan yang mempunyai permukaan dan bucu yang tidak tajam
e) Jangan membeli barangan perminan yang mempunyai bahagian kecil atau mudah tertanggal . Hal ini kerana bayi cenderung untuk memasukkan barang permainan tersebut ke dalam mulut dan ia boleh menyebabkan tercekik.
f ) Anda juga dilarang untuk membeli barangan permainan yang mempunyai kadungan bahan kimia. Hal ini kerana barang permainan tersebut boleh memyebabkan kanak-kanak keracunan sekiranya kanak-kanak mengigit barang permainan tersebut.
g ) Jangan membeli barang permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal
h) Pastikan berat barang permainan yang dibeli. Ia tidak memudaratkan anak anda sekiranya barang permainan tersebut terjatuh menimpa anak anda.
i ) Pastikan keadaan fizikal anak bersesuaian dengan barang permainan yang dibeli. Anda tidak digalakkan membeli barang permainan yang besar dari anak anda kerana hal ini boleh menimbulkan bahaya pada anak anda.
j) Selain itu juga anda perlu berada di sisi anak anda ketika anak anda sedang bermain kerana ia akan membuat anak anda selesa serta boleh menjamin keselamatan anak anda.
Berikut merupakan panduan yang anda perlu tahu ketika membeli barang permainan untuk anak anda. Panduan tersebut boleh menjamin keselamatan anak anda ketika bermain.