Latest News

.

Sakit Apendiks



Soalan:

Anak saya berusia tiga tahun lebih, untuk makluman dia baru menjalani pembedahan ‘laparnotomy’ kerana penyakit ‘intussception’ dan turut membuang apendiks. Dia sangat kurus berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Dia agak aktif tetapi kurang selera dan cerewet tentang makan. Bagiamana saya dapat memastikan penyakit ini tidak berulang lagi dan memastikan dia mendapat khasiat makanan yang terbaik untuknya. Terima kasih.

Jawapan:

Apendiks yang dibuang selalunya tidak akan berulang dan tidak akan memberi masalah. Intussusseption pula selalunya tidak berlaku di kalangan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini tidak semestinya kurus. Sesetengah kanak-kanak agak memilih makanan dan sesetengahnya  tidak mahu makan kerana lebih banyak bermain. Kita hanya perlu memastikan makanan yang diberikan adalah seimbang dan jika anak susah diberi makan, mereka boleh diberi susu yang tahap nutrisinya mampu memberi kalori yang lebih.

Recent Post

recent